24 April 2014

Travelog : Ke Seoul Korea Ke Kita (Day 2 - Gwanghwamun Square)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , , No comments


Sambungan dari Gyeongbukgong Palace
Seoul, Korea
6th April 2014, Sunday

Tempat yang dilawati :

  1. Gyeongbukgong Palace - entrance fee KRW 3000
  2. National Folk Museum
  3. National Palace Museum
  4. Gwanghwamun Square
  5. Seajong Belt Road
  6. King Sejong Center
  7. Iteawon - Senang untuk dapatkan halal food

Untuk ke Gwanghwamun Square dah tidak jauh jika korang dari Gyeongbukgong Palace, Korang membelakangkan pintu gerbang (tempat pertukaran pengawal) palace tu, lintas jer jalan. Sepanjang tu dah Gwanghwamun Square. Kalau tak tau sekali pun, map der mentaion. Korang jugak akan melalui Gwanghwamun jika hendak ke City Hall. Kebetulan masa kitaorang pergi tu, ada event apa ntah sepanjang jalan tu. Siap ada pertunjukkan belon la, orang terapung dirilah, dan macam-macam lagi.


Korang akan nampak replika patung King Sejong tengah-tengah jalan. Jangan lupa masuk King Sejong Center. Tu kira macam galeri KS. Beliau ni banyak berbakti pada rakyat. Tolong kahwin kan orang yang tak berkemampuan, wujudkan cuti berpantang dan banyak lagi.

 

Selepas berjalan-jalan sekitar KSC, kami mengambil keputusan untuk terus solat Asar di situ. Kami ke toilet mengambil wuduk. Kemudian kami terus solat bersebelahan dengan tangga untuk ke lift. Kami tidak perasan akan CCTV di situ. Alhamdulillah, walaupun dipenghujung tahiyat akhir, tetiba ada seorang pegawai datang memarahi kami dan menyuruh kami keluar. Salam diberi tanpa sempat berdoa, kami kemudian berlalu pergi dari situ. Sedikit terkesan di hati dan jiwa, bertapa susahnya bila menjadi golongan minority di kalangan majority. Kami tidak takut untuk bersolat di mana-mana, cuma terdetik jauh di sudut sanubari kami, bagaimana mereka yang menjadi golongan minority ini.

Terfikir juga kes di Sweeden, berkaitan undang-undang terhadap penderaan di kalangan kanak-kanak. Bila warga Malaysia cuba mendidik anak-anak mereka berkaitan hukum agama telah dijatuhi hukuman penjara selama setahun lebih kerana mencabuli hak asasi kanak-kanak. Hurm...


Korang jugak boleh ke Seoul City Hall. If tak salah, korang berpeluang mempelajari menulis nama korang dalam bahasa Korea. Kitaorang tak sempat pergi kalau dengan berjalan kaki kerana masa tu dah pukul 4.00 (WK). City Hall tu tutup jam 5.00pm. Terlambat. Korang boleh juga ke War Memorial yang terletak di area Samgakji Station (Subway lines 4, 6), then Exit #12. Tapi diorang der closing time. Jangan lupa check dahulu ok?


Kami kemudiannya ke Iteawon. Jika dari Gwanghwamun Station (Line 5 - purple) naik subway yang hendak menghala ke Wangsimni. Tapi jangan plak korang turun sampai ke Wangsimni Station tu. Korang kena turun di Cheonggu Station (4 stop) dan transfer ke Line 6 untuk ke Iteawon. Mula-mula nak baca route map subway ni, agak pening. Tapi lelama ok. Kekadang korang takkan jumpa station yang kita nak tujui kerana signboard akan tulis last station yang diorang akan berhenti. So, untuk ke Iteawin, korang kena naik train yang menghala ke Samgakji Station jika untuk ke Iteawon. Hentian yang ke-4 iaitu Iteawon Station, korang turun dekat situ. 


Di Iteawon ni, korang boleh la bersolat di Masjid Seoul, satu-satunya masjid di bumi Seoul. Student-student yang bersolat Jumaat, akan datang ke Iteawon untuk menunaikan kewajipan mereka. Korang kena naik bukit jika hendak ke masjid. Jika hendak ke masjid, korang akan melalui kedai Mr. Kebab di sebelah kanan korang. Sampai di traffic light, korang kena kona kanan dan daki bukit dalam 250meter. 

Ada 1 simpang di sebelah kiri dan korang kona kot simpang kiri tersebut. Korang kena mendaki lagi. Korang juga akan melalui kedai-kedai makanan halal seperti kedai Siti Sarah (menyediakan masakan Melayu, Indonesia), Little India di sebelah kiri korang. Kalau di sebelah kanannya, korang akan nampak Murree Restaurant yang menyediakan makanan korea halal. Korang jalan ke depan lagi, dan tak dari situ korang akan jumpa Masjid sebelah kiri korang. Masjid tersebut berdekatan juga dengan simpang 3 yang berbentuk seperti Y.

Saya bagi direction ni sikit sebab kitaorang sesat masa mencari masjid ni. Even signboard menunjukkan masjid berada antara 2 church, tapi bukan 1 jalan yang sama. Nak ke church diorang hanya perlu jalan straight jer, tapi untuk ke masjid, rumah Allah, korang kena ambik kiri.


Selesai menunaikan solat maghrib dan solat sunat masjid, kita orang singgah dinner di Murre Restaurant di mana mereka menyediakan makanan korea. Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga mencuba makanan orang Korea.  Ramai rupanya yang singgah di sini. Kami tidak memilih Little India sebab ke Malaysia senang sangat nak dapatkan masakan India ni. So kita cuba sesuatu yang berbeza.


Kami memesan Kim-chi stew, Bim Bim Bap dan diberikan secara percuma juga set-hidangan kimchi etc. Ingatkan mahal la sangat. Bila tengok bil, baru KRW53,800 untuk 4 orang makan. Murahkan.

Bim Bim Bap
Kim-chi Stew
On the way ke Iteawon station, kitaorang singgah dahulu di Mini Mark untuk membeli roti potong kerana esok mahu buat Sandwich untuk di bawa ke Nami Island. 

Bergambar itu wajib
Selesai membeli, kami pun terus membelah balik ke ZBH untuk lena awal kerana esok kami akan berSpring Sonata di Nami Island. 

Ok, sampai di sini dulu entry hari ke-2 saya bersama teman-teman. Di ingatkan sekali lagi yer, jangan solat di tempat seperti museum, mahupun galeri. Solat di tempat yang terbuka seperti di taman. 

Wallahualam.

Publish;
FNiesa

Reactions:

0 comments: