21 April 2014

Travelog : Ke Seoul Korea Ke Kita (Day 1 - Zaza Backpackers Hostel)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , No comments


Seoul, Korea 
5th April 2014, Saturday


Untuk ke Zaza Backpackers Hostel dari Incheon Airport, lebih mudah naik Arex dari naik bus. Kalau naik bus nanti, korang kena angkut naik turun tangga dari Exit 6 ke Exit 3. Macam mana nak ke Zaza Backpackers Hostel? Begini caranya :

  1. Take Arex at Incheon airport to Seoul station. (dalam 1 jam juga la)
  2. Transfer to Line No.4 for Myeongdong station (only 2 stops). Di Seoul station ni, korang kena cari metro train yer. Dah tak der Arex dah.
  3. Get off exit No.3 and then turn left when you get off the exit.
  4. Walk toward 'Pacific hotel'.
  5. Go straight 60 meters along a left side way of'Pacific hotel'. Korang pastinya teruja melihat Namsan Tower di depan. Sumpah dekat jer dengan hostel Zaza ni. 10minit jer jalannya untuk ke Cable Car.
  6. Turn right at white exterior building ( DUBU restaurant) and Mini Mart on the corner and you will see our sign on your right side. Kena hiking skit yer kawan-kawan. 
Sekitar Seoul Station
Alhamdulillah, setelah penat angkut luggage naik turun tangga, tetiba lost bila sampai di Seoul Station, sebab tercari-cari Line no.4, rupa-rupanya Line 4 tu metro nyer train. Sejuk mula menjenggah. Awal tu, tak rasa lagi kesejukkan Seoul. 3darjah celcius. Hambik ko. Bila dah tak confident nak teruskan laluan mana, aku terus menanyakan akak ni, pocal people yer. macam mana nak ke line 4 dan nak ke myeongdong station. Ikutkan dah betul laluan kitaorang. Tapi aku tak nak berapa yakin sangat. Yer la, 1st time blajar route map subway diorang. 

Thanks yea sister yang comel tu.  Apa yang baguskan orang-orang Korea ni, diorang kalau menolong seseorang tu, diorang akan tolong dengan bersungguh-sungguh, sampai kita faham dan puas hati. Thanks to Allah kerana memudahkan perjalanan kami. 

Terpaksa ler bersesak-sesak dalam train tu. Aku pun tak pasti bila masanya train-train ni akan lenggang sikit. Pergh!!! everytime penuh dengan orang. everytime everywhere. Aku pun tak paham. sampaikan aku kata, diorang ni tak keje ke apa. Even weekdays pun Nami Island penuh dengan orang. MasyaAllah. Betapa ramainya penduduk Korea ni kan?

Tak sampai pun 30 minit, aku dengan Aishah sampai di Myeongdong Station. Alhamdulillah. Ikut jer la direction yang di atas tu. Pasti sampai.

Nyaman jer suasana bila keluar dari eskelator Exit no.3.

On the way ke ZBH, kitaorang singgah beli air susu pisang yang famous dan lazat tu. Aishah jer yang beli. 1300 won. Aku beli apple. 5000 won jer utk 3 biji. Ko rasa kat Malaysia berapa? RM16.00 jer untuk 3 biji. Murahkan? Bahahaha. Kalau ler korang datang negara orang, pastu dok convert sini sana, memang korang tak makan la. Beli barang pun idok. You know what i meant right? That's why ler kita ni kena tgk negara orang dan menghargai negara sendiri. 





Lepas dah memborong buah dan air, kami teruskan perjalanan dalam 60 meter. Apa yang best nyer, uncle kedai tu tanya dalam bahasa korea dengan kita orang, kitaorang pun terus jer jawab Zaza Backpackers Hostel. Dia pun terus jer tunjuk direction ke ZBH. Ko rasa? hahahaha... kitaorang agak jer soalan tu. Kan selalu kita ajukan pada pelancong gak. Keh kehkeh.. Commonsense.
Akhirnya sampai jua kami di ZBH. Yang sambut kitaorang time tu adalah Chang. He's very nice person. Ikutkan kena check-in around 3.00pm. Makna kata der lagi 2 jam kami kena melanggut kt lobi depan tu. Grrr. Perut lapar bangat dah ni. Mata pulak mengantuk disebabkan dalam flight kitaorang tidor serupa tak tidoq. Grrrr.
Syukur alhamdulillah, Chang benarkan kitaorang check-in awal sebab ada bilik yang dah kosong. Yeay!!! Dok nampak katil dah ni sementara menunggu lagi 2 orang member aku Ila dengan Ckin, dapat ler kitaorang lelapkan mata jap. 




Sampai jer bilik, Chang ajakan kitaorang macam mana nak guna pintu yang berpassword dan gunaka hitter lantai tu. Dia tunjukkan toilet semua.

Tadaaa!!! bilik kat bawah tula tempat berteduh kitaorang sepanjang 8 hari di Seoul ni. 

Murah wey!!!  142,500 won (seorang) untuk 8 hari 7 malam. Korang just bayar untuk 6 malam sahaja. Kira pi kira mai dalam RM425.00 untuk 7 malam dalam RM61.00 per night.

Yang penting, leh masak, der laundry service, free tea and coffee, free wi-fi, etc.




 So sementara menunggu lagi 2 orang member kitaorang, aku dengan Aishah selepas solat terus hanyut dalam mimpi. 

Ok, tunggu next entry aku akan story ke mana aku pergi di hari pertama aku di Seoul ok?

See yea.

Publish:
FNiesa
6.

Reactions:

0 comments: