20 April 2014

Travelog : Ke Seoul Korea Ke Kita (Arrival)

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , 2 comments

Sabtu, 5hb April 2014
00.00am

Selepas supper, aku dan Aishah menuju ke departure gate. Everything goes smoothly. Alhamdulillah. Jam 00.30 kami mulai beratur untuk masuk ke dalam flight D7 506. 

Hurm, ramai. Penuh flight. Terperasaan beberapa individu dari Penang jua ingin menuju ke destinasi yang sama iaitu Seoul, Korea. Tepat jam 1.00am, flight ready to take-off from LCCT. Penerbangan kami mengambil masa selama 7jam lebih iaitu dari jam 1.00am sehingga 8.10 am waktu Korea. So, uols kena ler tolak 1 jam. Makna kata flight dari 1.00am - 7.10am (WM). Mulanya aku confius juga, tapi bila diterangkan baru ler ceq paham. Wow!! naik kematu juga ler punggung ku. Boring wey dengan penerbangan yang lama ni. Plus tak boleh nak lelapkan mata pun. Kejap-kejap, pasti terjaga. Perut aku dah berkeroncong. Mana tidaknya, hanya makan nugget jer kot. 

Mujurlah aku dah pre-orderkan makan sebelum fly. Mulanya memang tak nak order, tapi bila memikirkan bila sampai airport nanti, pasti kami tak tau nak mencari Halal food lagi. So, better order dan makan dulu atas flight. Aku pastinya mencari nasi, so aku pun order nasi lemak Pak Nasir yang sememangnya femes dalam flight AA. Aishah makan lasagna. Perghh!! Sedap jugaks. Dapat ler aku rasa. Kol 3.15 pagi kau, kitaorang sarapan. Argh!! senang cerita sahur la.Muahahaha...

Ni Cik Aishah punya. Lasagna Vege
This is mine, Nasi Lemak Pak Nasir pada 3.15am


Bila perut dah kenyang, mata pun boleh ler tutup dengan senang hati. Alhamdulillah. Sambung lena plak. Bila bermusafir ni, aku pun mulanya confius nak ikut waktu solat yang mana. Sama da Malaysia, ataupun Korea. Aku tak tau, kitaorang berada di negara mana sekarang ni. So dalam 4.30am, aku ke toilet untuk mengambil wuduk. Aku solat Subuh secara duduk. Mengambil wuduk pun tak dak masalah. Kita ambik yang wajib jer. Muka. Tangan. Kepala. Kaki. Settle. Jangan lupa niat k. Aku melihat ke kanan flight, subhanallah, fajar mula menyinsing. di kaki-kaki awan, terlihat cahaya matahari.

Sementara menunggu Aishah sudahkan solatnya, aku order pulak hot milo. Masa tu dalam kol 5.30pagi. Lagi 2 jam kami semua akan tiba di airport.


Ni awam pada jam 5.30 am
Ni jam 6.30 pagi.
Budak mix korean + omputih. Daddy dia ensem, mummy dia cantik. Tapi dlm gambar ni nenek dia.

Jam 7.10 am (WM) kami landing di Incheon International Airport. Terasa dialu-alukan pulak. Selamat Datang ke Korea dengan bendera Malaysianya gah di situ.

Jangan tengok saja yer LCD ni. Tu dah tertera kaunter mana untuk Baggage claim. Korang igt kecik ker airport diorang.
Airport ni tersangat la besar nye (KLIA pun aku tak sempat jelajah, sebab aritu transit jer). Boleh sesat kot. Terpaksa berjalan jauh. Mencari pintu keluar. Yang best nyer, bila pegawai Imegresen Korea tanyakan kitaorang dari Malaysia ker, dan kitaorang jawab yer, diorang pun suruh jer jalan. Dah tak payah nak check-check segala bagai. Lepas satu eskelator ke satu eskelator, akhirnya sampai di Airport Train Express. Pergi pula ke arrival gate untuk proses pengecopan passport dan luggage claims.

Settle cop passport, naik Shuttle train plak utk baggage claim di Kaunter 9





Besar tak besar, inilah bahagian arrival nya setelah hampir 30minit berjalan.

Settle baggage claim,aku dan Aishah singgah di toilet dahulu untuk urusan pembersihan diri. Seharian kot dalam flight. Basuh muka, pakai lens, gosok gigi, bagi wangi-wangi sikit, dan kami lakukan secara bergilir-gilir kerana troli mana leh bawa masuk toilet. Apa yang bestnye, dah ler wi-fi free, disediakan pulak tu tempat nak charged bateri. Ada 2 jenis iaitu yang berUSB cable dan plug-in jer charger korang. Tapi please make sure korang nyer charger tu 2-pin la yer, yang adapter international punya.

Turn untuk aku bersihkan diri dah sampai. Pergh! kagum sebentar dengan toilet diorang. Bersih. dan ada makcik cleaner tu kalau dia nampak air dilantai, terus saja dia ambik tisu lapkan air tersebut. Dengan tangan ok. Bukan guna mop. Mop hanya dalam jamban yer dia guna.

Aku pepagi akan melawas. Jeng. Jeng. Jeng. Memang mak sentap sekejap ler bila memikirkan toilet diorang tak der air dalam jamban tu. Tapi korang janganlah mengelabah bewak. Relex brother, brother relex. Dekat toilet area arrival ni, der 3 jenis toilet. Hahaha, mana aku tau? Aku tawaf 1 toilet maaaa... 1 toilet yang digunakan 100% button teknology. Yang ni siap der ayaq. Dia kluaq kot blakang. Hurm, better aku tak ceritakan mcm mn kot kan? Satg der yang imagine terlebih. 1 toilet memang tak der air tapi tempat duduk dia ada cover. Korang just press the button Start, satg mula ler cover lama di tukarkan dengan yang baru secara auto. Dan lagi 1 toilet memang tak der air dan tak der cover. 


Aku off course ler memilih toilet yang der button berteknology yang keluarkan air. So toilet hujung jadi pilihan. Apa yang best, toilet2 kat sini bersih tau.




Syukur alhamdulillah. settle sudah urusan pembersihan diri. Sejam pun sejam. Jam dah menunjukkan pukul 10.00 pagi (WM) makna kata kol 11.00 pg (WK).

Sebelum bergerak, kami singgah di 7-Eleven yang bersebelahan dengan toilet jer untuk dapatkan T-Money. T-Money ni adalah seperti Touch n Go. Sangat convenience. Mudah. T-Money ni boleh digunakan untuk semua pengangkutan awam. Dan jangan risau, mana-mana kedai ada jual T-Money. Dan kalau korang nyer card still ada balance duit, korang leh refund balik duit tersebut. Dan kad tersebut boleh digunakan lagi kalau korang datang lagi ke Korea. Tak der expired date. Don't worry. So, untuk harga T-Money tersebut adalah 2,500 won sahaja. Tapi kalau beli kat luar der yang jual 3,000 won. Kitaorang top-up kad tersebut sebanyak 35,000won untuk 8 hari di Seoul.  Dan juga sarapan pertama kami di Seoul adalah pisang yang comel dengan 10biji yang harganya 3,000 won. Murah bukan?



Selesai urusan pembelian T-Money, kitaorang singgah dahulu di kaunter Tourism Information untuk dapatkan map Seoul.

Kemudian aku dan Aishah bergerak ke AREX iaitu Airport Railroad dari Incheon Airport menuju ke Seoul Station. Perjalanan dari airport ke SS mengambil masa hampir 1 jam.

Ok, sampai di sini dahulu untuk perjalanan hari pertama kami yang di mana baru tiba di Airport.

Nantikan next entry perjalanan di hari pertama.

Wallahualam.

Publish;
FNiesa

Seoul, Korea 
5th April 2014, Saturday


Reactions:

2 comments:

Ct Huwaina said...

akak,tumpang tanye, naik AREX tu kene bayar tak?gune T-money tu ke?

Fath_n!e$@ said...

CT Huwaina, maaf atas kelewatan reply comment awak.

YUPS! kena bayar. Guna T-Money. T-Money awak leh dapatkan di 7-E dekat airport. dia berdekatan dgn toilet and tourism center. depan tu je. semua public transport guna T-money. tak susah. ada jual di mana2 kedai serbaneka