20 March 2014

Travelog : Krabi + Hatyai #4 Kilang Gajus, Kedai Madu, Samila Beach, Ice Dome, Hatyai Plaza, Floating Market

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , No comments


Hari Ketiga : 09.03.2014, Ahad, 9.30 am.

Alhamdulillah, kami semua masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk menikmati kehidupan untuk hari ini. Terasa segar kembali bila semalam dapat 'charged' kembali bateri yang semakin low.

Janji berkumpul di lobi pada jam 9.30pg. Tetapi aku decide untuk turun 15 minit lebih awal. Bukan apa, ingin berjalan-jalan di sekitar luar hotel kami. Memandangkan semalan tak berkesempatan. Di luar kaki lima hotel, ada juga yang menjual souvenir seperti key-chain dan kraftangan dari Thailand. So mana-mana yang tak sempat membeli semalam, boleh la shopping skit-skit. 

Jam 9.45 pagi, kami semua bergerak dari hotel menuju ke restoran yang berhampiran untuk sarap dahulu. 10 minit dah sampai. Restoran yang menghidangkan makanan dari negeri cek mek molek, Kelantan. Memandangkan semalan aku tak pekena nasi, oleh itu nasi kerabu la menjadi pilihan hatiku. My breakfast disponsor oleh adikku, Amit. Tenkiu amet.

Selesai makan, kami singgah di gudang membuat dan menjual segala jenis gajus dan pelbagai aneka kacang. Aku sikit jer borong nyer. Adala dalam 650 batt. 



Selepas itu, kami singgah pulak di toko (bahasa indonesia yer) yang menjual honey a.k.a madu lebah. Pelbagai jenis dan pelbagai kegunaan serta bahan2nya dari pelbagai jenis ada yang sari sengat lebah, madu lebah, sarang lebah dan macam-macam lagi la. Dari produk kesihatan sehingga ke penjaga muka, luar dalam semuanya ada dijual. Dan semua barangan ini diperbuat daripada sumber lebah a.k.a Bee. 

Selepas shopping madu, kami singgah pula di Hatyai Plaza. Di sini pelbagai jenis baju, beg, luggage ada dijual. Bargain! jangan tak Bargain. Sapa pandai, dapat kaw-kaw nyer price. Hampir sejam kami shopping. Kami balik semula ke hotel dengan menaiki kenderaan komercial yang terkenal di Thailand iaitu TUT-TUT. Hanga 20 batt sahaja tambangnya, anda boleh sampai ke mana-mana sahaja, janji di masih dalam bandar Hatyai. 

Kami Check-out dari hotel dalam jam 2.00 petang. Kemudian kami terus ke Ice Dome Hatyai dan Samila Beach di mana adanya patung ikan duyung. Orang kata, sapa-sapa yang berhajat inginkan zuriat, kena duduk atas ikan duyung tu. Hurm...ntah betul, ntahkan tidak. Macam-macam punya kepercayaan. 

Di Samila Beach ni ada pelbagai jenis aktiviti. Kebetulan hujung minggu, so adalah car show. Ramai family yang datang untuk picnic di bawah matahari terik ya amat. Ada juga jualan sourviner di sini. Hurm, jangan lupa mencuba air buah Thai. Buahnya jernih-jernih. Sedap. Aku beli bawa balik 3 beg plastik. 1 plastik beg ada 12 biji. Harga satu beg 50 batt. Buah ni macam buah nau. Kalau makan saja, rasanya tawar sedikit. So kalau rajin, bancuh ler ayaq sirap, pastu kupas kulit putih dia tu, then potong kecik-kecik, dan masukkan dalam jag yang berisi air sirap tadi. 


Kalau ke kanan jalan, kebanyakkan kedai-kedai tak halal. Tapi ayaq semuanya halal. Kalau ke kiri jalan, banyak gerai2 atas motor yang halal. Der ayam goreng. Dan yang paling sedap dan famous ais krim kelapa. Sedap kata mereka. tapi aku tak cuba pun sebab aku tak makan ais krim yang bukan dari coklat. 

Selepas berjalan-jalan di sekitar Samila Beach, kami bergerak ke Floating Market. Sembahyang di surau yang disediakan di area Floating Market, tetapi kureng best, tempat ambil wuduk open. Huuuu....

Di sini ada menjual pelbagai jenis makanan. Jangan risau, halal semuanya. Sedap. Kami siap melepak kat pankin yang disediakan sepanjang kaki lima. Diseberang sungai, ada band yang tengah practise, mungkin untuk show di malam hari. 

Hurm, sepanjang di Thailand ni, apa yang dapat aku perhatikan adalah, public toilet mereka tak der flush. Bukan tu jer, mangkuk jamban pun kecik. Hahahaha...Tapi still jamban cangkuk. Tapi tu la, bak kata member aku, jenuh kena adjust...opppttss...

Jam 6.30 petang, kami gerak ke Danok pulak. Danok ni sempadan dah. Di sini, kami borong beras siam. Wangi oooo... Berpuluh kilo kami borong. Buah-buahan juga di borong sekali. Kalau nak shopping mercun pun boleh. Hahaha...sampai imegresen, korang tanggung sendiri k. 

Dalam jam 8.00 malam, kami tiba di boarder. Agak sibuk dan traffic jem, kerana semuanya ingin balik Malaysia. Jam 8.45 malam, kami tiba di Malaysia dan singgah di Petronas untuk isi minyak sebelum balik ke Penang. 

Nak dijadikan cerita, Van kami tetiba mati dan tak boleh start sebab kehabisan minyak. Dan angin telah masuk ek dalam tangki. Tidak lama pun, dalam 9.15 settled la. dalam jam 10.00 malam, kami tiba di Gurun untuk freshkan diri memasing. Kami singgah makan malam dahulu dan ke toilet. dalam jam 11.00 malam kami bergerak ke Penang. Tidak sampai 10 minit perjalanan, tetiba highway diterangi cahaya break. Accident telah berlaku. 3 biji kenderaan terlibat dalam insiden ini. Hurm...Laju sangat. Tengok akan kenderaan yang terlibat, memang teruk. 3 buah ambulance tiba dilokasi. Entah apa jadi pada pemandu-pemandu kereta tu.

Jam 12.00 malam. kami tiba dihentian Sg. Dua. 

Alhamdulillah...Kami semua selamat sampai dengan selamatnya. Syukur sangat-sangat.

So, sampai disini dulu coretan saya untuk travelog kali ini. gambar-gambar akan di upload a.s.a.p. 

Wallahualam.

Publish;
FNiesa
 

p/s : this time, aku kesibukkan mencari info untuk trip seterusnya. Tunggu....!!!!!


Reactions:

0 comments: