17 March 2014

Travelog : Krabi + Hatyai #3 Island Tour

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , No comments


Hari kedua  : 08.03.2014, Sabtu, 9.00 am.

Check-out dari hotel dan siap berpakaian untuk mandi laut. Sebelum ke Jetty, kami singgah sarapan pagi di gerai berdekatan. Belanja sarapan pagi di tanggung sendiri. So budget bfast saya hanya 80 batt. Nasi beriani ayam goreng dan air teh o panas.

Tips : bagi saya budget makan tak payah masuk dalam travel cost yang dibayar pada ajen. Ini kerana kita tidaklah makan banyak mana pun. So boleh save cost di situ. 

Kami tiba di Jetty dalam pukul 10.00am. Tidak jauh pun dari hotel, hanya 10minit dah sampai. Tiba di perkarangan jetty, kami bersiap sedia membawa kelengkapan penting sahaja. Iaitu, handphone, camera dan duit skit. Lain2, baju semua akan ditukar sewaktu kembalinya kami di jetty. 


Mengambil masa 15-20minit untuk sampai ke destinasi pertama iaitu Poda Island. 4 pulau kesemuanya yang kami terjahi. Tapi tak berapa nak ingat nama. Heee. Setiap pulau hampir 1 jam kami stay. Tetapi untuk melawati ke-empat-empat pulau, haruslah membayar 400 batt bersamaan RM40.00 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Baru 2 minggu fee ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Walaupun sedikit terkeluar budget, kami semua tetap berpuas hati. 


Hanya ucapan Subhanallah, Allahuakbar sahaja yang meniti dibibir kami tatkala menyusuri segenapa alam ciptaan-Nya. Air laut yang ada kalanya kebiru-biruan, ada kalanya kehijauan dan dari kejauhan dapat melihat perbezaan warna laut tanpa dihalangi oleh apa-apa pun. Kejernihan air lautnya, tidak mampu terucap. Jernih. Nampak sang ikan berenang ke sana ke mari.

Kami singgah di Pulau Witt (not sure nama betul dia. tp yg pasti ada nama wet-wet tu la), di mana pulau ini menghubungkan 3 pulau sekaligus. sebelum air laut pasang, kita boleh menyusuri laluan berpasir. Sangat sempurna ciptaan Nya. Dalam jam 12.30 air laut mulai meningkat. Kami cepat-cepat balik semula ke bot kami untuk meneruskan snorkling. Berhenti di tengah-tengah laut, di kawasan yang sedikit teduh dari panas terik matahari. 

Kami singgah lunch di 1 pulau terpencil. Tak ingat namanya. Tapi air laut disitu sejuk. Macam biasa, airnya jernih. Selesai makan, kitaorang sambung mandi lagi. Then naik boat untuk ke pulau terakhir. Pulau 'miskin'...Hahaha, pepaham sendiri la yer. Di situ ada juga rock climbing. Tapi tak berminat, sebab ramai sangat. Tambahan cuaca semakin panas. Hitam weyy...

Kami naik ke darat pada jam 3.30 ptg. Bersihkan diri dan meneruskan perjalanan ke Hatyai semula.

On the balik, kami singgah di satu kawasan di mana ada gerai-gerai jual souvenir. Key-chain. T-shirt. Barangan siput dan macam-macam lagi ada dijual di sana. Kami juga mencuba satu jenis makanan Thai iaitu namanya kalau tak salah saya 'ruam-mitt' a.k.a saya panggil meggi sontam. Pergh!!! Pedas. Masam. Manis. Semua cukup. terbaik.

Kami meneruskan perjalanan ke Hatyai dimana ianya mengambil masa 5jam untuk sampai di hatyai. Sebelum itu kami singgah dahulu di masjid yang berdekatan untuk solat jamak takhir. Kami juga singgah di satu kawasan rehat sekitar jam 8.30 mlm di mana ianya ada menjual makan, surau dan ada disediakan toilet. Siap dinner, kami meneruskan perjalanan untuk 2 jam seterusnya. 

Kami tiba di Kosit Hotel pada jam 11.00 malam. Check-in dan simpan barang. Freshkan diri memasing, then kami keluar semula ke Bandar Hatyai. Jam menunjukkan 11.30 malam. Masih ramai orang di sekitar bandar Hatyai. Kami diberikan masa 1jam 30 minti untuk shopping sekitar bandar.  Dan berjumpa kembali pada jam 1.00pagi.



Seperti biasa, saya shopping T-shirt dan key-chain serta FM. 3 unit = 100 batt. Saya ambik 6 unit = 200 batt untuk FM, dan saya minta 2 barang percuma iaitu key-chain. T-shirt dengan kualiti yang bagus, dari 150 saya dapat 130 bat setiap helaian. 

Selesai shopping, sambil menunggu orang lain selesai shopping, saya dan member2 singgah di gerai berdekatan dan pekena Teh Tarik terbaik. Cer'er'roiii.. 20 batt saja. 3 layer. 

Okeylah. sampai sini dulu coretan hari kedua saya. 

Untuk gambar-gambar sepanjang percutian, akan saya upload later k.


Wallahualam.

Publish;
FNiesa


Reactions:

0 comments: