16 March 2014

Travelog : Krabi + Hatyai #2

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments


Hari pertama  : 07.03.2014, Jumaat, 3.30 pm.
Bertolak dari Permatang Pauh dan tiba di Bukit Kayu Hitam pada jam 5.00 ptg. Singgah di petronas untuk mengisi penuh minyak van kerana petrol di Thailand sangat mahal. Jadi rakyat Malaysia sekalian, diharapkan kalian bersyukurlah di atas subsidi yang disediakan oleh kerajaan Malaysia okey? Jangan merungut banyak sangat. 

Replika ni ada di Krabi. Tak ingat Street apa.
Kemudian singgah di hentian dimana kalian boleh membuat tukaran wang dan proses pembelian insurance di situ.

5.30pm mulai masuk UPP untuk proses pemeriksaan dan seterusnya ke Imegresen Malaysia untuk proses semakan. 5.45 pm, meneruskan ke Imegresen Thailand untuk proses pengecopan passpot dan pada jam 6.00pm mulai gerak meninggalkan sempadan Danok.

Kenderaan rasmi kitaorang.
Kemasukkan ke Thailand melalui Satun adalah lebih menjimatkan bagi sesiapa yang mahu ke Krabi mahupun Phuket. 2 jam perjalanan dapat dijimatkan dan oleh kerana Imegresen disebelah Satun hanya tutup pada jam 6.00pm dan ketidaksempatan kami untuk melaluinya, menyebabkan kami mengambil masa 7 jam perjalanan dari sempadan untuk sampai di Krabi.

Dari pemerhatian, keadaan di sempadan Thailand terkawal. Sedikit cuak juga bila 2 bulan sebelum kedatangan kami, ada pergolakkan ke Bangkok iaitu ibu negara Thailand. Even jauh sekalipun, kami tetap memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah supaya percutian kami dibawah lindunganNya. 

Jam 7.00pm waktu Malaysia bersamaan 6.00pm waktu di Thailand. Beza hanyalah 1 jam. Tetapi waktu solat lebih kurang di Malaysia. Jika solat subuh jam 5.15pg waktu Thailand, maknanya 6.15pg waktu Malaysia. So tiada masalah dari segi kewajipan kita kepada Allah. Seperti biasa, petunjuk arah kiblat sentiasa dibawa oleh saya kemana saja.

Untuk sesuatu perjalanan yang jauh mahupun yang suka travel seperti saya, power bank sangat penting dan juga tolong beli international adapter. Ini kerana setiap negara tidak sama pengunaan soket. Seperti Malaysia, 3 pin, tetapi di Indonesia, Thailand,dan Vietnam, mereka mengunakan 2 pin. 

Pada jam 7.00pm (WM), kami singgah di petrol pam untuk solat jamak bagi mereka yang belum menunaikan jamak, dan membuang air kecik.besar. Dan adalah diingatkan bahawa, di Thailand tidak mempunyai RnR sepanjang jalan seperti Malaysia. Hanya di petrol station sahaja. Highway mereka juga tidak seperti Malaysia. Jalan biasa sahaja. 

Sila bawa bekalan air masak / kosong sendiri dari Malaysia kerana air mineral mereka juga kurang bersih. Tidak seperti di negara kita. Jaga pemakanan kerana Thailand terkenal dengan tomyamnya yang sedap. Jika perut yang tidak tahan pedas, ini akan mengganggu perjalanan kalian. 

Pada 7.30pm, kami mula meninggalkan petrol station dan menuju ke pantai barat daya. Selepas hampir 1jam setengah perjalanan, kami berhenti untuk dinner kerana jalanraya / highway sangat sesak kerana ada beberapa accident yang berlaku dan kebetulan ramai yang berlumba-lumba untuk pulang ke rumah selepas waktu bekerja. 

Kami singgah di restorang halal. 9.30pm kami meneruskan perjalanan menuju ke Trang dimana ianya mengambil masa 2 jam untuk sampai di daerah itu dan lagi 2 jam untuk sampai di bumi Krabi. Akhirnya pada jam 1.00am, 08.03.2014, Sabtu kami tiba di hotel budget kami.

"Air Bateri" a.k.a Mineral Water
Selesai pembahagian bilik, kami naik untuk mandi dan solat jamak takhir, kemudian jam 1.30am, kami keluar minum di awal pagi. Ingatkan kedai-kedai di sepanjang Oa-Nang beach masih bukak, rupanya tidak. Semuanya sudah tutup jam 1.00am. Kami terlewat bah...

Kami lepak di gerai yang berdekatan untuk pekena teh tarik dan roti canai susu. Sedap. Kami pulang semula ke bilik, pada jam 2.30am untuk 'charged' bateri masing-masing. Esok pada jam 8.30am, kami akan bergerak ke jeti Krabi untuk aktiviti island tour.
Pekena Teh Tarik dan Roti Susu


Jangan risau mengenai makanan halal di negara ini. Jika kalian nampak akan simbol bulan dan bintang serta ada tulisan halal, itulah restoran orang muslim.

Ok sampai di sini dulu coretan untuk hari pertama perjalanan saya ke Krabi. 

Perjalanan yang memenatkan. Tapi luas pemandangan.

Wallahualam..

Publish;
FNiesa 


Reactions:

0 comments: