02 March 2014

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Penang 2nd Bridge)

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

Alhamdulillah.

Semalam 1hb March 2014, Sabtu telah melakar lagi 1 sejarah bagi Malaysia khususnya dan Pulau Pinang secara am nyer kerana dengan rasminya Jambatan Kedua Pulau Pinang (JK2PP) telah selamat dirasmikan oleh YAB Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. *terbaboommpercikanbungapi

Peristiwa itu mengulangi catatan sejarah yang dilakar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu merasmikan pembukaan jambatan pertama Pulau Pinang kira-kira 29 tahun lalu iaitu pada 3 Ogos 1985.

Pada 30 April lalu, Najib terlebih dahulu melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang kini merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga di dunia.

Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ialah sebuah jambatan baru yang telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 2014. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 2 Mac 2014. 

Ia merupakan jambatan kedua di Pulau Pinang, Malaysia. Ia menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang. Jambatan ini menelan kos RM 4.5 bilion mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) menyatakan kerja-kerja pembinaan ke atas Jambatan Kedua Pulau Pinang akan bermula pada November 2007 dan dijangka siap pada 2013 .
Jambatan Kedua Pulau Pinang juga mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia dan yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong.

Sebagai rakyat Malaysia dan penduduk Pulau Pinang, saya tersangat berbangga dengan pencapaian ini. Hanya di Malaysia dan di Penang jer yang der 2 jambatan. Korang ader??? mihmihmih *nampatakexciteddicitu.

Saya der baca artikel dalam paper hari Jumaat (28.2.2014), ada menyatakan bahawa, tempat yang paling selamat ketika gempa bumi berlaku adalah berada di atas Jambatan SAHMS ini. Jambatan ini telah direka dengan mengambil faktor-faktor keselamatan. 

Hopefully semua pengguna-pengguna jambatan mahupun highway atau jalanraya, jangan ler bawa keta lelaju k. Biar lambat asal selamat. Traffic jam pun dapat dielakkan bersama.

Jom saya kongsi gambo2 JSAHMS yang diambik dari google.com
















Publish;
FNiesa

Reactions:

0 comments: