14 February 2014

My Sweetheart #2

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Holla peeps!!!

4 hari lepas aku kol buah-buahan hati aku nun jauh di Sarawak. Yups!!! 
Ikutkan tujuan asal aku kol kakak aku sebab nak bertanyakan beg bacpacker.
Sekali bila phone diangkat, kakak tisya yang jawab phone.
Mama solat katanya.

Disuruhnya aku tunggu sekejap kerana dia nak pergi basuh tangan.
Baru selesai makan.
Bijak kakak tisya ni.
Ok sesudah basuh tangan, aku sambung berbual semula dengan dia.

Tanyakan hal persekolahan dia.
Hal pengajian Al-Quran dia.
Hal homework dia.
Homework kakak, Alhamdulillah dah selesai.
Aku sempat memperingatkan pada dai supaya jaga diri.
Jangan sesekali pergi mengaji sendirian.
Risaukan keselamatan dirinya.
Yer, betul. Allah kan ada. Tapi kita kenalah berwaspada bukan.
Nowadays semua orang bukan boleh dipercayai.

Sebelum perbualan kami ditamatkan, dia rancak menyanyikan lagi balik kampung nyanyian Allahyarham Sudirman. Disamping menyatakan bahawa dia rindukan aku dan sitinya.

Yer kakak tisya.
Achik rindu sangat-sangat pada kakak, adik dan mama.

Akhirnya dia menangis dibawah selimut dan bantal.
Tidak mahu bercakap lagi.
Aku buat video kol pun tidak mahu dilihatnya.
Sambil menjerit "datanglah sini. kakak nak jumpa siti dengan achik. kakak rindu achik dan siti. Tak nak vdeocall.."

Kami menamatkan perbualan kami dalam suasana yang sedih bangat.
Sabar yer kakak, June nanti achik akan stay kat sana 10 hari....
Siti pun akan pergi bulan empat nanti.
Sabar yer kakak.


Hati mana tak sedih wey...
Sayu jer hati.

Publish;
FNiesa

Reactions:

0 comments: