13 January 2014

Congratulation Fana & Aadrian

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , No comments

Hari pendaftaran UUM (10 tahun lepas)
 
Me : Hai. Saya Fathahiyah. Panggil Fath ja. 
Fana : Hai. Saya Farhana. Panggil Fana.
Me : Dari mana?
Fana : Subang. Matriks juga ek? Dari Mana?
Me : Aha, matriks. KMP. Dari Penang

3 tahun bersama, 1 bilik yang sama. Kolej yang sama. Saya di atas, dia dibawah. Panggilan memasing orang atasan dan orang bawahan. Meja study bersebelahan. Makan bersama. Sahur dan berpuasa bersama.  Hang-out bersama. 1 KO-K yang sama. Farhana Ahmad Fuad a.k.a Fana. 10 tahun sudah persahabatan kitaorang. 

11.01.2014, Sabtu yang lalu, Fana telah pun selamat menjadi suri dihati Aadrian Yazli selepas 13 tahun (if i'm not mistaken) percintaan mereka. Lama kan? Syukur Alhamdulillah.



Kepada Fana & Aadrian;

Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma. Wa jamaah baina kuma fii khair.
Semoga perkahwinan korang berdua kekal hingga ke Jannah.
Semoga perkahwinan korang juga penuh sakinah (ketenangan), mawaddah (cinta) dan warrahmah (kasih sayang) hendaknya. ameen.

Hidup berpasangan ini saling lengkap melengkapi, bukan untuk mencari kesempurnaan.
Tetapi belajar untuk saling menyempurnakan antara satu sama lain.
 
 SELAMAT PENGANTIN BARU.....
 

Toek Fana!!! 



Reactions:

0 comments: