30 January 2014

Janji Allah Itu Pasti

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Allah tak pernah janji, orang yang kahwin akan mendapat anak.
Allah tak pernah janji, orang yang kerja siang malam akan jadi kaya.

Tapi

Sesungguhnya Janji Allah Itu Pasti...!!!
Siapa jaga solat, maka dia adalah orang yang BERJAYA.
Sia jaga solat, maka Allah akan angkat kesempitan hidup di dunia.
Siapa jaga solat, Allah akan beri buku amal dengan tangan kanan.
Siapa jaga solat, dapat lintas titian sirat sepantas kilat.
Siapa jaga solat,  akan masuk syurga tanpa hisap.

Janji apakah yang lebih baik daripada ini?



#Reminderformyself



Publish;
FNiesa




29 January 2014

Habbatus Sauda

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Kehebatan HABBATUS SAUDA

Sejenis antibiotik semulajadi yang berkesan dalam jangka masa singkat tanpa mendatangan sebarang kesan sampingan. Insyaallah sesuai untuk mengubati penyakit puan:-


  • 1) Metris, Indimetris dan Ophratis
  • 2) Sengugut
  • 3) haid yang datang 2 / 3 kali sebulan atau tidak datang haid
  • 4) luka atau tersumbat dalam saluran fallopian / pada kilang ovary
  • 5) keputihan yang berlebihan dan berbau
  • 6) mengecutkan semua jenis ketumbuhan pada payudara dan rahim
  • 7) buasir
  • 8) luka-luka usus kecil (colias)
  Sakit Tuan :-

  • 1) lemah tenaga batin
  • 2) kurang kesuburan bagi lelakin dan perempuan (pasangan yang belum dianugerahkan cahaya mata)
Pelbagai lagi penyakit lain

  • batuk yang kronik
  • batuk kokol selsema yang sudah lama
  • resdung lelah atau sesak nafas
  • sakit jantung
  • sakit buah pinggang
  • pedih ulu hatu / gastrik
  • kurang penghadaman
  • darah tinggi
  • angin akhmar
  • migraine
  • kurang tidur
  • cramp
  • kanak-kanak kencing malam
  • sembelit berkesan juga selepas pembedahan dan bersalin serta menambahkan susu ibu

25 January 2014

CIRI ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.
Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu.


"Sharing is Caring"

Publish;
FNiesa 

Beruntungnya Wanita Mempunyai Rahim

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

6 Sebab Beruntungnya Wanita Mempunyai Rahim31

1)Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hatitapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Oranglelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajibbaginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang diamengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruhdosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadikenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada taliAllah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruhkebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjatdengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikansuaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengahterhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpasuaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuklepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalamkesusahan isteri boleh bantu tambahlagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulutselalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extraini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas beratdidalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteriyang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengandosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.


Semua ilmu diatas, saya kongsikan daripada email yang saya perolehi...

"Sharing is Caring"

Publish;
FNiesa 

21 January 2014

Anugerah Allah Pada Wanita

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Kejadian wanita amat unik berbanding dengan kejadian lelaki. Sengaja Allah SWT menjadikan wanita berbeza dengan kaum lelaki. Perbezaan ini mengandungi hikmah yang tidak dapat dibantah atau disangkal oleh pemikiran manusia. Wanita pada zahirnya orang melihat lemah, namun wanita yang solehah adalah penyeri alam. Wanita terdapat pelbagai kelebihan diantaranya:

15 Anugerah Allah Pada Wanita Yang Tiada Pada Lelaki

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. Keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?

” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah Dan tidak Ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah Dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan DOA keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit Dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat Dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di Hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang Dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar Dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka Dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka Dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat Dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di Mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut Dan janggut suaminya, memotong misai Dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut Dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga Dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka Dan selamatlah IA melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar Dan berjuang ke jalan Allah Dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat Dan bidadari Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga Dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan Dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya Dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya Ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya Ia mentaati perintah tersebut Dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau Dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Semua ilmu diatas, saya kongsikan daripada email yang saya perolehi...

"Sharing is Caring"

Publish;
FNiesa 

20 January 2014

Zaza Backpackers

BY Fath_n!e$@ IN , , , 2 comments

Assalamualaikum semua.

20 hari telah berlalu. Weehuuu!!!
Tinggal 2 bulan setengah saja yang ada untuk prepare apa yang patut.

Alhamdulillah, setelah hampir 3 minggu tertangguhnya proses mem'booking' guesthouse / hostel untuk geng backpackers kitaorang, last week settle semua urusan. TQSM pada Ckin tolong booked kan untuk penginapan kitaorang semua nanti.

Ihsan dari Uncle Google

Akhirnya, penginapan yang menjadi pilihan kitaorang untuk 7 malam nanti adalah di Zaza Backpackers.

Lewatnya di tengah-tengah bandar Seoul, makanya mudah untuk kitaorang ke sana ke mari. So korang leh baca skit kat bawah ni.

The Zaza Backapckers hostel in Seoul serves you with our great location, as the most centrally located guesthouse in Seoul. We provide all the other customer-friendly facilities with private rest rooms, shared kitchen, free-wifi and so on. It is an easy walk to Seoul's most famous attractions including Myeong dong shopping st. , Dongdaemun Market , Seoul N-Tower, Namdaemun Market, Palace, Insadong, Cheonggyecheon Stream, City-hall and Seoul Station.

We are just a 3 minute walk to a subway station and the airport bus stop, which make it easy to get to Incheon Airport and attractions such as very famous Hongik Univ. area , Daehakro area and National Museum.

Pilihan kami juga pastinya untuk 4 orang. Makanya kitaorang ambik yang family room. Semua info2 ni, saya ambil dari Zaza Backpackers. 1 malam 95,000KRW * 6 night (1 night free) = 570,000 KRW. Sorang hanya perlu bayar 142,500KRW bersamaan dengan RM435.00 (lebih kurang) untuk 7 malam. 1 malam dalam RM62.00 sahaja.

Family room

Spacious and bright, this large room is the Ideal for a family or small group of friends. Some rooms have a loft which is loved by young girls.
95,000KRW ( 4 person / 1 night)
- Stay 6 consecutive nights and get the 7th night FREE(Except high season)


In - Room
  • - Private toilet & shower room
  • - Non-Smoking room
  • - Free Wi-Fi & internet access
  • - Climate control air-conditioning and floor heating
  • - State of the art security
  • - Cable TV with multilingual channels
  • - High quality Linen
  • - Hair dryer & mirror
  • - Coat Hanger
  • - 24 hrs cold / hot showers 
 
 Selain itu juga disediakan kemudahan dan perkhidmatan lain seperti;
  1. Dapur
  2. Tour Booking Service
  3. Mail Box
  4. Laundry service. Hanya 5000KRW utk 1 plastic bag besar.
  5. Dan lain-lain free service seperti map, towel, soap, wi-fi free, iron, luggage storage, adapter etc.
Bagi saya, sangat ok bila tengok dari dalam internet. Tapi akan dikongsi selepas saya pulang dari sana nanti yea....

 

17 January 2014

Random Picture #2

BY Fath_n!e$@ IN , No comments














Publish;
FNiesa

16 January 2014

Hassan And Izzah's Reception

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments















Publish;
FNiesa

"No Title"

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Assalamualaikum w.b.t.

Korang dah tidor ker? Saya belum. Malam ni ingat nak buat karangan yang panjang. 16 hari telah berlalu bagi tahun 2014. Tinggal lagi 349 hari saja lagi sebelum aku dapat BMW 3 Series. Mihmihmih. Seronok ek??? #aptb



So, untuk karangan yang panjangnya entah berapa ela, akan aku rangkumi dalam 1 entry. Yang mana dan la nooo... Di awal-awal entry dulu excited lebih sikit sebab nak berjalan jauh nanti. Doakan semuanya berjalan seperti yang dirancang. Amin.

Isnin yang lalu, someone comment pada 1 post di mukabuku aku yang statusnya berkaitan kelewatan aku tiba dipejabat. Dan komen yang diberikan adalah "kenapa tahun 2014 ni, FN asyik badluck jer..." Dan jawapan aku pada komen tersebut, "sebab mungkin di pertengahan akan ada goodlucknya.... berprasangka baik dalam setiap hal...insyaAllah...DIA bgi hujan dan panas dulu, sebelum nak bagi salji dan pelangi.." 

Badluck??? Hurm, semua yang berlaku adalah perancangan DIA. Kelewatan aku bangun hari itu disebabkan lewat tidur kerana flight aku dari KL delay. Even 4x punch card merah, semuanya bersebab. Kali pertama merah pada jam 8.01am. Mesin punch card rosak. Dah cacat card aku. Kali kedua merah 8.19am. Lewat 4 minit. Accident atas jambatan even aku kluar rumah awal 7.40am. Untuk kali ke3nya, 8.30a.m  Selalunya perjalanan hanya 15-20 minit utk sampai office, jem akibat hujan dan accident pada minggu yang sama juga even aku kluaq awai dari hari sebelumnya iaitu jam 7.25am lebih awal dari bonda. Hari kejadian adalah hari Jumaat. My adiks tolong hantarkan. Jem dari Sg.2. Dan untuk ke4 kalinya adalah pada hari Isnin yang lalu. Lewat 1 minit, 8.16am. Padahal parking keta baru kol 8.14am. Hehehehe.... Even small matters, tapi ia mencacatkan card attendanceku. #aptb


Bagi aku, apa-apa yang berlaku pada aku sepanjang tahun 2014, bukanlah badluck (sebab diorang baca apa yang dishare di fb dan aku tak salahkan mereka.) itu bagi aku 1 motivasi buat diri sendiri supaya perlu lebih ketelitian dalam kehidupan. Pergi kerja lebih awal dari biasa. Lebih aggresive dari biasa. Itu bukanlah untuk lemahkan semangat aku. Cuma peringatan buat diri aku. Berusaha untuk tidak mengambil MC tahun ini. Flight delay. Is it badluck for me? So how about others? Hehehehe.... kalau dengan AA ni, dah biasa dah delaynya. Aku kan pengguna AA yang setia. 

Berkongsi sedikit hal-hal berkaitan kerjaya aku sekarang ini. So far so good. Yups!!! for me, dalam banyak-banyak bulan dan tahun, yang paling tough adalah bulan OCTOBER 2013. You know why?  Hahaha, U oredi noe. Menangis sebab tension dengan kerja (mcm org buduhhhh!!!). Bulan dimana aku tekad untuk quit from this company. RESIGN!!! YEay!!!! FYI, my resignation letter pun dah ready draft. Just need to print out. May be aku terlalu memberi 200% attention terhadap career aku, sehingga sanggup take-it easy benda-benda lain. Bila kecewa dengan 'situasi' tu, ia makan diri aku sendiri. Bongok betoi bila pikiaq balik. I love my job. I love my career. 


Someone datang dan bertanya pada aku, kenapa aku tidak keluar dari Penang. KL banyak potensi dan banyak kerja. Bagi aku, it's ok. Di mana-mana ada rezeki. Sedangkan semut lagi boleh hidup dalam celah-celah batu, inikan pulak aku, manusia yang diberikan akal dan fikiran untuk berusaha mencari rezeki. Rezeki datangnya dari Allah. Selagi aku boleh berada disisi bonda dan jaga bonda aku, itu sudah memadai. Selagi aku boleh dengar, bonda dok beletiaq kat aku, aku ok jer. Itulah yang aku rindukan. Bonda dah banyak berkorban buat kami adik beradik. March ni, bonda dah bersara. ALHAMDULILLAH.....terlalu banyak jasa dan pengorbanan mom pada kami semua. Apa salahnya kali ni pulak aku korbankan kehendak dan keinginan aku untuk mencari kerja-kerja diluar Penang.  Selagi aku belum berkahwin, i'll stay with my mom. MOM, YOU ARE NUMBER ONE IN MY LIFE FOREVER AND EVER. Luv you mom.....

Oklah, sampai kt sini dulu yuk....mau ketiduran dulu yea... Tapi sebelum tu, saya nak share dengan korang semua yang merupakan anak 1, 3, 5...Mostly even kebetulan, hampir 95% jugak ler sama nyer.... Meh baca...
Publish;
FNiesa

13 January 2014

Congratulation Fana & Aadrian

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , No comments

Hari pendaftaran UUM (10 tahun lepas)
 
Me : Hai. Saya Fathahiyah. Panggil Fath ja. 
Fana : Hai. Saya Farhana. Panggil Fana.
Me : Dari mana?
Fana : Subang. Matriks juga ek? Dari Mana?
Me : Aha, matriks. KMP. Dari Penang

3 tahun bersama, 1 bilik yang sama. Kolej yang sama. Saya di atas, dia dibawah. Panggilan memasing orang atasan dan orang bawahan. Meja study bersebelahan. Makan bersama. Sahur dan berpuasa bersama.  Hang-out bersama. 1 KO-K yang sama. Farhana Ahmad Fuad a.k.a Fana. 10 tahun sudah persahabatan kitaorang. 

11.01.2014, Sabtu yang lalu, Fana telah pun selamat menjadi suri dihati Aadrian Yazli selepas 13 tahun (if i'm not mistaken) percintaan mereka. Lama kan? Syukur Alhamdulillah.



Kepada Fana & Aadrian;

Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma. Wa jamaah baina kuma fii khair.
Semoga perkahwinan korang berdua kekal hingga ke Jannah.
Semoga perkahwinan korang juga penuh sakinah (ketenangan), mawaddah (cinta) dan warrahmah (kasih sayang) hendaknya. ameen.

Hidup berpasangan ini saling lengkap melengkapi, bukan untuk mencari kesempurnaan.
Tetapi belajar untuk saling menyempurnakan antara satu sama lain.
 
 SELAMAT PENGANTIN BARU.....
 

Toek Fana!!! 



08 January 2014

Cuak Babe!!!

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Hola....

Sedikit perkongsian perasaan di kala lunch time ni. Huuu

Sebenarnya saya sekarang ni dalam keadaan serabut bila memikirkan trip ke Seoul nanti. Tak lama dah. Tinggal 2 bulan lagi. For me terasa kesuntukkan masa. Sekarang hujung minggu dan weekdays pada sebelah malamnya akan dihabiskan serve internet. Baca bergai-bagai blog dari blogger2 yang dah sampai ke sana. Hurm, lagi baca, lagi lost. Im lost you know. Pfff..Cuak babe. This is my first time berada di negara orang yang belum pernah jejaki tanpa tourist guide.Antara blog yang dilawati klik sini

Segala maklumat berkaitan tempat-tempat yang boleh dilawati, makanan halal, dan macam-macam lagi sehabis baik dikumpul. Tambahan miscommunication akan terjadi disana. Tersesat juga mungkin akan berlaku. Bahahaha... 

Gambar tiada kena mengena dengan entry ini
Accomodation yang paling penting disaat ini. Nak kena cari yang betul-betul terbaik dan berdekatan dengan Station Subway dan most important tak jauh dari tempat-tempat menarik. Makanan halal bagi saya jatuh no.2 kerana saya dan member-member akan segregate part masing-masing untuk dibawa dari Malaysia. Ciri-ciri guesthouse yang dicari perlu mempunyai kitchen, berdekatan dengan subway station, dan washing machine. Hahahaha. Kami akan masak sendiri nanti. Untuk this part, we're trying to booking before end of this month. Kalau tak, masakkkk kitaorang nanti.

Schedule of airport bus + taxi + subway paling last akan turut di titik beratkan untuk kitaorang pada hari terakhir keberangkatan ke aiport nanti.

Masa solat juga perlu ambik kira dan titik beratkan. Pukul berapa waktu subuh, zuhur, asar, maghrib, dan isya di Seoul. Untuk kiblat, tiada masalah, kerana saya ada kemudahan itu. Memandangkan kami akan berana di negara bukan Islam, so, tentulah surau susah nak dapati bila mana kami melawat tempat-tempat tertentu. Tapiboleh saja minta permission. InshaAllah. Manusia tak kejam kot.

Tempat-tempat menarik juga telah dicari dan untuk ini juga, saya minta member yang yang selalu pergi ke Korea, Liza untuk draftkan iternary buat kitaorang. At least kitaorang boleh buat rujukan ditambah dengan tempat-tempat yang ada dalam list kitaorang sendiri. Hopefully i'll get this iternary before next monday.

Tukaran wang asing. This part tiada masalah. Last minute punya kerja .... Berapa yang akan dibawa pun belum decide. tapi so far currency KRW1000 = RM3.00. Ini secara kasar. So, please, please, and please, jangan convert dlm RM kalau nak nak shopping. Itu pesanan penaja. Kalau tak, memang masak ler nanti.

Pukul 2.00pm sudah. Sambung later2 k bila saya rajin.

Wallahualam.

Publish;
FNiesa 


Anti Sosial

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat pagi.

Kenapa tetiba saya postkan entry ni yer? Hurm, sebenarnya on the way datang kerja pagi ni, saya ternampak kereta di sebelah saya. Co-pilot dengan dirinya sendiri, dan pemandu dengan halnya sendiri. Kenapa ianya terjadi?

Mana tidaknya, si co-pilot sibuk dengan handphonenya. Kesian anak-anak zaman sekarang. Kesian dengan orang-orang zaman sekarang. Gamaknya sebab itulah pemandu-pemandu cepat ngantuk. Sebab tiada rakan berbual ketika pemanduan. So mereka cepat mengantuk sehingga terbabas. Mungkin.... Ini hanya pandangan saya.
 
Sumber: Uncle Google - Gambar sekadar hiasan.....

Zaman anti sosial. 
Dulu : dalam keta sembang rancak.mcm2 topik yg dibualkan..
Skrg : naik keta, pgg henpon.senyum sorg2.marah sorg.ckp pn sorg.
Dulu : lepak kedai mamak. gossip sana sini. sembang bagai nak rak tak igt org kiri kanan
Skrg : dtg sama2. lepak kedai sambil pgg henpon. pun sama. senyum sorg2. mkn sorg2 smbil pgg henpon. bik dok jer rumah mkn bertemankan henpon..
Even member depan mata pun, boley dok nyembang thru cyber. Apa kes???
Dulu,  petang-petang kluar dok depan rumah. main bersama teman sepermainan. Tiada internet, boley jer hidup.
Sekarang, semuanya pakat-pakat terperuk dalam rumah. Ngadap henpon. ngadap lappy.  Arghhh!!! sungguh tak sihat aktiviti zaman sekarang...
saya rindukan zaman kecilku.
Wallahualam...

Publish;
FNiesa


05 January 2014

Projek Memikat Suami

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , No comments

Assalamualaikum semua.

Tajuk entry tak boley blah kan? hehehehe.. ini semua penangan cerita kat astro ria "Projek Memikat Suami". Drama ni di adaptasi dari novel. Oleh ketidaksabaran saya untuk menunggu kesudahan drama ni, makanya new year hari tu, saya grab 2 buah novel yang sedang hangat dimainkan dan diadaptasi dari novel2 ni. FYI, dah habispun pembacaan saya bagi kedua-dua novel ni. Untuk novel ni saya habiskan setengah hari suntuk untuk sudahkan pembacaan, manakala novel The Wedding Breaker saya ambil masa 2 hari, itu pun dilangsaikan selepas pulang dari shopping dan selepas waktu bekerja. So kira pi kira mai, setengahari jugak la dihabiskan utk novel tersebut.

Jom saya kongsi sinopsis novel ni.


NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

02 January 2014

The Wedding Breaker

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments


“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”


Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

01 January 2014

New Zealand

BY Fath_n!e$@ IN No comments