24 December 2013

Confirmed!!!!

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments

Syukur Alhamdulillah.
 
Semua urusan pembelian ticket flight selesai dilakukan. Perancang setengah tahun pertama 2014 semuanya berjalan dengan lancer setakat ini.
 
Mudah-mudahan semua perancangan mendapat keredhaan dan dibawah lindungan Allah s.w.t.
 
3 destinasi yang bakal ditujui bagi tahun 2014.
 
Bermula dengan trip Krabi-Hatyai selama 3 hari 2 malam pada 7-9hb March 2014 bersama teman-teman seramai 14 orang.
 
Diikuti oleh Korea selama 8hari 7 malam pada 5-12hb April 2014 bersama BFF saya, Aisya dan mungkin akan bertambah menjadi 4 orang semuanya. InshaAllah. Holiday ini merupakan hadiah birthday untuk diri saya sendiri nanti. Ikutkan 2013 saya rancang ke sini, tapi atas sebab2 tertentu, ianya ditangguhkan. Syukur, Alhamdulillah. Ticket pun telah siap dibeli dengan harga RM988.00, dengan AA. Trip ke Korea ni semuanya under planning sendiri2, tidak menggunakan mana2 ajen. So, agak teruja dan cuak sedikit. 1st time ke Negara yang tak pernah jejaki tanpa orang2 yang expert di sana. Mungkin juga akan mencari student-student Malaysia dari sana bagi membantu perjalanan kami kelak.
 
Akhir sekali pada 10-20hb June 2014 saya akan ke Sarawak sekali lagi, Kali ini saya akan lepak di rumah kakak saya yang tinggal di sana.
 
So, untuk semua trip-trip di atas, akan saya buatkan travelognya nanti ok?
 
Now, saya akan concentrate pada trip Korea. Perancangan tempat2 yang ingin kami terjah nanti, tempat-tempat makanan halal dan sebagainya.
 
Doa2kan agar semuanya berjalan dengan lancer.
 
Ameen.
 
note:
Mom kalini dah beri pelepasan pada saya untuk travel bersama teman-teman jika tanpa dia mom sekali. Bukan apa, risaukan keselamatan anakandanya ni jer.

Reactions:

0 comments: