06 September 2013

Rasa Hati

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum.
Salam Jumaat.
Salam penghulu segala hari.
Hari terakhir di bulan Syawal, 30 1434H.
Semoga kita semua akan bertemu lagi di bulan yang penuh keberkatan ini. Ameen.

Teringat kembali rasa dihati sewaktu 10 malam terakhir ramadhan pada bonda.
Alangkah indah dan bestnya jika kami berdua dapat bersama-sama umat Islam seluruh dunia berpuasa, bertarawikh di kota suci Mekah. 
Teringin rasanya menjadi tetamu DIA.
Semoga niat dihati ini dipermudahkan oleh-Nya pada ramadhan akan datang. 
Ameen Ya Robbala'lamin.

Bila setiap kali sujud, pasti terbit rasa keindahan itu.
Terlihat-lihat di dalam sujud kemeriahan sewaktu bertarawikh di sana.
" Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku ini..."

Selepas meluahkan apa yang terbuku dihati, mulalah tercari-cari pakej yang terbaik.
Andalusia.
Tabung Haji.
D'Arrasyh.
Ar-Raudhah.

Sejujurnya, agak cemburu dengan mereka yang sudah berpeluang menjadi tetamu Allah. :(



Reactions:

0 comments: