24 September 2013

Take 5

BY Fath_n!e$@ No comments

Assalamualaikum semua.
Salam sore.

Selepas sekian lama tak update melalui smartphone saya ni, malam ni saya cuba untuk kesekian kalinya.... jom layan jers gambo2 yg der dalam koleksi phone saya ni k....



06 September 2013

Rasa Hati

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum.
Salam Jumaat.
Salam penghulu segala hari.
Hari terakhir di bulan Syawal, 30 1434H.
Semoga kita semua akan bertemu lagi di bulan yang penuh keberkatan ini. Ameen.

Teringat kembali rasa dihati sewaktu 10 malam terakhir ramadhan pada bonda.
Alangkah indah dan bestnya jika kami berdua dapat bersama-sama umat Islam seluruh dunia berpuasa, bertarawikh di kota suci Mekah. 
Teringin rasanya menjadi tetamu DIA.
Semoga niat dihati ini dipermudahkan oleh-Nya pada ramadhan akan datang. 
Ameen Ya Robbala'lamin.

Bila setiap kali sujud, pasti terbit rasa keindahan itu.
Terlihat-lihat di dalam sujud kemeriahan sewaktu bertarawikh di sana.
" Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku ini..."

Selepas meluahkan apa yang terbuku dihati, mulalah tercari-cari pakej yang terbaik.
Andalusia.
Tabung Haji.
D'Arrasyh.
Ar-Raudhah.

Sejujurnya, agak cemburu dengan mereka yang sudah berpeluang menjadi tetamu Allah. :(



05 September 2013

Lidah Bisa Membunuh

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Wow!!!
Tak boleh blah hokey tajuk entry kali ni.
Tapi itulah hakikatnya kan?
Lidah Bisa Membunuh....

Hmmm...

Jom kita fikir ramai-ramai apa yang kita tuturkan dalam setiap hari kita.
Pastikah kita ianya tidak membuatkan hati orang lain terasa?
Pastikah kita ianya baik-baik saja?
Kerana lidah juga ianya boleh mendatangkan fitnah.
Kerana lidah jugalah ianya bisa meragut maruah orang lain.
Astaghfirullahala'zim.

Fikir sebelum berkata.
Jangan guna kepala lutut.

TCare.
Fath_Niesa

04 September 2013

Jodoh Itu Milik Kita

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Hello peeps!!!
Merdeka hari tu baru jers saya grab 2 naskah novel. Dalam proses menghabiskan novel adalah Jodoh Itu Milik Kita. Untuk yang lagi satu, Cinta Untuk Sedetik Lagi.

Bagi JIMK, sekarang ini ditayangkan dalam bentuk visual. Tapi memandangkan saya tidak ada Astro Mustika, makanya, baca novel pun dah ok. Senyum dan sedih sorang-sorang jugak kan? Adeh!!! Naya diri sendiri. Jiwa kacau...


Sebuah lagi drama yang diadapatasi dari Novel Jodoh Itu Milik Kita karya Sara Aisha untuk Astro Mustika HD yang bakal menggantikan Drama Dahlia yang tamat baru-baru ini. 

Drama Jodoh Itu Milik Kita (JIMK) ini dilakonkan oleh Tiz Zaqyah (Dahlia), Farid Kamil (Aariz), Syazwan Zulkifli (Shafiq), Nabila Huda (Alya), Keith Foo (Joshua Francis) dan Ziela Jalil (Pn Marina).

Ikuti perjalanan drama bersiri 40 episod arahan Jamal Khan, Jodoh Itu Milik Kita yang akan mula bersiaran pada Isnin, 19 Ogos 2013 di Astro Mustika HD (saluran 134).

Sinopsis Dari Novel Jodoh Itu Milik Kita:  
Jodoh Itu Milik Kita kisah keluarga yang memaparkan konflik dalaman seorang suami. Antara kasih seorang abang dan kasih sebagai seorang suami. Aariz terpaksa menawarkan dirinya tampil di saat-saat akhir mengganti tempat adiknya yang lari pada hari perkahwinan adiknya Syafiq dan Dahlia. Awalnya Dahlia tidak sanggup, tetapi setelah dinasihatkan umi dan ibunya, Dahlia turut akur dengan jodohnya dengan Aaariz. Konflik dalaman berlaku apabila Syafiq, kembali menagih Dahlia dari Aariz, dan Aariz serba salah dengan perasaanya sendiri.

Syafiq pula mula memananam jarum di hati Dahlia dengan menyucuk rasa ragu-ragu dengan personaliti Aariz. Ada satu rahsia yang disimpan kemas oleh keluarga Tuan Haikal - bapa angkaat Aariz dan sebagai ketua keluarga, Tuan Haikal perlu merungkai segala yang telah kusut disebabkan rahsia tersebut. Apakah Rahsia itu? hampir 3/4 novel dah muka surat 500 masih tak dapat solve lagi misteri kewujudan Aariz dalam keluarga Tuan Haikal, yang menyebabkan perkahwinan Aariz dan Dahlia goyah. Akhirnya Jodoh mereka masih kuat dan tiada apa yang dapat pisahkan mereka berdua kecuali takdir.

Cinta Jannah

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Hello peeps!!!

Now, petang-petang selepas balik keja, terus mandi-mandi dan ready depan TV sebab nak tengok cerita baru. OMG!!! lagho2... Cinta Jannah. Yeah!! cerita yang membuatkan penonton tersenyum sendirian. Hah!!! kekunun feeling ler tew.

Ok jom saya kongsikan sedikit sinopsis cerita feveret saya ni. Tapu sebelum tu kan, pada mulanya saya ingatkan dari naskah novel. Rerupanya bukan. Try jugak cari online, tak dak. Hurm, kira ok ler kan tak hanya bergantung pada novel semata-mata nak lariskan stesen masing-masing.


Drama Cinta Jannah yang akan keudara mulai 14 Ogos 2013.
Drama bersiri 24 episod yang diarahkan oleh Azmi Hatta ini akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 petang di TV3.

Sinopsis
Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.

Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.

Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah.

Antara barisan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel, Nelydia Senrose, Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz dan Ezany Nizariff.