21 August 2013

Ujian Di Subuh Hari

BY Fath_n!e$@ IN , , , 2 comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
Entry kali ni, me nak share ujian di Subuh hari.

21.08.2013 ~ Rabu

4.40 pagi - Jam pada handphone berbunyi menandakan sampai masa untuk bersahur. Hari ni merupakan hari kedua aku berpuasa ganti dan sunat syawal. Sebelum ke dapur, aku menjenggah dahulu kawasan luar rumah, melihat samada motor adik ada ke tak dan keadaan kereta ok ker tak. Alhamdulillah, malam tadi adik balik rumah. Ikutkan bonda, dia tak balik dan bermalam di Kulim. Kawasan depan rumah seperti biasa, tenang. Tiada bunyi-bunyian lain.

Aku terus ke dapur memanaskan lauk pauk dan nasi untuk dijamah sewaktu sahur.

4.55 pagi - Bonda jaga dari tidur. Aku siap memanaskan semua lauk dan air milo panas yang sedap juga ready. Hari ni tak hidang. Taruk ataih ja.

5.10 pagi - Aku sudah selesai bersahur dan makan ubat kerana batuk belum berkurangan. Sebaik saja semuanya selesai, aku masuk bilik dan menyambung pembacaan novel aku yang berbaki setengah buku lagi. Fuh!!! kalini tebal wey!!!!.

5.40 pagi - Melihat jam di tepon, dah nak hbs waktu imsak. Sambil menunggu azan subuh, aku sambung lagi pembacaanku. Tiba-tiba dengar sayup-sayup motor lalu didepan rumah. Dalam hati berkata, mungkin der yang dah kluaq pergi kerja. Tapi selalunya kereta jer yang lalu lalang. tak pernak pulak motor RXZ (motor yang mat2 rempit pakai tu. Yang bising2) Yang boleh aku kata motor tu sebab, adik aku pernah guna motor yang berbunyi macam tu. Lain macam jer ni. Hati dah tak sedap, sebab terdengar motor tu bunyi dan berhenti depan rumah. Belum sempat aku keluar menghendap, bonda dah panggil aku sambil kata, "kakcik2x, keta kakcik. Cepat bunyikan alarm."




Lembut lutut aku dibuatnya. Aku sempat menjenguk dari sliding door. Aku nampak kepala helmet penyanggak tu. Sorang. Tapi menurut bonda, ada lagi sorang ataih motor. Aku nampak mamat tu pergi sebelah driver. Aku terus bunyikan alarm kereta Myvi yang berada dalam perkarangan rumah. Selepas tu, aku terus berlari memanggil adik lelaki aku, untuk tengok. Takut juga, sebab pagi Subuh. Orang belum bangun lagi. Dan Azan pun belum berkumandang lagi. Aku lari semula membuka pintu, tengok-tengok diorang dah lari. Aku ingatkan pinkple selamat dari dipecahkan. Jangkaanku meleset sama sekali. Sebaik keluar sahaja (dlm keadaan yang lemah lutur), adik kata, telepon polis. Dah kena dah. Pada mulanya aku ingatkan mereka tak sempat nak pecah.

Jiran sebelah, abg saiful turut sama keluar, bila terdengar bonda menjerit. Tapi ikut bonda yang nampak jelas, dia kata bukan motor macam adik. Hurm, mungkin motor yang macam Rini pakai. Tapi aku bab2 motor ni fail skit. Yang tau pun EX5, Kriss. Ngeh3x. Habis sudah. Pinkple "berdarah". Luka. Aku menjadi blur seketika.

5.50 pagi - Aku telepon polis. Minta untuk datang tengok. Ikutkan mereka, aku perlu bawa pinkple ke balai. Tapi memandangkan cermin yang dipecahkan adalah disebelah driver, aku tak dapat nak bawa pinkple ke balai. Polis yang bertugas di balai IPD SPU yang menjawab panggilan memberitahu, nanti akan ada yang akan datang ke rumah. Tunggu.

6.05 pagi - Selesai aku solat subuh, telepon berbunyi. Polis OTW.

6.10 pagi - Seramai 4 orang polis yang bertugas meronda tiba di perkarangan rumah bersama 4 biji motorsikal. Melihatkan keadaan kereta dan cermin yang dipecahkan, kemungkinan penyanggak2 tadi, ingin membawa lari pinkle. Nyirap darah ku. Bukan darah marah, tapi tak percaya. Why pinkple menjadi pilihan sedangkan almera juga diluar, hilux juga diluar. Polis tanya samada ada atau x barang2 yang hilang. Aku jawab, aku belum check lagi. Sebab takut nanti hilang cap-cap jari. Aku bukak sebelah co-pilot. Check, smartag ada, sunglass adik ada, duit raya adik ada, kasut bawah kerusi ada. Cuma yang aku perasan, sunglass rayben aku yang aku letak di atas dashboard meter, bowliau. Check bawah kerusi, nan-adooww. Sah! Depa ambik rayben cikaiku.

6.30 pagi - Para polis minta supaya aku datang balai untuk buat report dan keluarkan LO. Dan pegawai penyiasat akan datang bersama jurufoto untuk mengambil cap jari mahupun bahan-bahan bukti lain. Tapi sementara itu, ada yang perlu menjaga sementara menunggu hari siang.

7.30 pagi - Sejam lamanya aku menjaga pinkpleku diluar. Masuk untuk membersihkan diri dan pergi ke Balai IPD SPU.

8.00 pagi - Aku tiba di IPD SPU. Hek!!!! 1st time wey meh sini. Buat report untuk diri sendiri. Cuak terbebeh. Sebaik masuk sahaja dalam pejabat, belum apa-apa lagi, pegawai yang bertugas terlebih dahulu berkata, "ni kes cermin kena pecah tadi ka? Meh dok sini." Fuh!!! mujur x buat muka garang.

8.30 pagi - Selesai sudah report dibuat. Memandu balik rumah sementara menunggu pegawai penyiasat datang.

10.00 pagi - Dapat kol dari Sarjan Perak Dit (AIO) bertanyakan beberapa soalan. Dan berkata mereka akan datang dalam masa terdekat.

10.15 pagi - Kereta Pegawai penyiasat tiba diperkarangan rumah. Seramai 3 orang yang terdiri daripada, Pengawai Penyiasat, Pakar Forensic dan Jurugambar. Menurut mereka, ni bukan kes nak bawa lari kereta. (hek!!! pulak dah....serabut eih..) Kalau nak bawa lari kereta, depa takkan pecahkan cermin kereta. Bertanyakan aku di mana aku letakkan sunglass. Aku pun bagi tahu, aku letak di atas dashboard meter. Penyanggak2 tu berkemungkinan menggunakan sparplug untuk percahkan cermin sebab melihat pada keadaan cermin kereta. Dan tiada kesan cap jari kerana. bila cermin dipecahkan, penyanggak2 tu hanya perlu hulukan tangan untuk mengambil sunglass yang berada betul-betul dihadapan pemandu. Hampir saja kaca-kaca tersebut mencederakan jari jurufoto bila dia menarik keluar serpihan cermin tersebut.

10.45 pagi - Selesai urusan bersama Pegawai Penyiasat.

11.10 pagi - Aku bersihkan sedikit kaca-kaca yang penuh di tempat driver. Dan terus bawa pinkple ke car wash untuk vacuum kaca-kaca halus. Selesai urusan, aku dengan adik melilau mencari kedai-kedai berdekatan untuk pasang cermin semula. Haih!!! Jenuh jugak ler. Yang ada pun hanyalah cermin depan. Syukurlah ada 1 kedai ni yang boleh buat. Tapi terpaksa tunggu sampai mereka kol balik kalau2 ada stok.

12.10 pm - Balik ke rumah. Sementara menunggu kedai tersebut kol.

3.00 pm - Terjaga dari tidur. Adik kata, kedai yang kami booking tadi, tak dak stok. Jadi kami terpaksa pergi ke kedai yang lagi 1. Syukur Alhamdulillah, mereka ada stok.

4.00 pm - Keluar bersama adik, ke kedai cermin tersebut. RM180.00 + tinted RM20.00 (after discount).

5.30 pm - Settle urusan pemasangan cermin. Tinted hanya boleh pasang selepas 2 atau 3 hari lagi. Adik keluar bersama sepupu sebaik selesai urusan cermin kereta. Untuk pertama kalinya aku drive pinkple, aku trauma. Lemah lutut sebentar. Terasa ada orang nak pecahkan lagi. Nak tekan minyak pun ketaq-ketaq. tapi gagahkan diri jua. Sampai bila aku taknak pegang pinkple kan? Dia tak bersalah pun.

Moral of the story : Jangan tinggal apa-apa barang di dalam kereta walaupun pada kita, ianya tidak berharga kerana ianya adalah sangat-sangat2 berharga pada penyanggak-penyanggak diluar sana.

Hikmah di sebalik kejadian :
- Ramai yang concern bout me. - Alhamdulillah. Terima kasih kawan-kawan.
- My kakak terus nak bank-in duit (BTW sis, kakcik belum terdesak lagi, even terpaksa borrow dulu dri bonda sebab banyak dah berhabis untuk raya aritu. i noe kakngah rasa bersalah.tpi benda dah nak jadi, kalau bukan keta kakcik sekalipun, mungkin sentra or myvi lagi 1 kan? take it easy. kalau betul2 kakcik terdesak nak lemaih dah, sure kakngah ler yg kakcik carik dulu. luv u sis. sob sob.)
- Syukur jasad pinkple masih ada bersama me.
- My adiks juga sedia hulurkan bantuan. Siap sponsor belikan cover stereng baru. Tankiu AB.
- Mungkin tahun ni, aku kurang bersedekah pada mereka yang kurang berkemampuan, jadi DIA bagi sedikit ujian ini supaya aku terus beringat untuk membuat amal jariah lebih skit.
- I know, lepas ni bonda pasti akan susah hati nak tinggal aku sorang-sorang kat rumah. (dont worry mommy, Allahkan ada.. luv u more..)
- Bertabahlah wahai hati. Sikit saja ujian ini. DIA berikan peringatan pada kamu wahai cik FN. Jangan lalai sangat. Redha dalam kepasrahan. Apapun bersyukur tidak melibatkan nyawa2 orang yang aku sayang. Alhamdulillah.

Ok lah. sampai di sini dulu kot.
Pengalaman pertama dalam hidup.
Bila terkena kat batang hidung sendiri, baru tau perasaan orang lain.
Ujian datang tidak mengira bangsa, dan agama.
Ujian hanya pada mereka yang DIA sayangi.
Beringat sebelum terkena.
Jangan tarik perhatian penyanggak.
BEWARE!!!

Wallahualam.

~xoxo~
Fath_Niesa

Publish;
FN

Reactions:

2 comments:

♥ mastura ♥ said...

so si pinky okay da skrg?

Fath_n!e$@ said...

alhamdulillah pinky dh ok...dh der baju baru