20 August 2013

Kesan Dr. Gigi Bongsu

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Basi lagi....lalalalalala..
Hek!!! tak kesah pung. Sharing is Caring u ols.
Bagi entry kali ni, me nk story mengenai pengalaman me untuk kedua kalinya menyerah diri pada dentist.
Baca ler dulu yang last 2 yrs nyer experience kat link bawah ni.
Entry kali ni me just nak story sal effect dari gigi bongsu selepas minor surgery dilakukan dulu.


Lately ni, terasa kesakitan semula pada tempat jahitan gigi bongsu dulu. Yut! Yut! Yut!.
Terasa nak sepak a.k.a penampaq orang pun ada.
Habis spoil hari-hariku. Tambahan dengan sakit pada kepala sebab effect dari sakit gigi. 
Bila badan panas, mulala kesakitan terasa.
Kali ni pada gigi ke-47 bersebelahan gigi bongsu yang dibuang aritu.

Sebetulnya saya dan doktor pun dah tau, gigi tersebut berlubang akibat kesan tolakan gigi bongsu sehingga menyebabkan gigi saya berlubang. Ketika membuka jahitan, ingatkan doktor terus nak 'palam' gigi tersebut. Rupanya tidak. Dibiarkan sahaja. After 2 yrs, baru-baru ini terasa kesakitan yang teramat sangat sehinggalah saya decide untuk mencabut gigi tersebut akibat tidak dapat menahan lagi kesakitan itu.

11/6/2013, Selasa saya ke KKSJ. Doktor yang merawat berkata hari ni tak dapat nak buat sebab saya sakit. Next week datang balik bila dah tidak sakit. Saya diberikan panadol bagi menahan kesakitan. Doktor tersebut juga ada memberi tahu bahawa, gigi saya tidak dapat dibuat rawatan akar lagi dan tidak dapat nak diselamatkan lagi. Oleh itu, mereka terpaksa mencabutnya pada minggu depan. Ya Robbi, nak tunggu seminggu sakit woooo....

Hari yang ditunggu tiba........

18/6/2013 ~ Selasa

Drove sesorang gi Klinik Kesihatan Seberang Jaya (dekat TNB tu...). Sampai klinik awai loo... Orang ke-3 register. Ahaks. Sebabnyer malas nak bersesak dengan pesakit-pesakit lain. Ingat habis awal, leh ler masuk office.

Nama dipanggil. Pergh!! untuk kesekian kalinya, darah gemuruhku memercik dahiku. Huk. Huk. Serius nebes. Cukup-cukup la, kali ni merupakan kali terakhir aku dengan dentist. Dah tak nok dah.  :(

Kali ni doktor India. Doktor yang me tengok datang klinik dengan tercunggap-cunggap sebab kelewatan. Jem katanya. Hok alorhh... Cool bro. Kamu dah bagi saya lagi cuak tau enggak. Berdoa sesangat dapat doktor Chinese last week. Dr.Lim :). Tapi, hukhuk, yang ceq tak maw tu, ceq dapat. Allahuakbar.

Dr : U dah breakfast?
Me : Erk!!! later la kot.. tak rasa nak makan. takut.
Dr : Now, better u pegi makan dulu. then baru datang balik. Nanti kalau u pengsan, kitaorang tak bertanggungjawab.
Me : (hok alorh..der ker kata cengitu...) Hmm, ye la... (akurkan saja...)
Dr : Then nanti u trus datang sini. K
Me : Bahek!!!

Me pun turun dengan malasnya. Satgi ceq muntah ker apa, sapa yang susah? Makan ler cokkodok dengan cok jagung 3 4 ketoi. Tak selera u ols. Lepas dah settle semua, me pun naik semula ke bilik rawatan.

Dr : Dah bfast?
Me : Dah...
Dr : Ok, now u boleh duduk kt situ. (sambil menunjukkan kerusi hijau lembut)
Me : Erm, nanti nak bawa balik gigi no...heee.
MA : nak buat pa? nak tanam ker? Boleh2..

Ceq pun aku lagi, serahkan diri pada doktor seterusnya. Doktor pun memproses mulut ceq. Wey!!! Takuit tau dok?

Dr : Ok, lembutkan badan ok. Jangan lawan.
Me : Ok...
---Satu suntikan. Dua suntikan. ----
Dr : U ada rasa berat tak? 
Me : Belum lagi.
Dr : Ok, u kira sampai 10... now u rasa apa2 tak?
Me : Tak.
Dr : Ok, nanti kalau u rasa sakit, u bagi tau i.
Me : ok.
--- tiba-tiba ----
Me : Aduih!! Sakit doktor.
Dr : ok. tak per. (doktor minta lagi 1 jarum bius. Disuntiknya lagi dalam mulut ceq ni. Yet! Yet! semut gigit)

Doktor pun sambung kerja. Dari 1 player ke 1 player dimintanya pada MA sehinggalah player ke-4. Bergegar lagi kepala otak me. Me nampak doktor tu nervous dan berpeluh. Hahaha!!! Buat main-main dengan gigi geraham ni... Dan akhirnya, me terasa 1 objek yang besar keluar dari gusi me. Sehingga me sendiri mengeluarkan kata : Haaaaa..... (dalam hati, akhirnya.....)Disuruhnya me kumur dan ludah. Ya robbi, banyak nyer darah. 

Doktor membersihkan darah di dalam mulut me. Dan akhir sekali dia minta me gigit dan tutup mulut. Siap!!!

Bila bangun sahaja dari tempat pembaringan, tiba-tiba me rasa gelap. Berpeluh habis 1 badan kerana darah keluar dengan banyak. Tengok kapas-kapas yang penuh darah jatuh ke lantai. Apa punya doktor la buat kerja. Biarkan kapas-kapas bersepah ke lantai. Bila lihatkan keadaan gigi geraham me, Ya Robbi, sampai cengini engkau kerjakan gigi aku???


Hah!!! Nah, tgk sendiri. Di korek-koreknya gigi den ni ha... Akar masih elok ok.. 4 petak (alamak, ceq lupo plak bahasa medic pada permukaan gigi geraham..adeh..4 apa ek??) hancus. Sebetulnya 1 dari 4 dah hilang masa tolakan gigi bongsu dulu. Tinggai 3. now??? Tak tinggai pa dah. 

2 hari me MC. Sakit wow!!! Macam buat minor surgery jugeks. Penjagaan kena lebih skit sebab, doktor tak jahit pada bahagian gusi tersebut. So dia berkawah. Untuk 1st week ni, me makan bende2 yang sejuk dan lembut. Kalu nak makan yang keras2, terpaksa telan wey!!!

Until now (20/8/2013) pun, still berkawah. Gusi makin menumbuh. Tulang lambat skit nak tumbuh. Bila makan jer, kena kumur. Kalu tu, nasi dan bendasir2 asing akan terkumpul dalam kawah dan mengundang ketidakselesaan pada gigi dan gusi. 

So, now, gigi geraham atas dah tak der partner. My fren, seorang doktor gigi sarankan buat gigi pelesu bagi menampung gigi geraham atas. Until now, me tak buat lagi pun. Biar gusi tumbuh betul-betul, then tengok macam mana nanti. So far, memang tak dak perancangan nak pakai gigi pelesu dan join geng prodental... Hahahaha.

Ok, Stakat ni dulu la kot cerita pasai gigi ni. 

1 jer yang me nak gi tau dan berkongsi. Tak semestinya jaga gigi lebih, tak akan rasai kesakitan ini yer. Bagi mereka yang gigi molek, 24 hrs gosok (macam ni, bila setiap kali nak solat, pasti akan bersugi), tak pernah berpalam-palam (macam me jugeks) mereka juga terdedah pada kesakitan dan pertumbuhan gigi bongsu yang tidak normal. 

Once, gigi bongsu U naik secara tak normal, so, U pepaham sendiri la yer. Dan jangan cakap lebih-lebih dengan mereka yang alamai sakit gigi, silap-silap haribulan, mau nyer kena penampaq free. Nak cuba kena penampaq sulung, cer cuba ganggu mereka yang ngah sakit gigi. FYI, sakit gigi merupakan sakit ke-2 paling sakit selepas sakit bersalin. So pepahey sendiri la yor. Selamat beramal... (^___^)

Wallahualam...

~xoxo~
Fath_Niesa


Publish;
FN

Reactions:

0 comments: