26 June 2013

Company Trip To Pantai Timur

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

Bismillahirahamanirrahim.

Yeay!!!!
Ketemu lagi kita di entry seterusnya.
Kali ini nak share trip saya bersama kawan-kawan ofis Ikram Utara ke Pantai Timur

Pertama kali saya bagi pihak admin ingin mengucapkan kepada semua staff IU yang memberikan sepenuh kerjasama sepanjang Trip ke Pantai Timur baru-baru ini.

Ini merupakan aktiviti tahunan kakitangan IU dimana telah diperuntukkan bagi setiap tahun. Makanya, bagi kali ini, rombongan menuju ke Pantai Timur memandangkan tahun lepas IU telah pun sampai ke selatan.

Trip ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam pada 14hb June 2013 hingga 16hb June 2013, Jumaat hingga Ahad. Disertai oleh 18 orang staff IU dan 13 ahli keluarga staff. Rombongan ini dibawah ajensi TMJ Travel & Tours dimana jalinan telahpun bermula sejak tahun lalu. Semoga Silaturrahim ini berjalan dengan aman selamanya. Ameen. Kunjungan pertama kami adalah ke Kuala Terengganu dan akhirnya di Kota Bahru.

Bertolak dari pejabat IU pada jam 8.00 pagi dan tiba di KT seawal jam 5.00 petang. Destinasi pertama ditujui adalah di Pantai Klebang. Di KT,  kami menginap di YT Midtown Hotel. 

Hari pertama : Penat didalam perjalanan. Hanya meninjau sekitar Pantai Kelebang sebelum check-in hotel.

Hari kedua : Chek-out jam 9.00pg, selepas breakfast kami menuju ke Noor Arfa Batik seterusnya menuju ke Desa Murni dan Pulau Wan Man untuk melihat Masjid Kristal. Seusai selesai di Masjid Kristal, kami menuju ke Kedai Keropok Losong sebelum membeli belah di Pasar Payang. Shopping, Lunch dan Solat sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan. Bertolak dari Pasar Payang dalam jam 3.30 pagi dan tiba di Kota Bahru pada jam 6.30petang.

Malam kedua di Kelantan : Kami terus check-in di One Station Boutique Hotel di mana ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan Tesco KB. Jam 9.00 malam kami bertolak ke Wakaf Che Yeh untuk dinner dan shopping lagi. Berlama di sana sehingga jam 11.30 malam.


Hari Ketiga : 9.00 pagi check-out, destinasi pertama untuk hari terakhir adalah menuju ke IKRAM TIMUR yang letaknya dia Jalan Panji. Menyambut ketibaan kami adalah SIM, En. Badrul memandangkan RD, Hj. Mohammad Daud berada di Terengganu. Berada di sana sehingga jam 11.30 pagi, seterusnya kami menuju ke Pasar Siti Khatijah sehingga jam 2.00 petang. Di sini, seperti biasa shopping time. Bergerak pulang ke Pulau Pinang pada jam 2.30 petang. Kami singgah di Masjid Beijing yang letaknya di sempadan Rantau Panjang.


Kami semua selamat tiba di pejabat IU pada jam 9.30 malam.

Sampai di sini dahulu catatan mengenai trip staff IU ke Pantai Timur.

Jumpa lagi di next entry...

Wallahualam.



Reactions:

0 comments: