11 May 2013

Selepas PRU 13

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum w.b.t

Salam sore..
Good Evening..
Salam 1Malaysia...

Sebelum entry terakhir saya selepas ini (hanya perkongsian gambo2 ajer), kali ini entry saya adalah keadaan selepas PRU 13.

Sebaik sahaja rakyat Malaysia mengetahui siapa yang bakal mentadbir negara untuk penggal yang akan datang, pelbagai feedback yang diberikan oleh mereka yang tidak berapa nak boleh terima keputusan PRU13 dalam erti kata lain, tidak dapat menerima kekalahan.

Sejujurnya saya suka akan entry dari rakan kenalan saya berkaitan pandangan beliau mengenai fenomena ini. Cer baca kat sini. Itu pandangan dari dirinya. Terpulang pada mereka diluar sana.

Di mukabuku apa tah lagi. video mengenai "pengundi hantu" la, blackout la, SPR tak telus la, itu ini...Naik rimas. Dan paling menyampah bila mereka terlalu menerima dari meneliti atau selidik terlebih dahulu. Dan di sebabkan itu, saya ambik keputusan untuk deactivekan seketika FB saya atas alasan ini. Sudah-sudah la wahai rakyat Malaysia. Now focus pada kerjaya anda, matlamat hidup kita, jangan terlalu memikirkan hal-hal duniawi sehingga hal-hal akhirat entah ke mana tujuannya.

Menuding jari sana sini. Mencari kesalahan orang lain. Apa ni? Stop it la... Fikir secara matang. Kalian yang menyokong mereka yang "kalah" hal2 duniawi ini cuba fikir secara rasional. Geng PR mostly menang di seluruh bandar-bandar utama, tapi tidak pada kami-kami yang stay di "pendalaman" (kununyalah...). Why??? Why??? Tepuk dada, tanya iman. bukan tanya selera. If tanya selera, cengini la jadinya.

Saya tak kata BN semuanya perfect 100%.  Begitu juga PR tak semuanya tak betul 100% (saya support PAS, not PKR or DAP). Ada ketika saya tak sependapat dengan certain-certain people di dalam BN, begitu juga dengan PR. Sudah cukup sudah. Rakyat telahpun membuat keputusan masing-masing.

Terimalah qada' dan qadar Allah. DIA Maha Merancang. Ada hikmah disebalik semua ini. Be positive dengan segala perancanganNya.

Wahai umat Islam, ayuh kita bersatu demi agama kita. Bulan Rejab pun dah tiba. Bersama-samalah kita tingkatkan amalan dan merebut peluang dariNya dalam bulan-bulan yang penuh keberkatan ini. Lupakan hal-hal duniawi. Tingkatkan amalan untuk akhirat pulak. Saya mohon ampun dan maaf jika ada yang terasa hati dengan kata-kata saya secara penulisan, lisan mahupun perbuatan. Semoga saya, anda peroleh keberkatan ini. Aamin

Wallahualam.

~xoxo~
Fath_Niesa


Publish;
FN

Reactions:

0 comments: