08 May 2013

Sebelum PRU13

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam 1Malaysia

Diharapkan apa yang saya tulis ini tidak diputarbelitkan oleh mana-mana pihak. Ini adalah pandangan dari diri saya sendiri sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara.

PRU13 telah pun berlalu 3 hari yang lalu. Tetapi bahangnya masih terasa. Untuk entry kali ini, saya akan berkongsi pengalaman 3 kali terlibat dengan PRU a.k.a GE. So, akan banyak ler sedikit entry sepanjang PRU13 ni.

Bagi PRU kali ini, Puteri UMNO telah bersiap sedia 2 bulan lebih awal. Dengan menghadiri simulasi IT sebanyak 3x dan menyertai semua aktiviti yang dianjurkan diperingkat bahagian. Bagi saya yang hanya AJK cawangan THAF sahaja, tidaklah sesibuk KPCawangan yang mana dia juga merupakan AJK diperingkat bahagian.

Kehangatan kian terasa bila mana selepas penamaan calon dilaksanakan. Tempoh 2 minggu berkempen sangat-sangat memberi 1001 pengalaman yang berbeza dari PRU 11/ PRU 12.

Alhamdulillah, my mom fully supported me. Tambahan minggu terakhir, saya terpaksa untuk pulang lewat ke rumah 12 tengahmalam, / 1 pagi. Lumrah bila tiba PRU. Keselamatan kami juga dijaga oleh team2 Pemuda. Berada di bilik gerakan untuk sama-sama membantu memasang bendera (Pu3 tlg stapler kan). Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Malam terakhir, kami semua membuat kenduri sebelum PRU 13 menjelang. Setelah beberapa minggu berkerja keras.

Di bilik gerakan pelbagai karenah dari pihak lawan yang membuat provokasi. Dengan membunyikan hon dari kenderaan mereka, membuat bising, lori besar yang entah dari mana pun lalu juga hampir setiap malam. Dan bertambah cuak pada 1 malam ketika calon2 datang untuk berkempen. Seseorang yang penuh mencurigakan (nanti akan saya upload gamba org tu). Ketika Tun Abdullah berucap, orang tersebut terus meluru berdiri di hadapan Tun Abdullah sambil membuat rakaman dari handphonenya. Takut juga sebab kebelakangan ini di dada-dada akhbar keluar kejadian membaling bom buatan sendiri bilik gerakan BN dan melakukan pelbagai provokasi. Alhamdulillah, tiada sebarang yang berlaku.

Saya difahamkan, dun Penaga yang teruk berbanding Dun Kepala Batas, dan Pinang Tunggal. Saingan di sana sangat sengit dan keghairahan berkempen antara kedua-dua parti sangat teruja dan bersemangat. Darah anak muda....

Apa yang diharapkan adalah kemenangan biarlah berpihak pada UMNO-BN. Sejujurnya saya tidak menolak PAS suatu ketika dahulu. Tahap kehormatan saya tinggi pada mereka, tetapi bila PAS membuat keputusan untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat, apa yang saya nampak perjuangan mereka sudah tersasar. DAP secara terang-terangan menolak sama sekali hukum Hudud. Saya tiada masalah jika benar hukum hudud dilaksanakan di negara ini. Tapi bagaimana PAS mahu laksanakannya jika dalam pakatan mereka sendiri ada yang menolak? Okey, cukup sampai sini saya meninggalkan persoalan saya ini kerana saya tidak layak untuk bercakap lebih lanjut kecuali mereka yang betul-betul arif.

Doa saya semoga semua umat Islam kembali bersatu di atas 1 saff yang sama, dan tidak mengikut telunjuk orang lain.

Wallahualam....

~xoxo~
Fath_Niesa


Publish;
FN






Reactions:

0 comments: