09 May 2013

PRU13

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Diharapkan apa yang saya tulis ini tidak diputarbelitkan oleh mana-mana pihak. Ini adalah pandangan dari diri saya sendiri sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara.

Hari ni hari Khamis. Masuk hari ke-4 selepas PRU13, baru berkesempatan membuat entry berkaitan hari PRU13. Semakin lama semakin menjadi-jadi provokasi di laman-laman sosial. Muslim semakin berpecah belah. Orang yang kalah tidak dapat menerima qada' dan qadar Allah. Sedih dan sedih melihat sikap mereka. Ini akan dimasukkan di dalam entry selepas PRU13.

5hb May 2013, Ahad Hari Pengundian telah pun tiba.

Seusai solat subuh dilaksanakan, saya bersiap sedia untuk bertugas sebagai Jentera Pilihan Raya Puteri dan sebelum itu sebagai rakyat Malaysia yang sedar akan hak-hak bersuara. Doa saya biarlah sepanjang proses pilihanraya ini berlangsung tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Syukur Alhamdulillah, cuaca pada hari tersebut sangat baik. Tepat 6.00 petang hujan mulai membasahi bumi. Sehari sebelum pun hujan sangat lebat turun sehingga kawasan perumahan saya sebelum ini tidak pernah dimasuki air, hari Sabtu sebelum PRU masuk sehingga ke porch kereta. Nikmat dan hikmah dari ALLAH.

Tepat jam 7.15 pagi saya telah ke tempat yang disediakan oleh Cawangan saya. Set-up semua peralatan yang ada, ingatkan saya yang paling lewat, rupanya saya yang pertama sampai. Semuanya dilakukan sendiri. Sementelah laptop ready untuk bertugas, saya juga begitu. 7.50pagi, selesai briefing pada team2 yang lain, saya dan KPCaw. bergegas masuk ke perkarangan SMKDHAB untuk menjalankan tugas sebagai rakyat Malaysia.

Saya mengundi di Saluran 6. Saluran yang sama pada PRU12 yang lalu. Tambahan Saluran 7 dimana pengundi-pengundi muda yang pertama kali mengundi. Ramai. Bersemangat. Dari feedback yang diterima pada statistik jam 8.00-10.00 yang dibuat oleh pihak kami, Saluran 5,6,7 mencecah 300-400orang pengundi. 2 jam pertama, baru 1058 orang yang keluar mengundi.

10.00-12.00pm, 1063 orang dan jumlah ini semakin berkurang menjelang petang hari. PDM Pongsu 1000 paling ramai pengundi berbanding 3 lagi PDM.

Tapi yang paling kecewa apabila mengetahui hampir 1,000 penduduk tidak keluar mengundi. Hanya 74% sahaja yang keluar mengundi.

Suasana semakin panas bila menjelang jam 2.00 petang. Dengan karenah yang terpaksa dihadapi oleh petugas2 pilihanraya, provokasi dijalan raya. Tapi mujur semuanya terkawal.

Tugasan kami semua selesai jam 6.00.

Penat. Itulah yang mampu diluahkan.

Debaran semakin kencang bila keputusan akan keluar pada sebelah malam. Tidak sabar. Takut. semuanya bercampur baur. Hanya mampu berdoa padaNya semoga BN diberi mandat lagi oleh rakyat untuk mentadbir negara untuk 5 tahun lagi.

Ok, sampai disini dahulu.

Next entry berkaitan Calon-calon yang Menang......

Takkan Melayu Hilang Di Dunia
Dulu ~ Kini ~ Dan ~ Selamanya

Wallahualam.

~xoxo~
Fath_Niesa


Publish;
FN



Reactions:

0 comments: