30 May 2013

Teduhan Kasih

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

Holla...
Fuh!!! Fuh!!! Fuh!!!
Tiup-tiup skit, lap lap sikit....
MasyaAllah bersawang dah blog sayer ni...

::::::Ambik mood jap::::::

Yeay!! Dah santik. Lets continue...

Assalamualaikum peeps!!!
Hopefully tak ler terlalu rindukan blog sayer ni (ada ker yang rindu??ahaks)

Sebenarnya banyak entry nak buat, tapi terpaksa skip dulu. 
Tunggu hari lain baru kasi update dan upload. Mostly pasal wedding kengkawan.
Cuti sekolah kata nyer!!!!!

Memandangkan sayer ni salah seorang fan (not hard fan) Ady Putra, maknanya ader ler cerita pasal dia. Sekadar ini berkongsi cerita yang sedang ditayangkan di slot Akasia jam 7 petang, Isnin hingga Khamis. Pelakonnya adalah pastinya Ady Putra, Sherly Ibrahim, Nabila Huda dengan Shah (tak igt nama penuh, maaf bos). Adaptasi dari sebuah novel, bertajuk TEDUHAN KASIH, pasti menarik. Tapi yang pastinya saya belum pernah membacanya. Dulu sewaktu belajar saya gemar membaca novel. Tapi bila usia menginjak naik, bahan bacaan bertukar lebih kepada yang ilmiah. Semoga saya terus istiqamah dalam mencari ilmu akhirat. Aamin.

Sedikit sinopsis Teduhan Kasih.

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.


Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku di huni sepi rasa kasihmu

Hanya ku yang mencari
Rembulan masoh ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagau bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku...

21 May 2013

Bad Migrain

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Hello peeps.
Morning..
Assalamualaikum...

Sengsara sungguh bila migraine menyerang.
Terasa sel-sel darah berdenyut-denyut kencang dalam kepala otak ni.
A.P.T.B (meaning dia Apa pun tak boleh).

Tambahan bila dok dalam financial line ni. Lagi ler menjadi-jadi sakitnya.
Samada minor or major.
Once dia menyerang, tertiarap jugak diri ni.

Bila sampai pada tahap major, better dok umah, lena tanpa gangguan.
Semalam boleh tahan jugak ler.
Mungkin sebab berpuasa, tapi sahur hanya makan 3 keping biskut dan 3 biji kurma.
Jika diikutkan pada bulan puasa, wajib kena ada nasi untuk bersahur.
Semalam punya kes, bangun sahur, tapi ada "cerita" disebalik kejadian.
Malas nak fikir.
Last-last merana diri. 

Datang keja pagi okey.
Tapi bila dah sampai petang, lembik. Fail!!!
Balik keja, paksa jugak diri sediakan juadah berbuka.
Inilah masalah pada diri saya, bila sakit baru gigih nak masak sendiri. 
Bila sihat, makan ja apa yang ada.
Mungkin tekak orang puasa, macam-macam. Hahaha

Dalam dok tahan sakit kepala, dapat juga sediakan 3 jenis juadah. Simple jers.
Janji masak sendiri.
Ke kelas pun ting tong ting tong.
Tapi syukur pada Allah bagi kekuatan dalam kelas.
Bila break, tumbang jugak kepala ni ke meja.
Rehatkan otak sekejap.

Migraine oh Migraine!!!!

Wallahualam


~xoxo~
Fath_Niesa


Publish;
FN 

19 May 2013

Random Picture

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

My Luvly Heart

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments


~xoxo~
Fath_Niesa

Confirmed

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Syukur Alhamdulillah.

Akhirnya perancangan untuk ke Pantai Timur kali ini telah mendapat persetujuan di Top Management. Last year tak jadi sebab banyak sangat kekangannya. But this year, fight juga supaya menjadi. Kali ini tak tunggu siapa dah. Semuanya demand2 belako. Tapi.........

Memandangkan last year dah ke oberC, nun ke Singapura, so this year kita ke dalam negara plak. Support our tourism industries. Acehcehceh.....

Ikutkan hati dek non ni, this year memang dah malas nk ke mana-mana. Tetapi memandangkan ini merupakan official visiting, so im surrender. For my company and my resposibilities. OMG

Seperti biasa, pastinya ada pro and con di beberapa peringkat. Jenuh nak puaskan hati semua pihak. But i try my best and transparence with them. At least, balance from staff''s activities masih ada.

Double checking with my Director mengenai lawatan ini di dalam meeting last week, syukur alhamdulillah, semuanya telah diputuskan. 14-16hb June 2013 berangkatlah kami ke Terengganu-Kelantan nanti. Semoga perjalanan kami semua akan dipermudahkan dilindungi olehNya.

For those yang tak nak join dan tak dapat join, don't worry, after raya akan ada lagi planning kita.

Final comfirmed, seramai 19 staff IKRAM-Utara (FOC) dan 14 orang luar (support sendiri). Jumlah keseluruhan 33 orang.

For next year, seriously saya dah tak nak incharge and arrange program-program ni. Kalau nak travel pun, hanya untuk personal trip sahaja. InshaAllah, awal tahun depan saya akan try arrange ke Phuket-Krabi-Hatyai bersama 10-12 orang sahaja. Cukup sekadar 1 van Thai.

Wallahualam

~xoxo~
Fath_Niesa


Publish;
FN

14 May 2013

Company Trip

BY Fath_n!e$@ No comments

Hello peeps!!!

This week kembali sibuk menguruskan company trip yang akan diadakan pada 14-16hb June 2013 depan.

Kali ini, destinasi yang dipilih adalah ke Pantai Timur.

Tambahan pula, siri jelajah ke Ikram Selatan dah settled last year, this year Ikram Utara akan menjelajah ke Pantai Timur pulak

Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan perjalanan kami semua dilindungi olehNya. 

Aamin

12 May 2013

PowerPuftGurl ~ Pu3THAF

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments


Ketua PDM Pongsu 1000 bg PRU13








11 May 2013

Sekitar PRU 13

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments


Selepas PRU 13

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Assalamualaikum w.b.t

Salam sore..
Good Evening..
Salam 1Malaysia...

Sebelum entry terakhir saya selepas ini (hanya perkongsian gambo2 ajer), kali ini entry saya adalah keadaan selepas PRU 13.

Sebaik sahaja rakyat Malaysia mengetahui siapa yang bakal mentadbir negara untuk penggal yang akan datang, pelbagai feedback yang diberikan oleh mereka yang tidak berapa nak boleh terima keputusan PRU13 dalam erti kata lain, tidak dapat menerima kekalahan.

Sejujurnya saya suka akan entry dari rakan kenalan saya berkaitan pandangan beliau mengenai fenomena ini. Cer baca kat sini. Itu pandangan dari dirinya. Terpulang pada mereka diluar sana.

Di mukabuku apa tah lagi. video mengenai "pengundi hantu" la, blackout la, SPR tak telus la, itu ini...Naik rimas. Dan paling menyampah bila mereka terlalu menerima dari meneliti atau selidik terlebih dahulu. Dan di sebabkan itu, saya ambik keputusan untuk deactivekan seketika FB saya atas alasan ini. Sudah-sudah la wahai rakyat Malaysia. Now focus pada kerjaya anda, matlamat hidup kita, jangan terlalu memikirkan hal-hal duniawi sehingga hal-hal akhirat entah ke mana tujuannya.

Menuding jari sana sini. Mencari kesalahan orang lain. Apa ni? Stop it la... Fikir secara matang. Kalian yang menyokong mereka yang "kalah" hal2 duniawi ini cuba fikir secara rasional. Geng PR mostly menang di seluruh bandar-bandar utama, tapi tidak pada kami-kami yang stay di "pendalaman" (kununyalah...). Why??? Why??? Tepuk dada, tanya iman. bukan tanya selera. If tanya selera, cengini la jadinya.

Saya tak kata BN semuanya perfect 100%.  Begitu juga PR tak semuanya tak betul 100% (saya support PAS, not PKR or DAP). Ada ketika saya tak sependapat dengan certain-certain people di dalam BN, begitu juga dengan PR. Sudah cukup sudah. Rakyat telahpun membuat keputusan masing-masing.

Terimalah qada' dan qadar Allah. DIA Maha Merancang. Ada hikmah disebalik semua ini. Be positive dengan segala perancanganNya.

Wahai umat Islam, ayuh kita bersatu demi agama kita. Bulan Rejab pun dah tiba. Bersama-samalah kita tingkatkan amalan dan merebut peluang dariNya dalam bulan-bulan yang penuh keberkatan ini. Lupakan hal-hal duniawi. Tingkatkan amalan untuk akhirat pulak. Saya mohon ampun dan maaf jika ada yang terasa hati dengan kata-kata saya secara penulisan, lisan mahupun perbuatan. Semoga saya, anda peroleh keberkatan ini. Aamin

Wallahualam.

~xoxo~
Fath_Niesa


Publish;
FN

09 May 2013

PRU13

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Diharapkan apa yang saya tulis ini tidak diputarbelitkan oleh mana-mana pihak. Ini adalah pandangan dari diri saya sendiri sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara.

Hari ni hari Khamis. Masuk hari ke-4 selepas PRU13, baru berkesempatan membuat entry berkaitan hari PRU13. Semakin lama semakin menjadi-jadi provokasi di laman-laman sosial. Muslim semakin berpecah belah. Orang yang kalah tidak dapat menerima qada' dan qadar Allah. Sedih dan sedih melihat sikap mereka. Ini akan dimasukkan di dalam entry selepas PRU13.

5hb May 2013, Ahad Hari Pengundian telah pun tiba.

Seusai solat subuh dilaksanakan, saya bersiap sedia untuk bertugas sebagai Jentera Pilihan Raya Puteri dan sebelum itu sebagai rakyat Malaysia yang sedar akan hak-hak bersuara. Doa saya biarlah sepanjang proses pilihanraya ini berlangsung tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Syukur Alhamdulillah, cuaca pada hari tersebut sangat baik. Tepat 6.00 petang hujan mulai membasahi bumi. Sehari sebelum pun hujan sangat lebat turun sehingga kawasan perumahan saya sebelum ini tidak pernah dimasuki air, hari Sabtu sebelum PRU masuk sehingga ke porch kereta. Nikmat dan hikmah dari ALLAH.

Tepat jam 7.15 pagi saya telah ke tempat yang disediakan oleh Cawangan saya. Set-up semua peralatan yang ada, ingatkan saya yang paling lewat, rupanya saya yang pertama sampai. Semuanya dilakukan sendiri. Sementelah laptop ready untuk bertugas, saya juga begitu. 7.50pagi, selesai briefing pada team2 yang lain, saya dan KPCaw. bergegas masuk ke perkarangan SMKDHAB untuk menjalankan tugas sebagai rakyat Malaysia.

Saya mengundi di Saluran 6. Saluran yang sama pada PRU12 yang lalu. Tambahan Saluran 7 dimana pengundi-pengundi muda yang pertama kali mengundi. Ramai. Bersemangat. Dari feedback yang diterima pada statistik jam 8.00-10.00 yang dibuat oleh pihak kami, Saluran 5,6,7 mencecah 300-400orang pengundi. 2 jam pertama, baru 1058 orang yang keluar mengundi.

10.00-12.00pm, 1063 orang dan jumlah ini semakin berkurang menjelang petang hari. PDM Pongsu 1000 paling ramai pengundi berbanding 3 lagi PDM.

Tapi yang paling kecewa apabila mengetahui hampir 1,000 penduduk tidak keluar mengundi. Hanya 74% sahaja yang keluar mengundi.

Suasana semakin panas bila menjelang jam 2.00 petang. Dengan karenah yang terpaksa dihadapi oleh petugas2 pilihanraya, provokasi dijalan raya. Tapi mujur semuanya terkawal.

Tugasan kami semua selesai jam 6.00.

Penat. Itulah yang mampu diluahkan.

Debaran semakin kencang bila keputusan akan keluar pada sebelah malam. Tidak sabar. Takut. semuanya bercampur baur. Hanya mampu berdoa padaNya semoga BN diberi mandat lagi oleh rakyat untuk mentadbir negara untuk 5 tahun lagi.

Ok, sampai disini dahulu.

Next entry berkaitan Calon-calon yang Menang......

Takkan Melayu Hilang Di Dunia
Dulu ~ Kini ~ Dan ~ Selamanya

Wallahualam.

~xoxo~
Fath_Niesa


Publish;
FN



08 May 2013

Sahabat Sejati

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Sebelum PRU13

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam 1Malaysia

Diharapkan apa yang saya tulis ini tidak diputarbelitkan oleh mana-mana pihak. Ini adalah pandangan dari diri saya sendiri sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara.

PRU13 telah pun berlalu 3 hari yang lalu. Tetapi bahangnya masih terasa. Untuk entry kali ini, saya akan berkongsi pengalaman 3 kali terlibat dengan PRU a.k.a GE. So, akan banyak ler sedikit entry sepanjang PRU13 ni.

Bagi PRU kali ini, Puteri UMNO telah bersiap sedia 2 bulan lebih awal. Dengan menghadiri simulasi IT sebanyak 3x dan menyertai semua aktiviti yang dianjurkan diperingkat bahagian. Bagi saya yang hanya AJK cawangan THAF sahaja, tidaklah sesibuk KPCawangan yang mana dia juga merupakan AJK diperingkat bahagian.

Kehangatan kian terasa bila mana selepas penamaan calon dilaksanakan. Tempoh 2 minggu berkempen sangat-sangat memberi 1001 pengalaman yang berbeza dari PRU 11/ PRU 12.

Alhamdulillah, my mom fully supported me. Tambahan minggu terakhir, saya terpaksa untuk pulang lewat ke rumah 12 tengahmalam, / 1 pagi. Lumrah bila tiba PRU. Keselamatan kami juga dijaga oleh team2 Pemuda. Berada di bilik gerakan untuk sama-sama membantu memasang bendera (Pu3 tlg stapler kan). Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Malam terakhir, kami semua membuat kenduri sebelum PRU 13 menjelang. Setelah beberapa minggu berkerja keras.

Di bilik gerakan pelbagai karenah dari pihak lawan yang membuat provokasi. Dengan membunyikan hon dari kenderaan mereka, membuat bising, lori besar yang entah dari mana pun lalu juga hampir setiap malam. Dan bertambah cuak pada 1 malam ketika calon2 datang untuk berkempen. Seseorang yang penuh mencurigakan (nanti akan saya upload gamba org tu). Ketika Tun Abdullah berucap, orang tersebut terus meluru berdiri di hadapan Tun Abdullah sambil membuat rakaman dari handphonenya. Takut juga sebab kebelakangan ini di dada-dada akhbar keluar kejadian membaling bom buatan sendiri bilik gerakan BN dan melakukan pelbagai provokasi. Alhamdulillah, tiada sebarang yang berlaku.

Saya difahamkan, dun Penaga yang teruk berbanding Dun Kepala Batas, dan Pinang Tunggal. Saingan di sana sangat sengit dan keghairahan berkempen antara kedua-dua parti sangat teruja dan bersemangat. Darah anak muda....

Apa yang diharapkan adalah kemenangan biarlah berpihak pada UMNO-BN. Sejujurnya saya tidak menolak PAS suatu ketika dahulu. Tahap kehormatan saya tinggi pada mereka, tetapi bila PAS membuat keputusan untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat, apa yang saya nampak perjuangan mereka sudah tersasar. DAP secara terang-terangan menolak sama sekali hukum Hudud. Saya tiada masalah jika benar hukum hudud dilaksanakan di negara ini. Tapi bagaimana PAS mahu laksanakannya jika dalam pakatan mereka sendiri ada yang menolak? Okey, cukup sampai sini saya meninggalkan persoalan saya ini kerana saya tidak layak untuk bercakap lebih lanjut kecuali mereka yang betul-betul arif.

Doa saya semoga semua umat Islam kembali bersatu di atas 1 saff yang sama, dan tidak mengikut telunjuk orang lain.

Wallahualam....

~xoxo~
Fath_Niesa


Publish;
FN