03 April 2013

Sedetik Cinta

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Fuh!! Fuh!!!
Berhabuk bak hang....heeee

1 more think, tak tertahankan tajuk entry kali ni.
Sedetik Cinta.
Macam tajuk filem plak.

Sebenarnya, lama dah nak postkan entry ni.
Tapi macam mana nak adapt dalam bentuk penuliasan supaya tak menjadi salah tafsir oleh follower nanti.
Saya bukanlah ingin menunjukan2 atau apapun.
Cuma ini hanyalah impian saya dan jauh disudut hati saya.

Saya sebenarnya impikan sebuah perkahwinan yang simple. Mudah. dan tidak menyusahkan mana-mana pihak termasuk bakal suami saya. 
Bagi saya, biarlah bersederhana dalam melaksanakan dan melangsungkan majlis perkahwinan tersebut.
Yang penting, kewajipan dalam rukun kahwin temeterai.
Pentingnya adalah selepas perkahwinan. Bukan di hari majlis berlangsung.

Apa yang saya harapkan, cukuplah sekadar 3 dulang hantaran dimana ianya terdiri daripada mas kahwin, wang hantaran yang tidak terlalu tinggi (cukuplah sekadar dibawah RM10,000) dan sirih junjung. 
Mahalnya wang hantaran seseorang, bukanlah menjamin kebahagiaan yang hakiki.
Saya sangat berharap, apabila jodoh saya kelak, ibubapa saya tidak meletakkan wang hantaran yang tinggi terhadap bakal menantu mereka dan bakal suami saya. Saya berkahwin kerana Allah.

Cukuplah jika bakal suami saya mempunyai pekerjaan yang menjamin kehidupan kami sekeluarga, cukup makan pakaian dan yang penting, boleh membimbing saya dan anak-anak kejalan yang diredhai Allah. 
Saya pun bukanlah hambaNya yang baik.
Saya ada kekurangannya. Setiap manusia ada kekurangan masing-masing.
Doa saya semoga jodoh saya itu mempunyai keteguhan iman yang kuat. InshaAllah.
Bukan kekayaan yang saya dambakan.

Saya akan terus menunggu dia, jika dia jodoh saya.
Aamiin...
 
Wallualam...


~xoxo~
Fath_Niesa 

Reactions:

0 comments: