26 April 2013

Exam PTD

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Bismillahirrahmanirrahim...
Memandangkan malam masih muda lagi, saya nak story 1 cerita lama (lama tak lama sangat la..dalam 3 4 minggu lepas) pengalaman mengambil exam PTD.

Untuk entry kali ni, bukan saya nak bagi tips jawab soklam PTD na...sebab sayer pun tak lepas lagi stage-stage lain. If tak salah saya ada 3 stage.

Untuk pengetahuan semua, exam yang baru saya duduki merupakan panggilan yang ke-3 tetapi pengalaman menduduki exam adalah kali ke-2. Sejujurnya, kali ni soalan-soalan yang ditanya adalah lebih senang dari kali pertama saya duduki. Mungkin time tu fresh graduate, so confident level terlalu tinggi dan terlalu membaca buku kot.heeeee

Kali ke-2 panggilan saya dah surrender. Give up sebentar. Sebabnya saya rasakan untuk exam PTD tersangat susahlah soalannya. Itu hanyalah pandangan saya. Tetapi sebaliknya berlaku bila panggilan ke-3 dan saya decide untuk attend kali ini. Syukur Allahamdulillah. Dengan sedikit tenang menjawab semua soalan, even sedikit kecewa dengan Math sebab terlalu nervous, saya tidak sempat menjawab hampir 10 soalan. Tapi walaupun begitu, saya mengharapkan baki yang terjawab mendapat full mark. At least lepas sedikit sesak di dada ini.

Kali ini juga, semangat menjawab soalan esei ada berbanding dahulu. Sehinggakan 3 muka setengah untuk esei BM dan 2 muka bagi esei BI. Tapi untuk grammer ntah ler. Bab-bab grammer den lomah sikit.

Tajuk esei BM yang saya pilih adalah "Gagasan 1 Malaysia : ........ x igt. Bincangkan"

Dan bagi esei BI, tajuk yang saya pilih adalah "Job satisfaction. Discuss..." Something like that la soklan dia.

Ada pilihan, tapi tak berapa confident untuk tajuk-tajuk lain.

Bagi pengetahuan am, soalan yang ditanya not bad la. Tak banyak mahkamah-mahkamah sangat.

Jika ditakdirkan saya lepas exam ni, 2nd stage yang perlu saya hadapi adalah cabaran fitness. Assessment. Public Speaking. Bla..bla..bla.. (tny yg dh berpengalaman). Untuk stage terakhir, sesi temuduga.....

So, kita tunggu lagu 3 4 minggu for the result k.....

Wallahualam...

~xoxo~
Fath_Niesa


Publish;
FN

Reactions:

0 comments: