26 April 2013

Demam Kempen

BY Fath_n!e$@ IN 2 comments

Demam Kempen PRU 13 bermula!!!!!

Sejujurnya saya bukanlah pandai untuk berbicara berkaitan politik-politik ni pun. Tapi sebagai rakyat Malaysia yang masih diberi peluang oleh-Nya untuk berada di bumi ini, saya bebas bersuara. Anda juga bukan?
Gambor dari Pakcik Google
Okeylah, kurang dari 10 hari lagi, semua rakyat Malaysia yang ada kesedaran untuk daftar undi dan layak untuk mengundi akan menghadapi PRU ke-13. Biasalah, bahang kehangatan kian membara dalam diri semua penyokong parti. Biarlah kita bertanding secara bersih. Tiada rusuhan, tidak bom-bom buatan sendiri ini. Kejadian baru-baru ini di Nibong Tebal amatlah dikesali. Kenapa perlu sampai begitu? Jangan sampai ada kemalangan jiwa yang berlaku. Negara kita negara demokrasi. Please behave!!!! Kepada semua penyokong parti politik samada BN - PR - PAS sila patuhi undang-undang negara. 

Undian anda, penentu masa depan negara. 

Jika anda merasakan kerajaan sekarang banyak memberi kemerosotan dari segi KDNK negara, tidak memperjuangkan hal-hal agama Islam, zalim terhadap rakyat, tidak membantu rakyat, terlibat dengan sumbang mahram dan meningkatkan liabiliti negara, bertukarlah. Tapi sebagai seorang penduduk dan rakyat Malaysia yang bijaksana, apa kata kaji selidik dahulu ekonomi negara.

Tapi janganlah kita menutupi segala usaha yang telah mereka lakukan terhadap rakyat dengan adanya Gagasan 1 Malaysia. ETP. GTP. UTC. RTC. Semuanya untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Bagi pihak yang anti-kerajaan, bukankah korang jugak hadap BRIM 1 dan 2? Satu cukuplah contoh. Korang sendiri pun tahu. 

Berikanlah sokongan pada mereka yang berkemampuan untuk menerajui negara. Bukan beri sokongan untuk kepentingan diri sendiri sehingga sanggup mengadaikan negara sendiri.  

Bagus jugak ada pembangkang ni. At least, kerajaan yang ada sekarang akan terus memperbaiki perkhidmatan mereka terhadap rakyat dari semasa ke semasa. Bukan mudah untuk kita memuaskan hati semua pihak. Dan bukan mudah untuk menerajui negara. Bila dah nama pun pembangkang, apa lagi kerjanya, pastilah akan bangkang dan tidak setuju apa yang orang lain lakukan. Oppttss!!! Nampaknya macam saya berat ke arah kerajaan jer kan? hahaha..its normal. Bebas bersuara.
Gambar : Ihsan Google
Antara ahli ulama yang saya hormati di Malaysia ini adalah mereka yang terdiri dari parti Pas. Mereka adalah Ustaz Harun Din, Hasan Din, Hasan Ali, dan UAI. Suka saya menghadiri majlis-majlis ilmu mereka dan tidak salah jika kita meletakkan sebelah pandangan ideologi politik yang berbeza di sebelah sebentar demi mencari ilmu akhirat. 

Negara Kebajikan?
Pendidikan percuma?

Kalau negara kebajikan, korang pastilah sanggup untuk bekerja secara kebajikan juga kan? bekerja tanpa gaji. Contohnya lah.....

Pendidikan percuma? kalau kita pi mengaji ugama, Al-Quran sekali pun, takkan kita tak bagi duit pada tok guru kita? 

Sebenarnya saya tertanya-tanya apakah sebenarnya perjuangan PAS? Serius, saya tsk mereka bersekongkol dgn PR...

Gambar : Ihsan Google
Saya berharap PAS teguhkan pendirian mereka untuk menegakkan syiar Islam tanpa dibayangi oleh geng-geng PR. Dan berharap, PAS tidak dipergunakan oleh PR untuk menerajui negara. Jangan sekarang kata Ust. Hadi Awang akan jadi PM jika menang PRU-13, tetapi bila tiba masa, INI KALILAH, orang lain pula yang akan naik jadi PM. Orang cha ya nun alif banyak muslihatnya. Baik mereka ada makna. Itulah yang saya risaukan.

Rakyat Malaysia semuanya bijak-bijak belako. Allah bagi akal fikiran untuk berfikir. Buatlah keputusan yang bijak demi agama-bangsa-dan negara. Jangan kita hanya nampak nyamuk diseberang laut tetapi gajah menari depan mata, kita tidak nampak.

Undi anda adalah rahsia :)
Undian anda penentu masa depan negara.
Undi ikut kebolehupayaan mereka menjaga kepentingan orang2 Melayu terutamanya.
Undilah mereka yang tidak memecahbelahkan perkauman di Malaysia ini.
Undilah mereka yang menjaga dan menegakkan syiar Islam
Fikir sebelum mengundi.
Segala-galanya ditangan anda.

SELAMAT MENGUNDI

Wallahualam.

~xoxo~
Fath_Niesa



Publish;
FN
 


Reactions:

2 comments:

md_saf said...

Fuh... hebat entry nih... tetapkan pendirian, tambahkan ilmu, sentiasa mintak hidayah dan keampunan dari Allah SWT....

Fath_n!e$@ said...

yups...tetapkn pendirian.....nobody perfect en. saf...