07 March 2013

Tribute To Insp. Zulkifli Mamat

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

Al-Fatihah.
Tenanglah engkau di sana wahai sahabatku.

Arwah merupakan rakan sekolej saya sewaktu di Universiti Utara Malaysia. Kolej kebanggaan penghuni-penghuni kami adalah Yayasan Al-Bukhary. Seperkenalan saya dengan arwah, arwah seorang yang suka senyum. Ternampak bayang-bayang arwah di cafe YAB, di bustop dan aktiviti yang disertai oleh kami-kami yang aktif. He's very nice person. 

Zul, kamulah wira negara!!!!

Pada isteri arwah, Aziah, kami doakan semoga redha dan pasrah dengan ketentuannya. Aziah patut bersyukur kerana arwah Zul meninggalkan kita semua dalam keadaan gugur syahid. Besar pahalanya. Semoga Aziah tabah hadapi ujian ini. Allah sayangkan Aziah. Dia tahu Aziah kuat. Jagailah zuriat arwah sebaiknya. InshaAllah, kami rakan-rakan lain ada bersama Aziah.

Sejujurnya, bila setiap kali membaca dan mengingati peristiwa ini, sayu hati. Hanya Allah sahaja yang tahu. Apatah lagi Aziah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. 







 AL-FATIHAH..

~xoxo~
Fath_Niesa 
 

Reactions:

0 comments: