27 March 2013

Dari Hati

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Dulu saya pernah berjanji untuk tidak lagi bercerita akan hal hati dan perasaan.
Jauh disudut hati saya untuk tidak memikirkan setiap kata orang.
JODOH kan RAHSIA ALLAH...

Sebenarnya bermacam-macam benda yang bermain difikiran saya. 
Macam-macam yang hendak saya coretkan.
Dalam kesibukkan membantu kawan karib saya yang baru berkahwin minggu lalu, bermacam-macam masalah yang menimpa. 
Saya pasrah dan redha dengan ujian yang menimpa diri ini.
Hanya padaNya saya mohon pertolongan. 
Untuk menceritakan semuanya mungkin tidak. 

Fahamilah diri ini wahai kalian.
Usah ditanya lagi bila masa dan hari saya.
Saya ingin berkongsi kegembiraan bersama teman-teman saya di hari bahagia mereka.
Sepatutnya kalian turut berdoa bersama saya supaya saya dipertemukan dengan jodoh yang beriman ke jalanNya.

I'm choosy? 
Yes!!! I AM!!!
I deserve it.

Memilih yang mempunyai pegangan agama yang baik itulah landasan utama saya.
Kerana merekalah yang akan membimbing saya dan anak-anak saya ke jalan yang diredhai Allah.

Kekayaan bukanlah menjadi tajuk utama.
Tetapi mempunyai kerjaya yang tetap yang boleh menjamin kehidupan selepas berkahwin itulah antara ciri-ciri yang di cari.

Untuk setakat hari ini, saya sentiasa menikmati nikmat kehidupan sebagai seorang yang single.
Dikelilingi oleh anak-anak buah yang comel2, ahli keluarga yang sentiasa bagi dorongan dan sokongan, kerjaya yang stabil, dan kawan-kawan dikala susah dan senang even kawan-kawan saya ada yang akan berkahwin tidak lama lagi.

Huuuuu. Serius, hampir terasa kekosongan bila bercakap mengenai kawan.
Komitmen mereka terhadap perkahwinan menyebabkan jurang masa agak terbatas.
Saya juga kena menerima dan memahami mereka.
Cuba untuk bergerak sendiri dalam beberapa keadaan.

Bila dah ramai yang berkahwin, hati ni juga tetiba memberontak untuk cepat-cepat turut serta "club org dah kawin" hahaha...gedixs kan?????

Berdoa!!!!
Berdoa!!!!!!
Berdoa!!!!!!!!
dan terus Berdoa!!!!!!

                  

Reactions:

0 comments: