27 March 2013

Farewell for En. Sabri

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Selamat Bersara pada En. Sabri 
dan 
Selamat Maju Jaya 
dari 
kami Accounts Department


Ghafar's Wedding

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Hello peeps!!!

This week akan penuh ler entry saya dengan majlis kahwin member-member.
Majlis saya???
Jom berdoa untuk saya k.
TQVM

17/3/2013, Ahad minggu lepas, untuk pertama kalinya saya drove sesorang menuju ke Baling. Hah!!! Even pernah pergi kenduri kawan-kawan sampai ke Perlis dan Kualan Kangsar (dgn drive sendirian) tapi rasanya Baling jugak paling jauh. Mana tidaknya, jalan highway dia tak seperti highway yang biasa lurus memanjang, dan RNR pun banyak. Agak karget kerana, takut apa-apa yang terjadi di tengah jalan. Nobody can help me. Tambahan saya kan perempuan....heee.. klise!!!! nyampah lol.....

Allah kan ada.
Lagipun tak biasa dengan jalan Baling tu. If highway biasa ok jer.
Tapi highway pantai timur cuak skit.
So, dengan tersampainya saya di sana last week, maka, leh ler memanjangkan kaki lepas ni.
Heeee.. Ada niat gaks tu.


Kenduri di Baling...
Terbaik!!!!!!!!!!!!!!!!!!
sebabnya ada Nasi Apollo dan Gulai Batang Pisang.
Paling favourite gulai batang pisang.
Yummy!!!!!!!

Nasi Putih Gulai Batang Pisang
Dan untuk pertama kalinya saya tengok secara live Nasi Apolo di sediakan.
Heee...
Sian...
Keperakkan sebentar.

Tadaaaa..Nasi Apollo
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan sekerja saya, Ghafar (team site) yang telah selamat menjadi suami pada pasangannya. Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal hingga hujung nyawa dan Jannah...Aamiin.
 
Love Baju Kurung Batik (Kenduri Rumah K'Sal)
Love Kurung Moden wt Selipar Pink
Myself
~xoxo~
Fath_Niesa




Publish;
FN 

       


Dari Hati

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Dulu saya pernah berjanji untuk tidak lagi bercerita akan hal hati dan perasaan.
Jauh disudut hati saya untuk tidak memikirkan setiap kata orang.
JODOH kan RAHSIA ALLAH...

Sebenarnya bermacam-macam benda yang bermain difikiran saya. 
Macam-macam yang hendak saya coretkan.
Dalam kesibukkan membantu kawan karib saya yang baru berkahwin minggu lalu, bermacam-macam masalah yang menimpa. 
Saya pasrah dan redha dengan ujian yang menimpa diri ini.
Hanya padaNya saya mohon pertolongan. 
Untuk menceritakan semuanya mungkin tidak. 

Fahamilah diri ini wahai kalian.
Usah ditanya lagi bila masa dan hari saya.
Saya ingin berkongsi kegembiraan bersama teman-teman saya di hari bahagia mereka.
Sepatutnya kalian turut berdoa bersama saya supaya saya dipertemukan dengan jodoh yang beriman ke jalanNya.

I'm choosy? 
Yes!!! I AM!!!
I deserve it.

Memilih yang mempunyai pegangan agama yang baik itulah landasan utama saya.
Kerana merekalah yang akan membimbing saya dan anak-anak saya ke jalan yang diredhai Allah.

Kekayaan bukanlah menjadi tajuk utama.
Tetapi mempunyai kerjaya yang tetap yang boleh menjamin kehidupan selepas berkahwin itulah antara ciri-ciri yang di cari.

Untuk setakat hari ini, saya sentiasa menikmati nikmat kehidupan sebagai seorang yang single.
Dikelilingi oleh anak-anak buah yang comel2, ahli keluarga yang sentiasa bagi dorongan dan sokongan, kerjaya yang stabil, dan kawan-kawan dikala susah dan senang even kawan-kawan saya ada yang akan berkahwin tidak lama lagi.

Huuuuu. Serius, hampir terasa kekosongan bila bercakap mengenai kawan.
Komitmen mereka terhadap perkahwinan menyebabkan jurang masa agak terbatas.
Saya juga kena menerima dan memahami mereka.
Cuba untuk bergerak sendiri dalam beberapa keadaan.

Bila dah ramai yang berkahwin, hati ni juga tetiba memberontak untuk cepat-cepat turut serta "club org dah kawin" hahaha...gedixs kan?????

Berdoa!!!!
Berdoa!!!!!!
Berdoa!!!!!!!!
dan terus Berdoa!!!!!!

                  

18 March 2013

Quote of The Week

BY Fath_n!e$@ IN No comments

A Lot Of Trouble Would Disappear
If Only People Would Learn To Talk To One Another
Instead Of Talking About One Another .....
 
When People Walk Away From You, Let Them Go.
Your Destiny Is Never Tied To Anyone Who Leaves You.
It Doesn't Mean They Are Bad People.
It Just Means That Their Part In Your Story Is Over.. !

People nowadays are like Bluetooth,
If you stay close they stay connected,
If you go away they find new devices...

Human Life Would Be Perfect If...
Anger Had A STOP Button

Mistakes Had A REWIND Button
Hard Times Had A FORWARD Button
And Good Times A PAUSE Button !!

Always Welcome Your Problems,
Because Problems Gives You Dual Advice,
Firstly, You Can Know How To Solve Them,
Secondly, You Learn How To Avoid Them In Future,
Have Faith In GOD And Yourself…!

Reflection Cannot Be Seen In Boiling Water,
In The Same Way,
Truth Cannot Be Seen In A State Of Anger!
Analyze Before You Finalize.

Success Is Like A Beautiful Lover
It Will Leave Us At Anytime,
But Failure Is Like A Mother
It Will Teach Us Some Important Lessons Of Life!

A Good Heart Can Win Many Relationships,
A Good Nature Can Win Many Good Hearts!

A TOUCH Could HEAL A Wound
An Eye Could SPEAK Volumes
A SMILE Can Confirm I AM THERE !!


The Bird Asked The Bumblebee:
"You Work So Hard To Make The Honey And Humans Just Take It Away,
Doesn't It Make You Feel Bad?"
"No," Said The Bee, "Because They Will Never
Take From Me The Art Of Making It."






12 March 2013

Aswad'd Reception

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Assalamualaikum semua.
Morning guys.

Ya Allah, dah hampir bersawang blog saya yer? 
Fuh! Fuh! Fuh! Tiup sikit habuk-habuk ni...

Kekangan masa???
Heee, alasan kot.
Hmmm, tapi biasa la, di awal bulan, kureng skit coz concentrate dengan closing account.

Okeylah.
Berbalik pada tujuan entry kali ini, saya ingin mengucapkan tahniah pada my colleague, Aswad kerana telah selamat mendirikan masjid bersama Azizah.
Moga kekal hingga ke jannah. Aamiin.

Saya terpaksa pergi sebelah pihak perempuan pada 9/3/2013 (Sabtu) yang lalu kerana di sebelah Aswad yang akan berlangsung pada 23hb March 2013 adalah bersamaan dengan reception BFF saya. Huuu.... So, memandangkan tarikh di pihak perempuan lebih awal, saya ambil kesempatan ini dahulu.

Tahniah Aswad dan Azizah...

Wallahualam

~xoxo~
Fath_Niesa



Publish;
FN  

07 March 2013

Kejadian Di Lahat Datu

BY Fath_n!e$@ IN No comments













Kronologi Pencerobohan di Lahat Datu

BY Fath_n!e$@ IN No comments

KUALA LUMPUR 5 Mac – Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu:

12 Feb – Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjata yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.

14 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis mengenal pasti kumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan Raja Sulu dari selatan Filipina.

14 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan berkenaan.

16 Feb – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat Kesultanan Sulu dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

18 Feb – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa pertumpahan darah.

24 Feb – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.

26 Feb – Tempoh pengusiran mereka tamat, namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

1 Mac – Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daud terkorban, manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

2 Mac – Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itu menyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.

3 Mac – Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan air itu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampung itu.

4 Mac – Setiausaha Rendah Luar Filipina, Jose Brillantes dan Duta Besar Filipina ke Malaysia, J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mencari resolusi damai.

4 Mac – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal.

4 Mac – Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.

5 Mac (7 pagi) – Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di kawasan kampung itu.

5 Mac (8 pagi) – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

5 Mac (11 pagi) – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan Ops Daulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.

5 Mac (1.30 tengah hari) – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.

5 Mac (4 petang) – Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakan operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masih ada musuh di kawasan itu.

5 Mac – Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu. -BERNAMA

Tribute To Insp. Zulkifli Mamat

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

Al-Fatihah.
Tenanglah engkau di sana wahai sahabatku.

Arwah merupakan rakan sekolej saya sewaktu di Universiti Utara Malaysia. Kolej kebanggaan penghuni-penghuni kami adalah Yayasan Al-Bukhary. Seperkenalan saya dengan arwah, arwah seorang yang suka senyum. Ternampak bayang-bayang arwah di cafe YAB, di bustop dan aktiviti yang disertai oleh kami-kami yang aktif. He's very nice person. 

Zul, kamulah wira negara!!!!

Pada isteri arwah, Aziah, kami doakan semoga redha dan pasrah dengan ketentuannya. Aziah patut bersyukur kerana arwah Zul meninggalkan kita semua dalam keadaan gugur syahid. Besar pahalanya. Semoga Aziah tabah hadapi ujian ini. Allah sayangkan Aziah. Dia tahu Aziah kuat. Jagailah zuriat arwah sebaiknya. InshaAllah, kami rakan-rakan lain ada bersama Aziah.

Sejujurnya, bila setiap kali membaca dan mengingati peristiwa ini, sayu hati. Hanya Allah sahaja yang tahu. Apatah lagi Aziah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. 







 AL-FATIHAH..

~xoxo~
Fath_Niesa 
 

06 March 2013

Happy Birthday Mum

BY Fath_n!e$@ IN No comments