25 February 2013

Al-Fatihah

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Innalillahiwainnaillahiroji'un....
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sewaktu menerima berita tentang kematian Sabtu malam yang lalu (thanks Lanot dan kak Keyrah atas pengkhabaran itu) tersentap sebentar hati kecil aku. Hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah buat arwah mangsa kemalangan Jumaat yang lalu (22.2.2013).

Sebelum aku meneruskan pengkhabaran tersebut, aku nak story pengalaman pertama aku dimana aku menyaksikan sendiri keadaan mangsa. Yups, aku trauma.

Jumaat ~ 22.2.2013
Pagi Jumaat ini aku bersiap awal untuk ke office. Melihatkan jam di dashboard, jam baru 7.30 pagi. Ikutkan kebiasaan aku dalam jam 7.45pagi baru keluar rumah. Seperti biasa, jalan sepanjang highway ok dan tenang sahaja. Sewaktu menyusuri jalan selepas kawasan tapak minyak (Shell kot) yang sedang disiapkan, aku ternampak kereta didepan dan menekan brek. Aku dari laluan laju perlahan-lahan cuba memasuki lorong ke2 dan ke3. Sebaik sahaja aku dilong ke-3, alangkah terkejutnya aku aku ternampak lori besar berhenti di antara lane ke2 dan ke3. Tetiba aku ternampak moto bahagian depan dibawah tayar lori bahagian belakang. Dup Dap Dup Dap hati aku bergerak laju.

Kereta pada masa itu tidak berapa banyak sehingga boleh menyebabkan kesesakan lalulintas. Makna kata, baru sangat kemalangan itu terjadi. Aku memperlahankan Pinkple kerana memberi laluan pada penunggang motorsikal yang memberhentikan motor mereka bagi memberi bantuan kepada mangsa.

Bila melihatkan keadaan motor mangsa, aku hanya mampu berdoa agar mangsa dapat mengucap kalaulah si mangsa seorang muslim. Seram sejuk menyelubungi diri aku. Aku gagahkan diri menekan pedal minyak. Cuba untuk tidak melihat. Aku nampak seorang brother tunduk ke arah mangsa sambil berkata sesuatu. Mungkin dia minta si mangsa supaya bertahan. Aku ternampak kaki mangsa hancur digilis lori. Bahagian badan dari pinggang ke atas berada di antara tayar kiri dan kanan lori.

Menangis sendiri aku sambil beristighfar panjang kepada Allah. Semoga Allah mempermudahkan urusan mangsa. 

Sewaktu officemate sampai, aku terus bertanyakan keadaan mangsa. Adakah ambulance sudah datang atau belum. Syukur Alhamdulillah, bila aku dapat tahu mangsa di bawa ke hospital. Kak Sah kata, kalau ambulance angkat, makna kata, mangsa masih hidup. So, bila aku tahu ambulance dah bawa si mangsa, aku bersyukur sangat. At least aku tahun mangsa selamat.

Sabtu ~ 23.2.2013
Kak Keyrah dan Lanot mesej aku. Dalam mesej tersebut mereka mengatakan bahawa mangsa kemalangan yang aku nampak semalam telah pun kembali ke rahmatullah pada hari kejadian. Mengucap panjang aku.

Arwah adalah anak kepada kenalan kawan-kawan aku. Arwah merupakan student Politeknik Seberang Perai dalam lingkungan 19/20 tahun. Anak sulung dari 3 beradik. telah kehilangan bonda terchenta pada February tahun lepas. Merupakan harapan ayahanda. 

Arwah sempat mengucap dan bercakap dengan ayahnya serta meminta ayahnya jangan risaukan dia, dia kuat. Doktor mengatakan arwah kehilangan banyak darah dan kemungkinan organ dalam ada yang cedera juga. Arwah meninggal sewaktu pembedahan dijalankan.

Tenanglah engkau di sana wahai adik. Semoga arwah ditempatkan disisi orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah...

Wallahualam...

~xoxo~
Fath_Niesa

Publish;
FN  


Pesanan:
Pada semua penunggang motorsikal, tolong jauhkan diri kalian dari kenderaan-kenderaan besar

Reactions:

0 comments: