16 January 2013

Trip Terjah Royal Belum

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , No comments

Hi peeps!!

Syukur, Alhamdulillah, akhirnya program yang dirancang 3 bulan yang lalu berjalan dengan lancar sekali. Program ini disertai seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada 15 dewasa dan 2 kanak-kanak. Terima kasih kepada :-
  1. Nor Hidayah Abdul Rahman (Mern)
  2. Badariah Ahmad Oyama (Kak Ben)
  3. Nurfathiyah Saaidin (Tiyah)
  4. Hanisah (Nisah)
  5. Arman Mansor
  6. Zaidi Saad (Bro.Geo)
  7. Hafifah (Kak Pah)
  8. Norfaizatul Akmar (Kema)
  9. Affendi Abdullah (Fendi)
  10. Sobri (Bri)
  11. Asrul Hakimi (Kimi)
  12. Mohd Saidi sekeluarga (4 org)

Tarikh :- 12-13hb January 2013
Hari :- Sabtu-Ahad (2 Hari, 1 Malam)
Tempat :- Royal Belum, Temenggor, Perak

Bayaran yang dikenakan sebanyak RM135.00 seorang. Tetapi kanak-kanak hanya RM30.00 saja. Untuk memasuki royal belum memerlukan permit dari jabatan perhilitan yang dicaj sebanyak RM15.00 sekepala. Untuk kamera dan batang memancing dikenakan RM 5.00 setiap unit yang dibawa.

Kami menginap di atas rumah bot (houseboat) yang dilengkapi dengan peralatan memasak, set karoake, bilik sebanyak 4 buah disamping katil sebanyak 12 biji. Houseboat yang kami sewa 2 tingkat. Sangat selesa. Kemudahan toilet 2 unit. 

Aktivit yang dijalankan sepanjang keberadaan kami di sana adalah melawat perkampungan orang asli, melawat kolam ikan kelah sambil memberi makan kepada ikan-ikan, bermandi-manda di air terjun berdekatan, dan melihat pokok reflesia ataupun pakma (saiz lebih kecil). Selain itu, di atas houseboat sendiri, aktiviti yang dijalankan adalah seperti memancing. Bayaran yang dikenakan untuk 1 malam adalah RM1,700.00. Untuk keterangan lanjut, u ols boleh kol pihak management Bendong-Enterprise-Tasik-Temengor.
Nantikan gambar-gambar sekitar aktiviti kami disana.
~xoxo~
Fath_Niesa   

Reactions:

0 comments: