16 January 2013

Travelog ~ Krabi, Phuket & Hatyai #5

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , No comments

Assalamualaikum semua.

Maaf sangat-sangat kerana lama tak update blog. Berhabuk kan? Tuntutan kerja memaksa saya untuk meninggalkan seketika ruang blog ini. Dan dikesempatan yang ada ini (kerana system under upgrading), cuba untuk saya menfaatkan. Tapi Entry bg travelog saya ke Krabi-Phuket-Hatyai ini adalah yang terakhir. Saya akan combined semua sekali dan seringkas yang mungkin. Saya cuba.

Day #3 n 4

Bagi malam kedua, kami semua menginapkan di hotel Pearl Hotel yang terletak di tengah-tengah Phuket. Tempat-tempat yang dilawati pada hari ketiga adalah Kilang membuat baju, Galeri Mutiara, kedai yang menjual barang-barang kering seperti ikan bilis, udang kering, sambal belacan, kuah rojak yang sedap, gajus, perkampungan nelayan, dan banyak lagi.

Seterusnya perjalanan kami sepanjang hari adalah didalam bus kerana kami bertolak balik ke Hatyai yang mengambil masa hampir 12 jam perjalanan dari Phuket. 

Kami tiba di Hatyai pada jam 10.00 malam dan tidak sempat untuk ke Floating Boat. Di Hatyai, kami menginap di Grand Sakura Hotel iaitu betul-betul ditengah pekan Hatyai. Untuk hari terakhir di Thailand, mostly peserta kena keracunan makan. Cirit birit da muntah. Mujurlah hari terakhir.

Selepas sarapan pagi, kami ke Samila Beach. Disini der replika ikan duyung. Saya difahamkan der pasangan yang sanggup datang untuk duduk di atas ikan duyung ini supaya mereka akan peroleh zuriat sendiri suatu hari nanti. Nauzubillah....

Selepas ke Samila, kami bergerak ke Plaza Hatyai untuk makan tengahari dan shopping. Dan pada lewat petangnya, kami terus ke Floating Market yang dibuka pada jam 5.00 petang.

Di Floating Market, makanan yang dijual semuanya halal dan murah-murah. Urusan jual beli juga menarik. Kita hanya memilih makan yang kita suka, dan meletakkan duit bayaran ke dalam bakul yang dihulurkan kepada kita bersama makanan yang dipesan tadi. Kami berada di Hatyai sehingga jam 7.30 petang sebelum bertolak balik ke Danok. Kami Singgah di Danok dahulu iaitu letaknya berdekatan dengan sempadan Malayisa-Thailand, kami singgah di kedai Tn.Hj untuk membeli beras siam yang sangat terkenal kualiti dan wanginya.

Selesai urusan membeli beras, kami singgah makan dahulu di kedai yang berdekatan. Kami kami bertolak balik ke Penang pada jam 11.30 malam. Sampai diperkarangan pejabat PERDA sebelum jam 1.30 pagi.

Ok, setakat ini dahulu entry travelog saya yang padat dan ringkas hanya untuk entry ini. :)

Diharapkan agar kalian semua berpuas hati. Sebarang pertanyaan, just comment jer, Nanti saya akan membalasnya, ok?

Nantikan entry Trip Terjah Royal Belum plak.

See you next entry...
Daaaa

Assalamualaikum..

~xoxo~
Fath_Niesa 

Reactions:

0 comments: