03 January 2013

Travelog ~ Krabi, Phuket & Hatyai #2

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , No comments

Day #2

Kembali ke hari kedua. Sebaik selesai sarapan pagi, kami semua check-out dari hotel dan menuju ke Phuket. Sebelum kami meneruskan perjalanan ke Phuket, kami singgah dahulu di Phang Nga-Bay. Untuk sampai ke sini dari Krabi, ianya mengambil masa 1 jam untuk sampai ke destinasi.

Di sini, kami semua akan menaiki bot untuk bersiar-siar di sekitar Pulau James Bond dan perkampungan Islam Pulau Panji. Hampir 2 jam lama nya kami berada di dalam bot sambil bersiar-siar di sekitar lautan yang luas terbentang. Hujan lebat membasahi bumi sehingga kami terpaksa tumpang berteduh di Restoran Terapung. Untuk keselamatan kami bersama.

Seterusnya kami menaiki bus menuju ke Phuket yang jauh perjalanannya 3++ km lebih. Ianya mengambil masa hampir 4 jam lamanya. Penat melenakan diri. Bangun tidur, bangun tidur. Penat juga yer. Selepas tiba di kawasan Phuket, kami terus ke perkampungan Orang Asli Laut yang terletak di Rawai Beach. Tidak turun dari bus, kami hanya sekadar memandang dari jauh. Apa yang dapat saya perhatikan, di sini sangat tdak terancang kedudukan kediaman mereka. Tetapi komittee di sini sangat rajin menganjurkan aktiviti laut di hujung minggu.

Seterunya kami singgah di Promtep Bay. Di sini orang hanya akan ramai bila menjelang petang kerana ingin menikmati sunset. Subahanallah, sangat cantik lautan yang terbentang. Cantik. Di sini juga, kami menikmati air kepala. Hanya 30bath yang bersamaan RM3.00. Selesai berjalan-jalan di sini, kemi meneruskan perjalanan ke kilang mencetak T-Shirt sambil mengambil masa untuk terus solat jamak.

Di kilang ini, mereka menawarkan harga yang murah. Disamping material tekstil yang ditawarkan sangat bagus.

Pada sebelah petang, kami terus ke kawasan yang saya tak dapat nak kenal pasti. Di sini kami melakukan aktiviti menunggang gajah. Masa yang diluangkan di sini hampir 2 jam.

Seterusnya kami terus ke pusat perlancongan Patong Beach dan Bangla Beach. Situasi di sini seperti di night market di Batu Feringgi. Kami bersiar-siar di sekitar shopping complex di mana ianya berkedekatan dengan beach.

Kami terus check-in hotel sebaik selesai bersiar-siar. Badan pun sangat penat dan minta untuk direhatkan. Kami check-in hotel di Pearl Hotel. Pada lewat malam, ada yang masih keluar bersiar-siar di sekitar Patong Beach. Tapi saya dan bonda beradu kepenatan dan packing luggage.

Okey, sampai di sini dahulu entry untuk hari kedua. Sambung nanti pulak yer.

Wallahualam.

~ xoxo~
Fath_Niesa


Publish;
FN

Reactions:

0 comments: