02 January 2013

Travelog ~ Krabi, Phuket & Hatyai #1

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , , , No comments

Hello warga blog!!!
Happy new year.
Welcome 2013!!!

Seperti yang telah dijanjikan dipenghujung tahun 2012, entry di blog saya akan bermula dengan travelog saya ke Krabi, Phuket dan Hatyai, Thailand.

Untuk mukhadimah nyer, saya nak story dulu perancangan sebelum pergi. Actually, my mom baru jer inform selepas balik dari Kembara Pantai Timur pada bulan Nov. Pada mulanya berat sikit nak pergi memandangkan saya baru saja bercuti. Tapi bila difikirkan kembali, why not saya join because saya belum pernah sampai negera Thailand lagi. So saya pun bersetuju untuk join trip ni.

Trip ini dibawah anjuran KSK-PERDA dimana ianya diketuai oleh En. Salleh bin Hussain. Saya dah selalu sangat join trip under En.Salleh. Bayaran yang dikenakan tersangat la murah sepanjang pengalaman saya melancong. Mungkin cost sara hidup di sana murah dan saya pula pergi dengan bas. Harganya adalah RM350.00 per head all in excluded makan minum dan duit shopping untuk 4 hari 3 malam.

Trip ini bermula dari 13hb December sehingga 16hb December 2012 (Khamis-Ahad). Trip ini disertai seramai 48orang.

Day #1

Perjalanan kami bermula pada jam 7.15 pagi bertolak dari Pejabat Perda dengan menaiki bus manuju ke Bukit Kayu Hitam. Jika dihitungkan, untuk sampai ke boarder, ianya hanya mengambil masa 2 jam perjalanan dari Butterworth. Kami singgah di Gurun untuk sarapan pagi pada jam 8.00 pagi. Dan memulakan perjalanan semula pada jam 8.45 pagi. Meneruskan perjalanan ke Bukit Kayu Hitam selama 1jam dan singgah pula di Stesen minyak BP dan Money Changes. Kami tiba di boarder, Imegresen Malaysia-Thailand pada jam 10.30pagi.

Urusan mengecopan passport mengambil masa 30 minit. Sambil menunggu urusan pasport diselesaikan, kami menikmati buah-buahan tempatan di mana terdapat 2 buah kenderaan bermotor yang kecil parking di sebelah bas kami. Terdapat ayam goreng berpulut dan juga buah-buahan tempatan yang sangat segar.

Kami meneruskan perjalanan semula pada jam 11.15 pagi (WM). Waktu di Thailand adalah lambat 1 jam dari Malaysia. Oleh itu, WT kami bertolak adalah pada jam 10.15am. Kami menuju terus ke Krabi pada hari pertama trip ini. Perjalanan sejauh 4++km mengambil masa hampir 7 jam untuk sampai di Krabi. Perjalanan kami ada kalanya ditemani hujan yang sangat lebat. Dan adakalanya panas. Saya difahamkan cuaca di Thailand pada waktu kedatangan kami adalah hujan disebelah tengahari ke petang dan dalam erti kata lain, lembap.

Penat berada di dalam bas. Penat bangun dan tidur semula, kami masih belum sampai ke destinasi. 4 buah cerita dipasangakn dan ditayangkan sepanjang perjalanan. Selepas 1 muvi ke 1 muvi, juga masih belum sampai di Krabi. Kami singgah makan tengahari di RnR yang menyajikan masakan halal. Selesai makan dan solat, kami meneruskan perjalanan kembali.

Sepanjang perjalanan, apa yang boleh saya ceritakan disini, keadaan highway mereka tidaklah seperti di negara kita di mana fasiliti yang mudah diperolehi. RnR pulak sangat banyak. Highway kita ada 2, 3 lorong, tidak seperti di Thailand. Hanya ada 1 lorong, dan hanya di tempet-tempat tertentu sahaja yang ada 2 lorong. Ini menyulitkan jika ada lori di hadapan. Tetapi apa yang saya puji, toilet di setiap RnR yang saya pergi dan singgah sangat bersih. Walaupun mereka tiada flush, tapi keadaan toilet mereka bersih. Makanan halal di sana susah untuk diperolehi.

Setelah hampir 7 jam kami menempuh perjalanan, akhirnya kami sampai jua di Krabi. Jam menunjukkan 6 petang. Kami terus ke Hat Noppharat Thara-Muko Phi Phi National Park yang terletaknya di Ao Nang. Kami diberikan masa selama 1 jam untuk menikmati keindahan pantai Ao Nang dan jalan-jalan sambil membeli belah. (Gambar saya akan upload di next entry)

Sebalik selesai window shopping, kami meneruskan perjalanan menuju ke hotel Hasna Palace. Hotel ni, hotel orang Islam. So senang ler, makan semua hanya dihotel. Malam ni tak keluar sebab masing-masing nak layan bola antara Thailand-Malaysia. Yeah!!!!!! Sampai ke Krabi, Thailand kami datang untuk nonton bola. heeeee.....

Nice hotel. Later-later saya upload picture untuk hari pertama k. So rasanya sampai disini dahulu entry travelog saya untuk hari pertama di Krabi.

See you di next entry.

Wallahualam....

~xoxo~
Fath_Niesa


Publish ; FN



Reactions:

0 comments: