17 January 2013

Dalam Hati Ada Taman

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , No comments

Hey peeps!!!
Sebelum saya teruskan penaipan entry ni, hopefully tiada ler lagi entry-entry yang saya hutang dengan kalian k. Especially travelog saya tu. Rasanya dah kesemua tempat saya update dalam entry-entry saya yang lepas.

Hah!! Hari ni saya nak kongsi skit pasal 1 cerita yang dah pun hampir ke penghujung ceritanya. Cerita itu adalah Dalam Hati Ada Taman (DHAT). Lakonan Elfira Loy (yang dah pun mula mendapat tempat kat hati den ni) dan Randy Pangalila. Suka sebab selepas nonton Biar Mimpi Sampai Ke Bintang (BMSKB) sangat comey dengan dibantu oleh Sharifah Sakinah adik pada Sharifah Shahira n Lynn.


Sinopsis Dalam Hati Ada Taman


Mengisahkan seorang ibu tunggal (Amy Mastura) yang bersendirian membesarkan anak perempuannya Bella (Elfira Loy) di kota Paris. Dia sanggup lakukan apa sahaja kecuali menjual diri agar anaknya dapat dibesarkan dengan sempurna.  Bella bekerja di kedai pastri untuk menyara diri dan ibunya.

Di kedai pastri, dia berkenalan dengan Randy (Randy Pangalila) yang turut sama bekerja di kedai pastri tersebut. Randy sudah pun mempunyai tunang yang seksi iaitu Sofea (Hanez Suraya).

Bella  dipaksa berkahwin dengan jejaka yang tidak dicintai iaitu Danial. Kerana terdesak dia meminta bantuan Randy menyamar sebagai tunangnya. Konflik demi konflik, dalam masa sama Randi dalam diam sebenarnya mencintai Bella, begitu juga dengan Bella.



 
Dibintangi orang pelakon pelakon popular Indonesia iaitu Randy Panggalila dan juga Elfira Loy. Pelakon lain yang turut sama menjayakan drama ini adalah Amy Mastura, Hanez Suraya, Didie Alias, Amy Mastura, Sharifah Sakinah, Liza Abdullah dan Faizal Hussein.

Reactions:

0 comments: