09 December 2012

Travelog ~ Holiday To Pantai Timur - Vol.VI

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments

Wah!!!!!!!!!!!!
Bersawang kembali nampaknya ruang blog haku nih.
Hokey-hokey-hokey, lets continue dan settlekan entry travelog yang masih tertunggak.

17hb November 2012

Hari ke-4 percutian kami sekeluarga ke pantai timur. Semalam dah berangkat ke Kelantan, dan hari ini perancancangannya adalah menghadiri majlis perkahwinan kenalan rapat keluarga nendaku, rumah Untie Norma yg dahulunya berjiran lama dengan arwah tok saya. Kenduri anak sulungnya yang bernaa Hafiz. Dia ni muda 3 tahun atau 2 tahun cengitu dari saya. Dulunya rakan sepermainan la ni.

Kami bertolak ke Nilam Puri pada jam11.00 pagi dan berada di rumah pengantin sehingga jam 3 petang. Satu perkara yang saya pelajari hari tersebut adalah adat orang Kelantan apabila bertandang atau menghadiri majlis2 perkahwinan adalah, mereka tidak memberikan duit salam. Tetapi adalah disebaliknya apabila mereka memberikan barang-barang asas kepada tuan rumah seperti susu pekat dan gula. Sepanjang keberadaan saya di rumah pengantin, hampir 50 paket gula yang dibawa oleh tetamu yang hadir. Patut la mek-mek kelantan comey-comey blako...hahahaha...

Seterusnya kami terus ke Pasir Mas dimana sesi jejak keturunan bermula. Semuanya 1 kebetulan. Rumah pertama yang kami kunjungan adalah rumah Pak Ngah Ashaari ataupun dikenali dgn cikgu Sha'ari. Sewaktu ketibaan kami, rumah Tok Su juga berdekatan dgn rumah Pak Ngah Shaari. Sewaktu rancak bersembang, Pak Adik Azmi bersama Ayah Achik Lan datang ke rumah itu juga.
Dari satu rumah ke satu rumah kami kunjungi. Rumah yang terakhir adalah rumah Ayah Chik Lan. Kami berada disitu sehinggalah jam 8 malam. Selesaikan kewajipan dahulu, dan barulah berangkat ke Wakap Che Yeh (WCY) di mana sangat terkenal dengan barang-barang yang murah. For me, biasa saja. Saya memang tidak shopping di situ mahupun sewaktu di Terengganu. Cuma sourvinier FM saja saya belikan untuk memenuhkan fridge bonda. :)

WCY tersangat ramai orang. Bersesak-sesak sesama sendiri, jadi keselesaan tiada di situ. Tambahan perut minta untuk di isi, so hanya kaum-kaum ibu sahaja yang shopping sakan.

Selesai di WCY kami pun terus ke Jalan Bayam mencari kedai makan untuk dinner. Kami tiba di homestay jam 10.30mlm.

Untuk keesokkan harinya kami akan berangkat pulang. So kata putus telah dibuat, kami akan breakfast di Pasar Siti Khadijah. Oleh itu, paling lewat kami harus keluar dari homestay adalah jam 9.30pg.

Sampai  disini dahulu entry saya. Nanti entry hari terakhir saya.
InshaAllah, soon

~ xoxo ~
Fath_Niesa


Reactions:

0 comments: