03 December 2012

Rasa Hati Ini

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , No comments

Kenapa setiap kali aku dengar lagu Lafazkanlah, aku pasti nangis dan sebak.

Sungguh mendalam lirik dia. 

Bila resah, semuanya keranamu. 
Kadang gundah juga kerana kamu. 
Tapi mungkin kah kerinduan ini turut jua engkau rasai. 

Lafazkanlah kasih khalimah cinta. 
Lafazkanlah saja rindu ini milik kita, 
kerana hati ini, hanyalah buatmu, 
Setulus hatiku ku serahkan padaMu. 

Kekasih janganlah engkau pergi, 
kerana aku menyayangimu.. 
Percayalah ku cinta padamu. 
moga di realiti bukannya mimpi...

Sejujurnya aku tidak mampu untuk menahan diri ni dari memikirkan dia. Inilah bahananya bila menyayangi seseorang di dalam diam. Bukan mudah untuk menyembunyi semua itu. Terpaksa di pendamkan jauh-jauh di suatu sudut hati yang lara ini. Kebahagiaan dia, kebahagiaan aku jua. Semoga aku tabah melalui hari-hariku. Air mata aku ini bukan bererti aku lemah, tetapi adalah sebaliknya. 

Kadang-kadang bukan kenangan pahit yang menyakitkan hati bila dikenang semula, tetapi kenangan yang indahlah paling menyakitkan bila dikenang semula. Nangisku hanya di dalam hati, luaran hanya tersenyum

Kagum aku kepada seseorang. Fight until the end. Dia seorang yang berani mengakui cintanya. Dan diakhir penceritaan dia akhirnya menuju kebahagiaan yang di cari. Syukur alhamdulillah kerana akhirnya mereka bersatu menuju ke gerbang perkahwinan. Amin

~xoxo~
Fath_Niesa 

Reactions:

0 comments: