31 December 2012

Penghujung 2012

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Hoh!!!
Tinggal lagi beberapa jam jers 2012 bakal meninggalkan kita semua.


Last year, entry terakhir saya menyentuh mengenai hati dan perasaan saya. Setahun sudah berlalu rupanya. Syukur Alhamdulillah, i can face it alone. Terima kasih Allah kerana terus memberikan kekuatan pada diri ini untuk meneruskan  hari-hari mendatang dengan pelbagai cabaran kehidupan.

Sedang apa dan di mana terkadang hati ini juga lari dari landasanMu Ya Allah. Hanya mampu berserah kepadaMu apa yang telah terjadi dan mungkin terjadi selepas ini aku hanya mampu memohon pertunjuk dariMu. Terima kasih Allah. Sesungguh Engkau sentiasa berada di sisiku. 

Kenangan sepanjang tahun 2012 meninggalkan 1001 memori yang tersangat manis dan indah.  Pahit pun manis, indah pasti la manis. 

Semoga apa jua perancangan dan hajat dihati yang belum kesampaian, aku akan teruskan jua dengan redha dan pasrah. Apa yang terjadi telah pun terjadi. Tutup buku lama, bukak buku yang baru. 

Dikesempatan ini, saya Fathahiyah Khairunnisa Z. ingin memohon beribu keampunan pada semua teman-teman yang mengenali diri ini di atas semua kekhilafan sepanjang tempoh perkenalan kita. Saya hanya manusia biasa, kadang-kadang tidak sedar akan kelakuan yang tidak disenangi oleh teman-teman. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup masing-masing. Selamat Tahun Baru.

~xoxo~
Fath_Niesa   

Reactions:

0 comments: