30 December 2012

Audit Diri - Vol 3

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Dari awal tahun sehinggalah ke akhir tahun, sana-sini saya mendapat undangan perkahwinan dari teman-teman yang rapat mahupun yang jauh.

Pastikan kalian yang telah pun selamat mendirikan rumah tangga, telah menghadiri kursus perkahwinan. Di Malaysia salah satu syarat nak kahwin, perlu menghadiri kursus kahwin. Bagus. At least semua bakal pengantin tahu akan tanggungjawab masing-masing selepas berkahwin. Berkahwin ini bukan hanya untuk seronok atau suka-suka. Tapi ianya adalah satu sunnah Rasullullah. Apa pun niat seseorang berkahwin adalah untuk apa? Kerana Allah ataupun kerana dipaksa mahupun kerana nafsu?

Nak berkahwin, ilmu di dada juga perlu dipenuhkan dahulu dengan ilmu-ilmu akhirat. Bukan hanya perempuan sahaja, pihak lelaki juga perlu sama-sama menambah ilmu akhirat. 

Apa pun dikesempatan yang ada ini, saya ini mengucapkan tahniah pada semua kenalan saya yang telah selamat melangkah ke alam perkahwinan. Alhamdulillah. Semoga bahagia hingga ke jannah. Amin

~xoxo~
Fath_Niesa


Reactions:

0 comments: