29 December 2012

Audit Diri - Vol 2

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Hi guys!!!

Nampaknya kita hanya ada lagi 2 hari sebelum kita melangkah ke tahun 2013.Selalunya bila bercakap soal tahun baru, orang sekeliling pasti akan menanyakan apa azam tahun baru.

Azam-azam tahun baru yang famous adalah antaranya :
  • ingin menurunkan berat badan
  • ingin menjadi muslim muslimat sejati
  • ingin memperbaiki cara pengurusan kewangan
  • etc
Begitu juga saya. Tapi kurus tu tak pernah menjadi azam tahun baru. heee. Bila difikirkan semula, adakah kita berjaya mencapai apa yang di azamkan?

Gambar panas dari ladang...baru kluaq oven
Sejujurnya, saya tidak!!!cara pengurusan kewangan pun terumbang ambing lagi, Ada saja keinginan yang sukar dikawal oleh nafsu nan 8 ini. Muslimat sejati apatah lagi. Ada saja kecurangan yang dilakukan terhadap DIA. Kadang-kadang perasaan marah juga kurang dapat dikawal sebaiknya. Pantang dicabar, pasti akan tercuit kesabaran itu.

Keinginan untuk melangkah ke fasa yang baru apa tah lagi. Tidak tercapai sepanjang tahun. Mungkin ada kebenarannya apa yang dikatakan oleh seorang penceramah dari WHI bulan yang lalu, jodoh berat ada beberapa punca ianya berlaku. Antaranya adalah :-
  1. Wanita bekerjaya - terlalu kuat bekerja sehingga tiada masa untuk  memikirkan soal jodoh
  2. Memilih - terlalu memilih
  3. Terkena sihir (dihantar oleh mereka yang khianat...Wallualam)
Soal jodoh saya serahkan kepada DIA. InshaAllah, saya percaya masa saya akan tiba jua suatu masa nanti. Amin.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa kenalan saya BF dan AI kerana masing-masing telah melangkah ke fasa yang baru. Dengarnya tahun hadapan akan melangsungkan hari bahagia mereka. InshaAllah. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Im happy for you guy.

Life must go on!!!

Ok, sampai disini dulu entry saya untuk kali ini. InshaAllah, lagi 2 entry sebelum 31hb December2012 berlabuh pergi.

~xoxo~
Fath_Niesa 

  

Reactions:

0 comments: