31 December 2012

Penghujung 2012

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Hoh!!!
Tinggal lagi beberapa jam jers 2012 bakal meninggalkan kita semua.


Last year, entry terakhir saya menyentuh mengenai hati dan perasaan saya. Setahun sudah berlalu rupanya. Syukur Alhamdulillah, i can face it alone. Terima kasih Allah kerana terus memberikan kekuatan pada diri ini untuk meneruskan  hari-hari mendatang dengan pelbagai cabaran kehidupan.

Sedang apa dan di mana terkadang hati ini juga lari dari landasanMu Ya Allah. Hanya mampu berserah kepadaMu apa yang telah terjadi dan mungkin terjadi selepas ini aku hanya mampu memohon pertunjuk dariMu. Terima kasih Allah. Sesungguh Engkau sentiasa berada di sisiku. 

Kenangan sepanjang tahun 2012 meninggalkan 1001 memori yang tersangat manis dan indah.  Pahit pun manis, indah pasti la manis. 

Semoga apa jua perancangan dan hajat dihati yang belum kesampaian, aku akan teruskan jua dengan redha dan pasrah. Apa yang terjadi telah pun terjadi. Tutup buku lama, bukak buku yang baru. 

Dikesempatan ini, saya Fathahiyah Khairunnisa Z. ingin memohon beribu keampunan pada semua teman-teman yang mengenali diri ini di atas semua kekhilafan sepanjang tempoh perkenalan kita. Saya hanya manusia biasa, kadang-kadang tidak sedar akan kelakuan yang tidak disenangi oleh teman-teman. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup masing-masing. Selamat Tahun Baru.

~xoxo~
Fath_Niesa   

30 December 2012

Audit Diri - Vol 3

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Dari awal tahun sehinggalah ke akhir tahun, sana-sini saya mendapat undangan perkahwinan dari teman-teman yang rapat mahupun yang jauh.

Pastikan kalian yang telah pun selamat mendirikan rumah tangga, telah menghadiri kursus perkahwinan. Di Malaysia salah satu syarat nak kahwin, perlu menghadiri kursus kahwin. Bagus. At least semua bakal pengantin tahu akan tanggungjawab masing-masing selepas berkahwin. Berkahwin ini bukan hanya untuk seronok atau suka-suka. Tapi ianya adalah satu sunnah Rasullullah. Apa pun niat seseorang berkahwin adalah untuk apa? Kerana Allah ataupun kerana dipaksa mahupun kerana nafsu?

Nak berkahwin, ilmu di dada juga perlu dipenuhkan dahulu dengan ilmu-ilmu akhirat. Bukan hanya perempuan sahaja, pihak lelaki juga perlu sama-sama menambah ilmu akhirat. 

Apa pun dikesempatan yang ada ini, saya ini mengucapkan tahniah pada semua kenalan saya yang telah selamat melangkah ke alam perkahwinan. Alhamdulillah. Semoga bahagia hingga ke jannah. Amin

~xoxo~
Fath_Niesa


29 December 2012

Audit Diri - Vol 2

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Hi guys!!!

Nampaknya kita hanya ada lagi 2 hari sebelum kita melangkah ke tahun 2013.Selalunya bila bercakap soal tahun baru, orang sekeliling pasti akan menanyakan apa azam tahun baru.

Azam-azam tahun baru yang famous adalah antaranya :
  • ingin menurunkan berat badan
  • ingin menjadi muslim muslimat sejati
  • ingin memperbaiki cara pengurusan kewangan
  • etc
Begitu juga saya. Tapi kurus tu tak pernah menjadi azam tahun baru. heee. Bila difikirkan semula, adakah kita berjaya mencapai apa yang di azamkan?

Gambar panas dari ladang...baru kluaq oven
Sejujurnya, saya tidak!!!cara pengurusan kewangan pun terumbang ambing lagi, Ada saja keinginan yang sukar dikawal oleh nafsu nan 8 ini. Muslimat sejati apatah lagi. Ada saja kecurangan yang dilakukan terhadap DIA. Kadang-kadang perasaan marah juga kurang dapat dikawal sebaiknya. Pantang dicabar, pasti akan tercuit kesabaran itu.

Keinginan untuk melangkah ke fasa yang baru apa tah lagi. Tidak tercapai sepanjang tahun. Mungkin ada kebenarannya apa yang dikatakan oleh seorang penceramah dari WHI bulan yang lalu, jodoh berat ada beberapa punca ianya berlaku. Antaranya adalah :-
  1. Wanita bekerjaya - terlalu kuat bekerja sehingga tiada masa untuk  memikirkan soal jodoh
  2. Memilih - terlalu memilih
  3. Terkena sihir (dihantar oleh mereka yang khianat...Wallualam)
Soal jodoh saya serahkan kepada DIA. InshaAllah, saya percaya masa saya akan tiba jua suatu masa nanti. Amin.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa kenalan saya BF dan AI kerana masing-masing telah melangkah ke fasa yang baru. Dengarnya tahun hadapan akan melangsungkan hari bahagia mereka. InshaAllah. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Im happy for you guy.

Life must go on!!!

Ok, sampai disini dulu entry saya untuk kali ini. InshaAllah, lagi 2 entry sebelum 31hb December2012 berlabuh pergi.

~xoxo~
Fath_Niesa 

  

Fear Factor Selebriti Malaysia

BY Fath_n!e$@ IN No comments

Hello peeps

Malam ni akan bermulalah episod pertama Fear Factor Selebriti Malaysia yang pertama kalinya diadakan. If me tak silap, ianya dibuat di Cape Town. Dan pengacaranya pastilah abgs AA Aaron Aziz hokey!!!!

Artis-artis yang terlibat dalam FFSM ni yang saya tahu adalah
  1. Elfira Loy
  2. Mejar Dr. Faiz
  3. Dafi
  4. Zoey
  5. Jehan Miskin
  6. Johan
  7. Izz
  8. Akim
  9. Dazrin (yang citer AH watak Johan tue)
  10. Didie Alias
  11. Zain Saidin
  12. Gambit
  13. Azreen
  14. dan lain-lain... saya tak hingat la nama diorang 


Good luck pada u guys....

~xoxo~
Fath_Niesa  

26 December 2012

25.12.2012

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Hello peeps!!!

Firstly saya nak ucapkan Selamat menyambut hari natal kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Christian.


Secondly saya nak ucapkan tahniah kepada kenalan sekolah saya Wan Noraini dan pasangannya kerana telah melangkah ke alam yang baru. Selamat Pengantin Baru. Semoga bahtera yang akan dilayari bersama akan disinari dengan kehadiran anugerah dari Allah s.w.t. Semoga kekal hingga ke jannah. In Shaa Allah.


Hari cuti saya semalam dipenuhi dengan menghadiri majlis kenduri kendara di sana sini. Sebaik selesai di rumah Wan, kami semua, Mern, Emilia dan Nisa terus kerumah Fahada untuk menghadiri kenduri aqiqah anakanda tercinta.

Di sana dapat juga ketemu sama pengantin baru bulan lepas iaitu NAzreen dan Fadhilah. Jom kita layan picture saja k.



Jumpa lagi di next entry

~xoxo~
Fath_Niesa

24 December 2012

Audit Diri - Vol 1

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Hello peeps

Hah kau!!!!!! siap bervolume lagi. hekhekhek.
Bukan pasai pa pun, cuma kegatalan tangans ni skit jers.
Lagipun audit diri ni dari pelbagai aspek yang nak dikongsikan. 

Audit diri - Vol 1 bermula dengan tempat-tempat yang dilawati sepanjang tahun 2012. Kalau ada yang tertinggal tu, mintak mahap la k. But i'll try my best to remember and recall that memories.
  1. March - Langkawi Island 
  2. April - Johor - Singapore (Company Trip) 
  3. June - Bandung, Indonesia  
  4. Ogos - Putri Ayu Chalet (Family Gathering) 
  5. September - Kuching, Sarawak 
  6. November - Pantai Timur, Kuala Terengganu dan Kelantan 
  7. December - Krabi, Phuket dan Hatyai, Thailand 
Syukur, Alhamdulillah kerana saya diberikan peluang untuk mengunjungi negara dan negeri orang lain.

Harapan di tahun 2013, diharapkan agar saya akan duduk diam-diam dirumah next year. Kumpul duit balik.

See you next entry.

Wallahualam

~xoxo~
Fath_Niesa  
 

 

 
    

23 December 2012

Pengauditan Diri

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments

Bismillahirrahmanirrahim,
Hi peeps!!! Morning anyone.

Hari yang baik dengan cuaca yang baik, tidak panas tidak hujan membuatkan diri ini terpanggil-panggil untuk menaip entry terbaru.

Sebelum saya meneruskan entry kali ini, saya mahu memohon ampun dan maaf jika kalian tertunggu-tunggu travelog percutian saya baru-baru ini.Setelah difikir-fikirkan kembali, adalah baiknya jika saya postkan entry tersebutpada awal tahun hadapan 2013. For sure saya tidak sempat nak buat semua entry tersebut sekaligus dan sayatidak mahu jika tahun ini ada separuh entry, dan tahun hadapan separuh.So better semuanya pada tahun hadapan. Jadi tunggulah k.

Sama ada kalian sedar mahupun tidak, kita menghampiri ke penghujung tahun 2012. Tinggal hanya beberapa hari saja lagi (8 hari tidak termasuk hari ini) kita semua akan meninggalkan tahun 2012. Cepat sungguh masa berlalu.

Dikesempatan yang ada ini, baki-baki hari yang tinggal ini, saya akan penuhi entry saya dengan mengaudit diri saya sendiri. Dari semua aspek duniawi dan akhirat (walaupun diri ini tak sempurna, tapi kita haruslah bermuhasabah diri kita).

Wallahualam

~xoxo~
Fath_Niesa


19 December 2012

Stay Tuned....

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Bismillahirahmanirrahim...
Hello peeps!!!!!!
How are you guys?
Harapnya semua berkeadaan baik-baik sahaja.

Lari sebentar dari landasan kerja-kerja office untuk postkan something selepas balik dari bercuti ni. 

Sebagai permulaannya penceritaan saya untuk entry travelog saya kali ni, saya nak share dengan u guys. You know what, first day masuk office (monday~noon) bermacam-macam version orang buat spekulasi berkaitan percutian saya. Yang tak leh blah nyer, diorang kata saya bercuti hingga ke Europe, London. Hah!!! Amin. Moga-moga doa mereka itu dimakbulkan oleh Allah untuk saya dapat melangkah ke sana.  

Apa yang boleh saya katakan, biarlah ianya pergi berlalu begitu sahaja. I won't tell them anymore. 

Semoga saya terus dicurahkan rezeki oleh DIA untuk melihat keindahan alam ciptaan-Nya. Amin

Ok, nantikan entry travelog saya. Cuma pada masa kini saya tersangat sibuk untuk closing accounts until next year. But i hope, i can post something to all of you. I hope so. Even pendek-pendek saja entry nya, tapi tersangat banyak volumenya nanti. 

~ xoxo ~
Fath_Niesa 

Semangat masuk office selepas pulang dari percutian, terus tukar kedudukan meja. Now table utk letakkan tray in/out dan table utk my own monitor saya asingkan. Section yang paling best adalah sudut souvenir. So, sudi-sudi la bagi souvenir kat saya kay.. :)


 

12 December 2012

Memory 12.12.12

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari yang baik. Tarikh yang baik dan cantik.

12.12.12.

Apa kenangan kalian pada tarikh berkenaan?
heeeee.... cer fikir cer fikir

First for all, saya nak ucapkan tahniah kepada my beloved sister Puan Siti Nurul Sakinah Bt Daud dan my friend, En. Afifi Hafiz Abdul Halim yang telah selamat diijab-kabulkan pada hari ini, 12.12.2012 tepat jam 12.12minit tengahari bertempat di Masjid Abdullah Fahim. 
 

Tahniah! Tahniah! dan Tahniah!

Akhirnya penantian membawa kebahagiaan. Syukur kepada Allah kerana memakbulkan doa-doa mereka. Looking forward. Yang mana terjadi telah pun terjadi, sekarang masanya untuk kalian membina dan menghiasi gerbang masjid dengan keindahannya...

Ucapan saya buat mereka :- Afifi dan sis sakinah, Fath ucapkan semoga tabah dan bersabar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang bakal kamu berdua lalui. Kepercayaan dan kesetiaan perlu ada antara satu sama lain. Apa yang penting, fikirkan tujuan kalian berdua mendirikan masjid, inshaAllah semuanya akan berjalan lancar. Fath sayang kamu berdua. Tahniah!!!

Nota:-
Maaf kerana tidak dapat nak raikan bersama untuk kenduri di rumah sis nanti. Apa pun doakan keselamatan kami semua nanti. 

~ xoxo ~
Fath_Niesa 

11 December 2012

Zhafri's Wedding

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

Tahniah Kapten Zhafri atas terbinanya mahligai impian bersama kekasih hati.

pergh!!! bila sesekali cik FN berbicara soal hati...kehkeh. nak menang jugeks..

As a usual, dapat la bersama-sama kami geng-geng bus sekolah ber-reunion kembali. Yang sempat berkumpul sekali ialah, me, Saidatul, Hidayah Rahman, NurFathiyah, Lanot, Asyraf, Faizal, Khairani, Fauzi, Fikri dan ramai lagi.

Moh layan picture dulu yuk....


 ~ xoxo ~
Fath_Niesa






Engagement Day

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Hye peeps...
Assalamualaikum semua.

First for all, i would like to wish congratulation to my beloved friend, Ija a.k.a Hanim a.k.a Nursyahizahanim kerana telah selamat menjadi tunangan orang.

Tahniah both of you Hafiz Ali dan Hanim. Janji telah ditemerai pada 8hb December 2012, Sabtu. First time attend member bertunang.

On the way to Juru







Baru balik dari Juru, bersama buah-buahan hati...


~ xoxo ~
Fath_Niesa 

10 December 2012

Travelog ~ Holiday To Pantai Timur - Vol.VIII

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments





















09 December 2012

Travelog ~ Holiday To Pantai Timur - Vol.VII

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments

18hb November 2012

Hari terakhir di Kelantan. Hari ni, kami semua akan berangkat pulang ke Penang. Memandangkan kami akan ke Pasar Siti Khadijah, kami decide untuk breakfast terus di sana. Kami berangkat meninggalkan homestay jam 9.30 pagi dan tiba di PSK 15minit kemudian. Dekat sehaja.

Selesai breakfast, sesi shopping-mopping pulak. Kami spent time di PSK hampir 2 jam 30 minit. Saya seperti biasa tidak shopping. Malas!!!!

My bonda mencari-cari tapai ubi yang sangat terkenal di Kelantan. Nak tau bonda beli brapa bungkus? 15 bungkus jer.

Dan yang paling bestnyer, kami tidak shopping pun keropok lekor ataupun losong. Ngeh3x...

Sebelum berangkat pulang, kami singgah dahulu di Pasir Mas untuk lunch bersama Pak Adik Azmi. Kali ni dia "payung" kitaorang. heeee..rezeki.

Kami bertolak dari Pasir Mas pada jam 2 petang. Dan tiba di Kepala Batas pada jam 7.30malam. Kami sepanjang perjalanan, kami berhenti sebanyak 2 kali.

So sampai di sini dahulu enrty travelog saya.
Next entry hanyalah gambar-gambar saja.

~xoxo~
Fath_Niesa

Travelog ~ Holiday To Pantai Timur - Vol.VI

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments

Wah!!!!!!!!!!!!
Bersawang kembali nampaknya ruang blog haku nih.
Hokey-hokey-hokey, lets continue dan settlekan entry travelog yang masih tertunggak.

17hb November 2012

Hari ke-4 percutian kami sekeluarga ke pantai timur. Semalam dah berangkat ke Kelantan, dan hari ini perancancangannya adalah menghadiri majlis perkahwinan kenalan rapat keluarga nendaku, rumah Untie Norma yg dahulunya berjiran lama dengan arwah tok saya. Kenduri anak sulungnya yang bernaa Hafiz. Dia ni muda 3 tahun atau 2 tahun cengitu dari saya. Dulunya rakan sepermainan la ni.

Kami bertolak ke Nilam Puri pada jam11.00 pagi dan berada di rumah pengantin sehingga jam 3 petang. Satu perkara yang saya pelajari hari tersebut adalah adat orang Kelantan apabila bertandang atau menghadiri majlis2 perkahwinan adalah, mereka tidak memberikan duit salam. Tetapi adalah disebaliknya apabila mereka memberikan barang-barang asas kepada tuan rumah seperti susu pekat dan gula. Sepanjang keberadaan saya di rumah pengantin, hampir 50 paket gula yang dibawa oleh tetamu yang hadir. Patut la mek-mek kelantan comey-comey blako...hahahaha...

Seterusnya kami terus ke Pasir Mas dimana sesi jejak keturunan bermula. Semuanya 1 kebetulan. Rumah pertama yang kami kunjungan adalah rumah Pak Ngah Ashaari ataupun dikenali dgn cikgu Sha'ari. Sewaktu ketibaan kami, rumah Tok Su juga berdekatan dgn rumah Pak Ngah Shaari. Sewaktu rancak bersembang, Pak Adik Azmi bersama Ayah Achik Lan datang ke rumah itu juga.
Dari satu rumah ke satu rumah kami kunjungi. Rumah yang terakhir adalah rumah Ayah Chik Lan. Kami berada disitu sehinggalah jam 8 malam. Selesaikan kewajipan dahulu, dan barulah berangkat ke Wakap Che Yeh (WCY) di mana sangat terkenal dengan barang-barang yang murah. For me, biasa saja. Saya memang tidak shopping di situ mahupun sewaktu di Terengganu. Cuma sourvinier FM saja saya belikan untuk memenuhkan fridge bonda. :)

WCY tersangat ramai orang. Bersesak-sesak sesama sendiri, jadi keselesaan tiada di situ. Tambahan perut minta untuk di isi, so hanya kaum-kaum ibu sahaja yang shopping sakan.

Selesai di WCY kami pun terus ke Jalan Bayam mencari kedai makan untuk dinner. Kami tiba di homestay jam 10.30mlm.

Untuk keesokkan harinya kami akan berangkat pulang. So kata putus telah dibuat, kami akan breakfast di Pasar Siti Khadijah. Oleh itu, paling lewat kami harus keluar dari homestay adalah jam 9.30pg.

Sampai  disini dahulu entry saya. Nanti entry hari terakhir saya.
InshaAllah, soon

~ xoxo ~
Fath_Niesa


03 December 2012

Rasa Hati Ini

BY Fath_n!e$@ IN , , , , , No comments

Kenapa setiap kali aku dengar lagu Lafazkanlah, aku pasti nangis dan sebak.

Sungguh mendalam lirik dia. 

Bila resah, semuanya keranamu. 
Kadang gundah juga kerana kamu. 
Tapi mungkin kah kerinduan ini turut jua engkau rasai. 

Lafazkanlah kasih khalimah cinta. 
Lafazkanlah saja rindu ini milik kita, 
kerana hati ini, hanyalah buatmu, 
Setulus hatiku ku serahkan padaMu. 

Kekasih janganlah engkau pergi, 
kerana aku menyayangimu.. 
Percayalah ku cinta padamu. 
moga di realiti bukannya mimpi...

Sejujurnya aku tidak mampu untuk menahan diri ni dari memikirkan dia. Inilah bahananya bila menyayangi seseorang di dalam diam. Bukan mudah untuk menyembunyi semua itu. Terpaksa di pendamkan jauh-jauh di suatu sudut hati yang lara ini. Kebahagiaan dia, kebahagiaan aku jua. Semoga aku tabah melalui hari-hariku. Air mata aku ini bukan bererti aku lemah, tetapi adalah sebaliknya. 

Kadang-kadang bukan kenangan pahit yang menyakitkan hati bila dikenang semula, tetapi kenangan yang indahlah paling menyakitkan bila dikenang semula. Nangisku hanya di dalam hati, luaran hanya tersenyum

Kagum aku kepada seseorang. Fight until the end. Dia seorang yang berani mengakui cintanya. Dan diakhir penceritaan dia akhirnya menuju kebahagiaan yang di cari. Syukur alhamdulillah kerana akhirnya mereka bersatu menuju ke gerbang perkahwinan. Amin

~xoxo~
Fath_Niesa