30 November 2012

Travelog ~ Holiday To Pantai Timur - Vol.V

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments

Day #3 ~ Jumaat

Hari ketiga di KT, kami tidak ke mana-mana. Tetapi kami akan meneruskan perjalanan untuk ke Kelantan pulak. 

Perjalanan ke Kelantan diteruskan sebaik selesai sarapan pagi. Dalam 10.45 pagi, kami pun berangkat meninggalkan Syed's Homestay. Kali ini perjalanan menuju ke Kelantan di lead oleh BIL, Abang Syah dengan bantuan GPSnya. Perjalanan kali ini sangat relex dan santai. GPS membawa kami semua menyusuri persisiran pantai.

Subhanallah, sungguh cantik ciptaan Allah. Dengan kehijauan padang rumput serta kebiruan lautan, tiada kata yang mampu diungkapkan dengan ciptaanNya. Pada mulanya, saya ingatkan GPS bawa jalan yang jauh, tetapi sebenarnya, dengan laluan menyusuri persisiran pantai di sebelah Besut hingga ke Bachok perjalanan sebenarnya mengambil masa tidak sampai 3 jam perjalanan. Kami bertolak dari KT jam 10.45pg dan tiba di Kota Bharu, Kelantan jam 3 lebih. Yang menjadi lama adalah kerana kami berhenti rehat sambil menunggu umat Islam selesai menyempurnakan solat zuhur, barulah kami meneruskan perjalanan semula.

Kami tiba di KB sekitar jam 3.30ptg. Sejujurnya, tiba di KB, saya sangat bersyukur kerana tinggal di Penang. Kenapa? Tak yah tau ler..... :)


Terus saja kami langsung ke homestay yang letaknya di Jalan Bayam. Sangat dekat dengan KB Mall. Jika mahu search homestay yang kami tinggal, namanya "Homestay di Kota Bharu". Seperti yang diberitahu di entry mula-mula, harga bagi 1 malam adalah RM150.00 sahaja. Yang penting adalah tempat berteduh. Rumah papan yang sederhana.

Selepas selesai solat asar dan zuhur, kami ke PCB ataupun dikenali dengan Pantai Cahaya Bulan. Tujuan pada mulanya hendaklah bermandi manda. Siap segala dengan pakaian mandi masing-masing. Sekali bila sampai ke destinasi, ombak yang sangat kuat, sangat padat dengan manusia dan yang penting sekali, tiada orang yang mandi okey!!!!!!!!. Last-last yang hanya mandi saja adalah kami 7 orang. kuikuikui...Yang lain, lepak2 tengok kitaorang mandi. Kehkehkehkeh....



Sebelum azan maghrib, kami naik untuk membersihkan diri. Terus sahaja langsung ke gerai-gerai belakang stadium. Sangat banyak pilihan di situ. Makan pun ala-ala kadar sebab penat. Kami tiba di rumah penginapan pada jam 10.00 malam.


Okey dokey, sampai sini dulu bagi entry hari ketiga di Kelantan. 

~ xoxo ~
Fath_Niesa      


Reactions:

0 comments: