29 November 2012

Travelog ~ Holiday To Pantai Timur - Vol.III

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments

Day #2 - Khamis

Selesai sarapan, kami semua bergerak menuju ke Pulau Wan Man. Terletaknya kira-kira 800meter dari tempat penginapan kami sekeluarga. Sangat dekat dan jimat masa. 


Adalah disarankan bahawa, untuk melawat ke Taman Tamadun Islam, anda kena stay lama sedikit di Terengganu. Hal ini kerana, anda akan berada seharian di TTI. Kami berada di Pulau Wan Man hampir seharian. Dari 10.00pagi, sehingga 4.30ptg.

Sejarah nama Pulau Wan Man ini adalah suatu ketika dahulu, penduduk yang mula-mula tinggal di pulau ini adalah Wan Rahman. Tiada kaitan dengan politik. Jangan lepas peluang untuk menaiki TTI River Cruise. Dengan hanya RM33.00 utk dewasa dan RM20.00 kanak-kanak serta warga emas (pakej TTI + River Cruise + Mineral + Coupon makan + Coupon Souvenir) ianya sangat berbaloi.



Menaiki cruise mengambil masa selama 45minit. Tetapi untuk berjalan-jalan melihat replika masjid seluruh dunia, tidak mencukupi utk 2 jam. Anda boleh menaiki tram (private) RM60.00 atau pun public tram yang hanya RM5.00 bagi setiap orang.

Memang menakjubkan. Berdoa agar suatu hari nanti saya akan dapat menjejakkan kaki ke Masjid Al-Aqsa. Untuk mendapatkan lebih informasi, boleh lah klik di sini.


Pada sebelah petangnya pula kami ke Pasar Payang. Tidak jauh dari TTI, hanya 15minit perjalanan dari TTI. Di sini, ada menjual batik-batik Terengganu, keropok lekor, keropok losong, keropok2 mentah dan pelbagai lagi barang-barang hasil dari Terengganu. Pasar ini bukak dari pagi dan tutup pada jam 7.00 ptg.

Selepas selesai shopping di Pasar Payang, kami singgah di Pantai Batu Buruk. Tidak sampai 10minit dari Pasar Payang. Pantainya yang bersih. Open sea. Laut China Selatan bersama anginnya yang sangat kuat. Dan ombak besar. 



Malam pun menjelma. Sebelum pulang ke homestay, kami terus singgah di gerai berdekatan untuk mengisi perut yang lapar. Pada malam kedua, kami makan seafood. Terletak di dataran / waterfront Kuala Terengganu.

Okay, sampai disini dahulu entry untuk hari kedua saya. Next entry akan ada gambar-gambar sepanjang hari kedua.

~xoxo~
Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: