27 November 2012

Travelog ~ Holiday To Pantai Timur - Vol.II

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments

Day # 1 ~ 14/11/2012, Rabu

Perjalanan kami 2 buah keluarga dimana seramai 12 ahli rombongan bertolak dari Penang pada jam 9.30pagi. Terus menuju ke Gerik, Kedah. Memandang hari tersebut adalah hari bekerja, jadi kami decide untuk keluar sedikit lewat.



Syukur alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami dari Penang terus menuju ke Kuala Terengganu berjalan dengan lancar. Keadaan cuaca mahupun jalan sangat baik. Mengambil masa selama hampir 9 jam perjalanan, kami tiba di kuala Terengganu pada sekitar jam 6.15 petang. Dengan sebanyak 3 kali berhenti, iaitu di selepas Tasik Banding, puncak selama hampir 2 jam untuk makan dan solat, selepas itu berhenti pula di Jeli, Kelantan untuk isi minyak dan akhir sekali di Tanah Merah, kerana anak buah saya mahu ke toilet.

Dengan perjalanan yang mempunyai 2 orang kanak-kanak dan berhenti sebanyak 3 kali, saya bersyukur kerana, tiada sebarang masalah yang tidak diingini berlaku. Untuk seharian perjalanan yang sangat meletihkan, selepas selesai membacakan doa akhir tahun dan awal tahun, kami semua mencari makanan untuk di isi dalam perut.


Untuk hari yang pertama, kami tidaklah ke mana-mana. Selesai makan, semuanya pakat-pakat tidur awal kerana keletihan teramat sangat.

Untuk gambar-gambar dalaman homestay, saya terlupa nak snap. Maaf yer...

Ok sampai sini dulu entry hari pertama saya.
Jumpa di lain entry.

~xoxo~
Fath_Niesa 

    

Reactions:

0 comments: