23 November 2012

Fobiakah Aku???

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Persoalan yang hampir setiapkali bila menghadiri majlis-majlis perkahwinan adalah -- BILA KITAORANG NAK MAKAN NASI MINYAK HANG NI????


Wow!!!!!!!!!! Dah bohsan ok!!!!!!
Dah tak der sangat ker soalan-soalan lain yang hendak diajukan kepada orang yang masih single seperti saya ini?
Hina sangat ker kalau saya masih sendirian?

CUKUPLAH INI KALI TERAKHIR UNTUK SAYA BERBICARA MENGENAINYA....

Bagi saya, jodoh itukan rahsia Allah. Tapi bila saya bagi jawapan seperti itu, orang akan kata saya klise. bla bla bla.... Kalau ada, adalah. kalau xder, xde lah. 

Kadang-kadang bila melihat persekitaran dan keadaan sekarang, saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang. Saya bahagia. Kadang-kadang lebih bahagia dari mereka yang sudah berkeluarga. Saya bahagia bila dikelilingi oleh semua ahli keluarga yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Tidak sedikitpun terasa kekurangan kasih sayang itu. Bagaimana saya akan terasa sunyi? 

Ke sana ke mari bersama bonda. Menjadi peneman beliau sementara masih ada. Saya bertuah berbanding adik-beradik yang lain. Kerana apa? Kerana masa saya lebih banyak terluang bersama bonda berbanding mereka. Bila ingin terbang ke mana-mana, pasti bersama bonda.

Pengalaman hidup yang pernah saya lewati membuatkan kami semua menjadi lebih kuat, lebih bersemangat dan lebih menyayangi untuk mengharungi cubaan dan dugaan. Kekuatan 'dia' membuatkan 'kami' berdua lebih sayangkan 'dia'. Jika 'dia' boleh hadapi sorang-sorang, kenapa tidak 'kami'. Aduiyaaa, saya dah melalut.

Jodoh pertemuan semuanya ditangan Tuhan. Allah dah aturkan segalanya yang terbaik buat diri ini. Tiada sebarang kerunsingan di situ. Tetapi kalian janganlah pula meraguinya. Saya boleh hadapinya keseorangan, kenapa tidak anda yang telah berkeluarga. Jangan dihina pada mereka yang masih belum menuju ke gerbang perkahwinan. Jangan memandang enting terhadap kami. 

Tidak semestinya yang sudah berkahwin itu BAHAGIA... Dan tidak semestinya yang tidak berkahwin itu TIDAK BAHAGIA. 

Keadaan juga memaksa saya untuk tidak memikirkan akan hal ini. Percayakah saya terhadap lelaki? 

Perkahwinan itu satu perjudian kehidupan. Menang! ataupun Kalah! Semuanya bergantung kepada tujuan asal mereka berkahwin. kerana nafsu? atau kerana Allah. Adakah kita mengaplikasikan apa yang dipelajari sewaktu kursus perkahwinan? Ker atau hanya hadir bagi memenuhi syarat perkahwinan? Renung-renungkan...

Yang pastinya, saya tidak akan runsing dengan semua ini. Manfaatkan masa-masa bujang anda. Masa itu akan tiba jua suatu hari nanti. 

Jaga diri. Selami jiwa. Muhasabah diri.

Wallahualam...

~xoxo~
Fath_Niesa 

Reactions:

0 comments: