06 November 2012

10 Zulhijjah 1433H

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Hi followers!!! (cer ramai jer kan followerku...ahaks)

Ya Allah, maaf diatas kelewatan entry raya haji saya tahun ni. Draft punya draft dok kosong cengitu jer ler..sampai dah bersawang kot!!!

Hmm, macam mana raya haji tahun ni? Ker sama saja. tiada raya happening ker, haper ker? Ada ahli keluarga kalian yang menjadi tetamu Allah tahun ini? Banyak plak ek soklan saya. Ok lah, jom saya story morry skit raya hari tahun ini.
  
Seperti tahun-tahun sebelum ini, untuk sambutan aidiladha disambut biasa-biasa sahaja. Korban untuk diri sendiri kali ini saya tidak buat di sini, tetapi saya buat di Kemboja bersama ahli keluarga yang lain. Kira pi, kira mai, sekoq jugak ler family saya pun. Syukur alhamdulilah, rezeki yang diperolehi dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Tapi my bonda buat jugak setompok di sini. Tapi raya kedua.

Tahun ini, jumlah anak-anak bonda tidak mencukupi. Kenapa? My beloved sister balik ke Melaka. hmmm inilah pengorbanan bila berkahwin dengan orang luar kawasan yer...hehehehe..Turn saya enggak tahu kemana hala tujunyer nanti. Dapat 1 kawasan, unTONG ler kan.... Amin..mudah-mudahan.

Seperti biasa, solat hari raya aidiladha akan awal 30minit dari aidilfitri. Makna kata, jam 8 pagi saya dan bonda telah pun bergerak ke Masjid Pajak Song bagi menunaikan kewajipan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. Syukur, masih diberi kesempatan untuk turut sama mengerjakan solat sunat hari raya.

Usai solat sunat, berkumpul di rumah pusaka Tok dan Wan sambil menunggu melihat proses penyembelihan lembu dijalankan betul-betul bersebelahan dengan rumah pusaka arwah. Sunat melihat proses penyembelihan ini. At least kita mengambil ikhtibar dari kisah Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim.

Sebelum tengahari, saya bersama bonda bergegas pulang ke rumah bagi menyediakan juadah hari raya. Sehari sebelum itu, kami berdua berpuasa sunat bersempena wukuf di Arafah. Sehari sebelum itu, saya bersama bonda telah menyediakan ketupat dan rendang. So untuk hari raya, menu biasa-biasa sahaja, Nasi Beriani (prepared by bonda) bersama Ayam masak merah (prepared by me).

My adiks bawa balik classmate dia sorang dari Terengganu. Mujur ader my adiks, tak menang tangan dibuatnyer. Malam seperti biasa rumah bonda pasti dipenuhi sanak saudara. Habis nasi beriani, koew teow goreng disediakan panas-panas.

Hah!! forgot oredi. My Maktih dan paktih juga antara tetamu Allah. Last minute dapat, syukur. Semoga mereka mendapat hari yang mabrur.If tak salah saya, ini merupakan kali kedua mereka mengerjakan haji di Mecca.

Petang skit, after Asar saya bersama BFF saya, Aisyah gerak gi rumah Saidatul. Even this year dia tak balik, tapi kami berdua tetap mengunjungi bonda dia.

Malam lepas maghrib, ramai ler sanak sedara yang datang mengunjungi teratak my bonda. Syukur, itu rezeki namanya....

Ok, sampai sini dulu crita raya hari untuk hari pertama :) so, u ols layan jer gambar k.

~ xoxo ~
Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: