30 November 2012

Travelog ~ Holiday To Pantai Timur - Vol.V

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments

Day #3 ~ Jumaat

Hari ketiga di KT, kami tidak ke mana-mana. Tetapi kami akan meneruskan perjalanan untuk ke Kelantan pulak. 

Perjalanan ke Kelantan diteruskan sebaik selesai sarapan pagi. Dalam 10.45 pagi, kami pun berangkat meninggalkan Syed's Homestay. Kali ini perjalanan menuju ke Kelantan di lead oleh BIL, Abang Syah dengan bantuan GPSnya. Perjalanan kali ini sangat relex dan santai. GPS membawa kami semua menyusuri persisiran pantai.

Subhanallah, sungguh cantik ciptaan Allah. Dengan kehijauan padang rumput serta kebiruan lautan, tiada kata yang mampu diungkapkan dengan ciptaanNya. Pada mulanya, saya ingatkan GPS bawa jalan yang jauh, tetapi sebenarnya, dengan laluan menyusuri persisiran pantai di sebelah Besut hingga ke Bachok perjalanan sebenarnya mengambil masa tidak sampai 3 jam perjalanan. Kami bertolak dari KT jam 10.45pg dan tiba di Kota Bharu, Kelantan jam 3 lebih. Yang menjadi lama adalah kerana kami berhenti rehat sambil menunggu umat Islam selesai menyempurnakan solat zuhur, barulah kami meneruskan perjalanan semula.

Kami tiba di KB sekitar jam 3.30ptg. Sejujurnya, tiba di KB, saya sangat bersyukur kerana tinggal di Penang. Kenapa? Tak yah tau ler..... :)


Terus saja kami langsung ke homestay yang letaknya di Jalan Bayam. Sangat dekat dengan KB Mall. Jika mahu search homestay yang kami tinggal, namanya "Homestay di Kota Bharu". Seperti yang diberitahu di entry mula-mula, harga bagi 1 malam adalah RM150.00 sahaja. Yang penting adalah tempat berteduh. Rumah papan yang sederhana.

Selepas selesai solat asar dan zuhur, kami ke PCB ataupun dikenali dengan Pantai Cahaya Bulan. Tujuan pada mulanya hendaklah bermandi manda. Siap segala dengan pakaian mandi masing-masing. Sekali bila sampai ke destinasi, ombak yang sangat kuat, sangat padat dengan manusia dan yang penting sekali, tiada orang yang mandi okey!!!!!!!!. Last-last yang hanya mandi saja adalah kami 7 orang. kuikuikui...Yang lain, lepak2 tengok kitaorang mandi. Kehkehkehkeh....



Sebelum azan maghrib, kami naik untuk membersihkan diri. Terus sahaja langsung ke gerai-gerai belakang stadium. Sangat banyak pilihan di situ. Makan pun ala-ala kadar sebab penat. Kami tiba di rumah penginapan pada jam 10.00 malam.


Okey dokey, sampai sini dulu bagi entry hari ketiga di Kelantan. 

~ xoxo ~
Fath_Niesa      


29 November 2012

Travelog ~ Holiday To Pantai Timur - Vol.IV

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments

Layan gambar jer k...














~ xoxo ~
Fath_Niesa

Travelog ~ Holiday To Pantai Timur - Vol.III

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments

Day #2 - Khamis

Selesai sarapan, kami semua bergerak menuju ke Pulau Wan Man. Terletaknya kira-kira 800meter dari tempat penginapan kami sekeluarga. Sangat dekat dan jimat masa. 


Adalah disarankan bahawa, untuk melawat ke Taman Tamadun Islam, anda kena stay lama sedikit di Terengganu. Hal ini kerana, anda akan berada seharian di TTI. Kami berada di Pulau Wan Man hampir seharian. Dari 10.00pagi, sehingga 4.30ptg.

Sejarah nama Pulau Wan Man ini adalah suatu ketika dahulu, penduduk yang mula-mula tinggal di pulau ini adalah Wan Rahman. Tiada kaitan dengan politik. Jangan lepas peluang untuk menaiki TTI River Cruise. Dengan hanya RM33.00 utk dewasa dan RM20.00 kanak-kanak serta warga emas (pakej TTI + River Cruise + Mineral + Coupon makan + Coupon Souvenir) ianya sangat berbaloi.



Menaiki cruise mengambil masa selama 45minit. Tetapi untuk berjalan-jalan melihat replika masjid seluruh dunia, tidak mencukupi utk 2 jam. Anda boleh menaiki tram (private) RM60.00 atau pun public tram yang hanya RM5.00 bagi setiap orang.

Memang menakjubkan. Berdoa agar suatu hari nanti saya akan dapat menjejakkan kaki ke Masjid Al-Aqsa. Untuk mendapatkan lebih informasi, boleh lah klik di sini.


Pada sebelah petangnya pula kami ke Pasar Payang. Tidak jauh dari TTI, hanya 15minit perjalanan dari TTI. Di sini, ada menjual batik-batik Terengganu, keropok lekor, keropok losong, keropok2 mentah dan pelbagai lagi barang-barang hasil dari Terengganu. Pasar ini bukak dari pagi dan tutup pada jam 7.00 ptg.

Selepas selesai shopping di Pasar Payang, kami singgah di Pantai Batu Buruk. Tidak sampai 10minit dari Pasar Payang. Pantainya yang bersih. Open sea. Laut China Selatan bersama anginnya yang sangat kuat. Dan ombak besar. 



Malam pun menjelma. Sebelum pulang ke homestay, kami terus singgah di gerai berdekatan untuk mengisi perut yang lapar. Pada malam kedua, kami makan seafood. Terletak di dataran / waterfront Kuala Terengganu.

Okay, sampai disini dahulu entry untuk hari kedua saya. Next entry akan ada gambar-gambar sepanjang hari kedua.

~xoxo~
Fath_Niesa

27 November 2012

Travelog ~ Holiday To Pantai Timur - Vol.II

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments

Day # 1 ~ 14/11/2012, Rabu

Perjalanan kami 2 buah keluarga dimana seramai 12 ahli rombongan bertolak dari Penang pada jam 9.30pagi. Terus menuju ke Gerik, Kedah. Memandang hari tersebut adalah hari bekerja, jadi kami decide untuk keluar sedikit lewat.



Syukur alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami dari Penang terus menuju ke Kuala Terengganu berjalan dengan lancar. Keadaan cuaca mahupun jalan sangat baik. Mengambil masa selama hampir 9 jam perjalanan, kami tiba di kuala Terengganu pada sekitar jam 6.15 petang. Dengan sebanyak 3 kali berhenti, iaitu di selepas Tasik Banding, puncak selama hampir 2 jam untuk makan dan solat, selepas itu berhenti pula di Jeli, Kelantan untuk isi minyak dan akhir sekali di Tanah Merah, kerana anak buah saya mahu ke toilet.

Dengan perjalanan yang mempunyai 2 orang kanak-kanak dan berhenti sebanyak 3 kali, saya bersyukur kerana, tiada sebarang masalah yang tidak diingini berlaku. Untuk seharian perjalanan yang sangat meletihkan, selepas selesai membacakan doa akhir tahun dan awal tahun, kami semua mencari makanan untuk di isi dalam perut.


Untuk hari yang pertama, kami tidaklah ke mana-mana. Selesai makan, semuanya pakat-pakat tidur awal kerana keletihan teramat sangat.

Untuk gambar-gambar dalaman homestay, saya terlupa nak snap. Maaf yer...

Ok sampai sini dulu entry hari pertama saya.
Jumpa di lain entry.

~xoxo~
Fath_Niesa 

    

26 November 2012

Travelog ~ Holiday To Pantai Timur - Vol.I

BY Fath_n!e$@ IN , , , , No comments

Hi peeps.
As a usual, bila setiap kali pulang dari mana-mana percutian, pasti akan ada entry seperti travelog gituuwww..   

Mulanya percutian ini hampir-hampir tidak jadi. 90%-10% (yang tak jadi melebihi dari jadi). Ini adalah kerana disebabkan oleh faktor cuaca yang tidak menentu. Sepanjang awal bulan November, di sebelah pantai barat hujan sangat lebat sehingga mengakibatkan banjir. So, saya dan bonda decide nak cancelkan percutian ini. Booking pun last minute. kebanyakkan homestay fully booked. Especially di Kelantan. Kebetulan ada kenduri di Kelantan, kami pun mengambil kesempatan yang ada untuk terus bercuti panjang selama seminggu lamanya. 

Percutian ini bermula dari 14-18hb November 2012, Rabu hingga Ahad (5H 4M). 2 malam di Terengganu dan 2 malam lagi di Kelantan. 

Di Terengganu, kami tinggal di Syed's Homestay dan di Kelantan kami tinggal di Jalan Bayam (cari link x jumpa lak). Both homestay dia nyer fee RM170 (ganu) dan RM150 (kltn). Very cheep right? Kami konvoi 2 biji kereta iaitu unser n alza. Total ahli rombongan 12 orang.

Ok...rasanya sampai di sini dulu entry permulaan / mukadimah percutian family kali ni.

Next entry saya akan story pejalanan kami sekeluarga.

~ xoxo ~
Fath_Niesa


Kejutan

BY Fath_n!e$@ No comments

Astaghfirullahala'zim....
Mengucap panjang sewaktu mula-mula dengar cerita yang tak masuk dek akal.

Itu semua fitnah!!!
Itulah bahayanya lidah. Lidah bisa membunuh. Lidah bisa membuatkan orang tidak bersalah menjadi bahan umpatan dan kejian.
Lidah!!!
Kalu lidah lembu sodap ler jugeks. Leh bakaq then cicah ayaq asam...fuhhh!!! yummy....

Dosa menfitnah itu lebih besar dari dosa membunuh...
Remember that...
Pada 'insan itu', tqvm kerana menyebarkan fitnah yang entah apa-apa.
Semoga anda mendapat hidayah daripadaNya.
I don't know you, and how come u can created that story. MasyaAllah.

Syukur alhamdulillah, sayalah hambaNya yang terpilih untuk menempuh ujian dan dugaan ini.
Siapa kata tak terkezut. Off course saya sangat terkezut.
Tapi apakan daya, saya tiada daya untuk menghalang orang yang suka menyebarkan fitnah.
Terima kasih kerana melakukan semua ini.

Sedih memang sedih. Siapa yang tak sedih.
Muka yang mula-mula saya nampak, pastilah bonda saya.
Ya Allah, perihalah maruah keluargaku ini...

Yang penting, my bonda tahu siapa saya. Apa yang saya lakukan.
DIA juga lebih mengenali saya.
Disaat dan ketika ini, sesiapapun tidak boleh saya percayai.
Cukuplah saya ada DIA dan bonda.

Sudah penat memikirkan di mana silapnya.
Sudah penat mencari-cari bagaimana mereka perolehinya.
Apa salah saya. Apa dosa saya.

Pada 'insan itu' saya memohon keampunan jika ada menguris hati atau menghalang kejayaan anda. Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosa hambaMu ini. Bantulah hambaMu ini dalam memelihara maruah keluargaku...Mereka tidak bersalah. Ya Rahman, Ya Rahim......

~ xoxo~
Fath_Niesa


Kenapa Aku Menyintaimu

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments


Aku bertanya apakah ertinya
Suatu perjalanan yang tak ku duga
Hatiku telah terasa dimiliki
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Dulu aku tak pernah merasakan
Indahnya hidup bagaikan hari ini
Walaupun dulu aku pernah dicintai
Tapi dirimu adalah yang terbaik untukku

Kenapakah aku mencintaimu
Walaupun esok dapat ku rasakan
Bahawa cinta ku akan menemanimu
Selamanya bersama hidupku

Apakah itu tanda cinta bermula
Ku hanya berdoa serta menyerah
Hargailah diriku sepenuh jiwa
Aku cinta aku cinta kepadamu

Kenapakah aku mencintaimu
Walaupun esok dapat ku rasakan
Bahawa cinta ku akan menemanimu
Selamanya bersama hidupku

Kenapakah aku mencintaimu
Walaupun esok dapat ku rasakan
Bahawa cinta ku akan menemanimu
Selamanya bersama hidupku

Kenapakah aku mencintaimu
Selamanya aku cinta kepadamu


~ xoxo ~
Fath_Niesa

Congratulation

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Ehem2x..
Hello guys... Assalamualaikum semua. :)

Sekarang musim cuti sekolah, so....kenduri kendara pun banyak la sini sana. Setakat ni, dah dekat 6 jemputan yang saya perolehi. Nanti saya list kan ok. 

Sebelum itu, dikesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan CONGRATULATION!!!! Tahniah kawan-kawan, sepupu sepapat, kenalan rapat mahupun jauh. Terima kasih atas kad-kad yang diposkan ke teratak bonda saya 

Tahniah dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah bagi setiap hambaNya. Semoga bahtera yang bakal dilayari akan terus dan sentiasa disinari dengan kegembiraan serta terus mekar hingga ke jannah. Saling lengkap melengkapi dan yang penting, sentiasa ingat Allah. Amin.

Perkahwinan bukanlah berakhirnya sebuah perhubungan. Tetapi ianya merupakan suatu permulaan dikehidupan yang baru. bagaimana kita mencoraknya menjadi suatu lembaran yang berwarna warni.

Tahniah pada kenalan-kenalan saya iaitu :-
  1. Ruzain dan Faizal - 1/2/2013
  2. Faizah dan pasangan - 15/12/2012
  3. Sis Sakinah dan Afifi Hafiz - 15/12/2012
  4. Zhafri dan pasangan - 2/12/2012
  5. Nazreen dan Fadzilah - 18/11/2012
  6. Fakhrul dan pasangan - 17/11/2012
  7. Nasrul Akma dan Azuwan - 17/11/2012
  8. Anak staff - 1/12/2012
  9. Husaam dan pasangan - 9/12/2012
  10. Hanim dan Hafiz - 8/12/2012 (Bertunang)
  11. Bro.Firdaus dan pasangan - 24/11/2012 (Bertunang)
  12. Amnah (kazen) dan pasangan - 15/12/2012 (Bertunang)
  13. Ilia dan pasangan - 20/12/2012
Dan tidak dilupakan pada kawan-kawan sayang yang baru menjadi mommy and daddy iaitu :
  1. Asyraff dan Aimi - Baby girl 17/11/2012
  2. Izamudin dan Fahada - Baby girl 14/11/2012 (tak brpa igt)

Tahniah sekali lagi....

~xoxo
Fath_Niesa

23 November 2012

Fobiakah Aku???

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Persoalan yang hampir setiapkali bila menghadiri majlis-majlis perkahwinan adalah -- BILA KITAORANG NAK MAKAN NASI MINYAK HANG NI????


Wow!!!!!!!!!! Dah bohsan ok!!!!!!
Dah tak der sangat ker soalan-soalan lain yang hendak diajukan kepada orang yang masih single seperti saya ini?
Hina sangat ker kalau saya masih sendirian?

CUKUPLAH INI KALI TERAKHIR UNTUK SAYA BERBICARA MENGENAINYA....

Bagi saya, jodoh itukan rahsia Allah. Tapi bila saya bagi jawapan seperti itu, orang akan kata saya klise. bla bla bla.... Kalau ada, adalah. kalau xder, xde lah. 

Kadang-kadang bila melihat persekitaran dan keadaan sekarang, saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang. Saya bahagia. Kadang-kadang lebih bahagia dari mereka yang sudah berkeluarga. Saya bahagia bila dikelilingi oleh semua ahli keluarga yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Tidak sedikitpun terasa kekurangan kasih sayang itu. Bagaimana saya akan terasa sunyi? 

Ke sana ke mari bersama bonda. Menjadi peneman beliau sementara masih ada. Saya bertuah berbanding adik-beradik yang lain. Kerana apa? Kerana masa saya lebih banyak terluang bersama bonda berbanding mereka. Bila ingin terbang ke mana-mana, pasti bersama bonda.

Pengalaman hidup yang pernah saya lewati membuatkan kami semua menjadi lebih kuat, lebih bersemangat dan lebih menyayangi untuk mengharungi cubaan dan dugaan. Kekuatan 'dia' membuatkan 'kami' berdua lebih sayangkan 'dia'. Jika 'dia' boleh hadapi sorang-sorang, kenapa tidak 'kami'. Aduiyaaa, saya dah melalut.

Jodoh pertemuan semuanya ditangan Tuhan. Allah dah aturkan segalanya yang terbaik buat diri ini. Tiada sebarang kerunsingan di situ. Tetapi kalian janganlah pula meraguinya. Saya boleh hadapinya keseorangan, kenapa tidak anda yang telah berkeluarga. Jangan dihina pada mereka yang masih belum menuju ke gerbang perkahwinan. Jangan memandang enting terhadap kami. 

Tidak semestinya yang sudah berkahwin itu BAHAGIA... Dan tidak semestinya yang tidak berkahwin itu TIDAK BAHAGIA. 

Keadaan juga memaksa saya untuk tidak memikirkan akan hal ini. Percayakah saya terhadap lelaki? 

Perkahwinan itu satu perjudian kehidupan. Menang! ataupun Kalah! Semuanya bergantung kepada tujuan asal mereka berkahwin. kerana nafsu? atau kerana Allah. Adakah kita mengaplikasikan apa yang dipelajari sewaktu kursus perkahwinan? Ker atau hanya hadir bagi memenuhi syarat perkahwinan? Renung-renungkan...

Yang pastinya, saya tidak akan runsing dengan semua ini. Manfaatkan masa-masa bujang anda. Masa itu akan tiba jua suatu hari nanti. 

Jaga diri. Selami jiwa. Muhasabah diri.

Wallahualam...

~xoxo~
Fath_Niesa 

Tisya's Convocation Day

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Hi peeps.
Hari ni lunch time lamer skit.
So, ada ler kesempatan buat diri ni nak hupdet apa yang patut yer...


10/11/2012, Sabtu yang lalu, Tisya my buah-buahan hati sayer ada convocation. Oleh yang demikian dan atas permintaan si kecik ni, my bonda merangkap CT Tisya pun apa lagi, tak sampai hati ler tak nak penuhi permintaan dia. Lagian pula, ni kali terakhir dia bersama Tadika Abyad yang sememangnya bagus even sedikit mahal berbanding tadika-tadika yang terdapat di sekitar AS tu. 


Terhibur melihat keletah anak-anak kecil yang menari, menyanyi, mengaji dan berlakon. Seyes, gelak jer sepanjang majlis tu.

Part yang sedihnya, bila di akhir majlis, ada sesi bersalam-salaman bagi mereka yang 6 tahun kerana lepas ni mereka akan melangkah ke alam persekolahan yang sebenarnya. 


Tak boleh blah, bila saya yang "banjir" dahulu..Teringat akan zaman belajar saya. Teringat akan zaman matriks, kami akan menangis bersama-sama. Sedih kot... Begitu juga lah perasaan ketika majlis konvo Batrisyia. Saya yang beria-ia nangis. Malu jers kat kanak-kanak rebina.

Ok, moh ler kita layan gambo-gambo yang syiok (ferasan...)


~xoxo~
Fath_Niesa