12 October 2012

Travelog ~ Percutian Ke Kuching (Vol.IV)

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Second Day ~ 14th September 2012, Jumaat

Agenda untuk hari kedua adalah menuju ke Santubung. Janji dengan En. Rahim jam 9.00 pagi. Bagi semua family's members betul-betul mendapatkan rehat secukupnya. Tambahan semalam, si kecik 2 orang seronok betul mandi swimming pool di apartment. View from there very nice. Santik sangat. 

After breakfast, tepat jam 9.00 pagi, van pun sampai. Destinasi pertama  untuk hari kedua adalah menuju ke Santubung. Di sana terdapat Sarawak Cultural Village (SCV). Entrance fees yang perlu dibayar bagi dewasa, RM60.00, warga emas RM30, dan kanak-kanak 6-12thn, RM30. Mahal tetapi berbaloi. Sewaktu mula-mula saya datang dahulu, jeti/food court yang terletak berhadapan dengan SCV belum siap dan masih dalam pembinaan. Tapi untuk kedua kalinya saya sampai di SCV, keadaan sangat berbeza. Cantik. Kita tidak perlu lagi melalui Damai Resort untuk ke pantai. Burung Kenyalang menjadi mercu tanda pada kawasan tersebut.

Kami di antara yang terawal sampai di SCV. Ini semua bagi mengelakkan kepanasan. Show hanya ada 2 sesi bagi setiap hari, iaitu pada jam 11.30pg dan 4.30 ptg. Mengambil masa lebih kurang 45minit, dengan harga yang mahal, sangat-sangat berbaloi. Di SCV kita boleh mengenali dengan lebih dekat life-style masyarakat sekitar Sarawak. Di sini terdapat 7 buah rumah etnik yang terdapat di Sarawak. Iainya terdiri daripada, Rumah Cina, Rumah Melayu. Rumah Iban, Rumah Melanau, Rumah Panjang Orang Ulu, Rumah Penan dan Rumah Bidayuh.


Dan yang paling syiok nyer, bila kita boleh membeli kuih-kuih tradisional yang dijual secara panas-panas di setiap rumah. Merasai tebaloi, sangat sedap. Sangat berbeza dari yang dibeli di dalam kotak. Terasa keaslian terbaloi tersebut. Hampir 4 jam keberadaan kami di sana.

Selepas SCV, kami dibawa pula ke Cat Museum. Di sini, tiada fee dikenakan. Cuma camera sahaja dikenakan caj tambahan. RM5.00 setiap unit. Di Cat Museum ini hanya  ada kucing sahaja. Segala-galanya tentang kucing. Pelbagai jenis kucing yang terdapat disini. bagi pencinta-pencinta kucing, di sinilah tempatnya jika kalian mahu dapatkan salasilah mahupun sejarah kucing. 

Selesai berjalan-jalan sekitar Cat Museum, kami singgah di Masjid Jamek Kuching untuk menunaikan kewajipan dahulu. Alhamdulillah, untuk kedua kalinya saya sampai lagi ke rumah Allah ini. Syukur.

Selepas solat, kami meneruskan perjalanan ke Kraftangan Malaysia. Mujur sampai lebih awal sebelum tamat office hours. Hampir sahaja kakak saya menyambar handbag yang dianyam di situ. Dengan harga yang sangat berpatutan dan melihat akan kerja tangan yang sangat halus, berbaloi-baloi. Tapi malangnya ianya telah ditempah dan hanya ada 1 sahaja di Malaysia. Hehehe..Itu namanya tiada rejeki dongggg...

Destinasi seterusnya pastinya membuatkan hati bonda tercinta kegirangan. Kenapa? Sebabnya destinasi ini merupakan salah satu terapi beliau. Tanaman orkid. Hanya boleh melihat, tidak dijual sama sekali. Sangat santik ok. Tengok boleh, Bawa balik sik boleh!!!  Sian bonda, tahan saja jiwa dia. Hehehehe...

Seterusnya balik!!!! Hah! Baru terasa kelaparan yang teramat sangat. Tak makan tengahari ok??? So, sebelum kami semua singgah di Restoran Sambal, kami singgah dahulu di Dayang Salha untuk membuat tempahan kek. Hek! Hek! Hek! Ntah brapa jenis, berapa bungkus, dan berapa kilo yang ditempah. Tunggu sahaja entry last saya tunjuk kotaknya yang tak berapa nak kecik dan besar. 

Selepas order dibuat, kami terus singgah di Restoran Sambal untuk tapau makan malam kami. 

Sampai di sini dahulu untuk hari kedua. Nantikan entry seterusnya. 

~ xoxo ~
Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: