09 October 2012

Travelog ~ Percutian ke Kuching (Vol.II)

BY Fath_n!e$@ IN , , No comments

Sambungan dari  Travelog Vol.I :

Syukur Alhamdulillah, kami semua selamat landing di Kuching International Airport (KIA) pada jam 9.30pagi. Perjalanan dari PIA ke KIA hanya mengambil masa 2 jam, sama seperti ke Vietnam. Even ke Sabah pun mengambil masa hampir 3 jam perjalanan.

Segala urusan pas masuk ke Sarawak dan pengambilan luggage mengambil masa hampir 30 minit. Perkhidmatan van dari En.Rahim yang merangkap tourist guide kami sepanjang berada di Kuching telah pun sedia menunggu ketibaan kami sekeluarga. 1st impression bout transportation, TERBAIK!!!!!!!!!!!! Selesa, bersih, berhawa dingin dan yang penting ramah.

Sebaik sahaja semua bagasi dimasukkan ke dalam van, kami pun bergerak menuju ke bandar Kuching. Memandangkan check-in hotel hanya boleh berurusan pada jam 2.00pm dan jam baru menunjukkan jam 10.30 pg, En. Rahim telah membawa kami ke destinasi pertama iaitu muzium. 5 muzium kami lawati. Antaranya Muzium Islam Sarawak, Muzium Sarawak, Muzium Rama-Rama, Muzium Tun Razak dan Galeri Ikan. Di Galeri ikan, bukan sahaj ikan yang ada disitu, malahan buaya yang juga terkenal di Sarawak dengan panggilan Bujang Senang juga berada di situ. Kesemua muzium ini tidak dikenakan bayaran dan masing-masing berdekatan antara satu sama lain.

Selesai saja semua muzium di lawati, perut juga turut minta diisi. Dah hampir jam 1.00 petang. Anak-anak juga dah merungut kelaparan. Kami terus dibawa ke Dayang Food Corner yang bertempat di Jalan Satoil. Di sini menyediakan masakan dari Sarawak antaranya ummai, laksa sarawak dan mee kolok. Ummai seperti kerabu kalau di semenanjung. Sedap. Terdapat 2 jenis ummai iaitu ummai udang dan ummai ikan. Di makan mentah2 yang digaul bersama hirisan limau, cabai, bawang dan beberapa bahan lagi. Ini merupakan kali pertama saya mencuba ummai. Sedap dan nak rasa lagi. Dan paling mengejutkan saya adalah, ianya kedai pada rakan saya di Kuching iaitu Haizum, tapi sepanjang keberadaan saya di sana, kami tidak sempat untuk ketemu.

Selepas makan dan sebelum check-in hotel, kami dibawa ke toko yang menjual mutiara/pearl dari Sarawak. Toko ini merupakan supplier terbesar stok2 bruch. Tidak lama pun berada di situ, kami terus ke Ariva Gateway untuk check-in. (Nanti saya story pasal apartment ini k. Memang recommend pada yang pergi berfamily2 ni)

Kami juga dibawa ke menara tinjau yang mana saya boleh melihat seluruh negeri Sarawak. Kebetulan itu di situ berlangsungnya hari sains, maka di kawasan tersebut dipenuhi dengan pelajar-pelajar dari sekolah seluruh Sarawak. Untuk naik ke menara itu, tiada sebarang fee dikenakan. Sebaik sahaja turun dari menara tersebut (saya lupa nama menara), kami bertemu dengan angkasawan kedua negara dan juga peserta masterchef celebriti Malaysia yang pertama iaitu Dr. Faiz. Rezeki berjumpa dalam keadaan yang tidak ramai orang. Kami berpeluang bergambar bersama.


Check-in jam 2.00 petang dan pada jam 3.30 ptg, kami semua keluar kembali setelah selesai mengerjakan kewajipan dan berehat seketika. Untuk hari pertama, kami semua bersiar-siar di sekitar bandar Kuching. Bersiar-siar di Waterfront, singgah di Shopping mall yang terletak berdekatan dengan Hilton Hotel, bersiarsiar di perkampungan orang Melayu melihat rumah asli Sarawak yang masih kekal berdiri teguh dan dijaga rapi. Kebetulan terdapat acara tahunan di Sarawak iaitu Regatta yang mana pertandingan mendayung perahu besar. Jadi sebelum jalan-jalan utama di tutup selama 3 hari (Jumaat-Ahad) kami dibawa dahulu berjalan disekitar itu. Nanti kenderaan tidak boleh lalu di situ sepanjang acara tahunan itu berlangsung.

Jam 6.00 lebih, kami tiba di Ariva. Perjalanan sepanjang hari bersama van hanya sehingga jam 6.00 petang. Balik ke bilik untuk merehatkan badan kerana pada sebelah malamnya pula kami akan ke Waterfront.

Jam 8.00 malam kami melangkah keluar menuju ke Waterfront. Dengan hanya RM0.50 seorang, kami menaiki sampan menuju ke seberang untuk dinner. Di sana banyak pilihan makanan dan paling penting murah. Di Waterfront juga menyediakan perkhidmatan river cruise, tapi harga yang ditawarkan agak mahal. RM 60.00 bagi dewasa dengan perjalanan selama 1 jam. Cruise boleh dinaiki mulai jam 5.30 petang dan penumpang akan dibawa menyusuri Sungai Sarawak.

Di seberang sana, pilihan makanan banyak berbanding di waterfront. Harga juga berbeda sama sekali. Ramai juga anak-anak muda dan keluarga yang makan di situ.

Selesai makan, kami terus pulang ke bilik. Esok perjalanan akan bermula seawal 8.00 pagi. Jadi, haruslah balik tidur awal tambahan ahli rombongan terdiri dari kanak-kanak rebina.

Jumpa di next entry...

~ xoxo ~
Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: