16 October 2012

Travelog ~ Percutian Ke Kuching (Vol. VII)

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments


Hari ke-Empat, 16hb September 2012 ~ Ahad

Agenda di hari yang ke-empat adalah menuju ke Botanical Research Centre Semanggoh. Untuk sampai ke sana, ianya mengambil masa 30-45 minit bergantung pada keadaan traffic. 

Seperti hari sebelumnya, perjalanan kami bermula jam 8.00 pagi. Hal ini kerana, kami tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk melihat dengan lebih dekat feeding time Orang-orang Utan yang terdapat di Semanggoh ini.

Kunjungan kami telah disambut oleh 2 ekor Orang Utan dimana belum pun sempat menyusuri habitat mereka, 2 ekor ibu Orang Utan terlebih dahulu menunggu kami. 

Di Semanggoh ini, kesemua Orang Utan dilepaskan secara bebas. Kerana itulah habibat mereka. Oleh itu, pengunjung haruslah mengikut setiap rules and regulations yang terdapat di sini. Antaranya tidak boleh membuat bising, kerana Orang Utan sensitif  akan bunyi-bunyian. Selain itu, bungkusan makanan dan minuman haruslah disimpan di dalam beg atau diletakkan ditempat yang telah dikhaskan.      
           
  
Kami berada si sana hampir 2 jam. Dengan keindahan flora dan fauna ianya sangat menenangkan. Selain Orang Utan, mini zoo juga ada disini. Antara haiwan-haiwan yang terdapat di sini adalah bujang senang (buaya), angsa dan ular.  
Selain Botanical Semanggoh ini, terdapat juga kolam air panas yang terletak di kawasan ini. Tetapi mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke sana (tak pegi pun) dan juga Rumah Panjang Aris (kalau tak salah saya)

Selepas Semanggoh, kami meneruskan perjalanan ke Batu 7 (atau 3) untuk melihat pembuatan pasu Sarawak. Terletak tidak berapa jauh dari Semanggoh. Di situ menjualkan pelbagai jenis dan bentuk pasu. 

Buat pertama kalinya kami singgah di masjid yang terletak di Kampung Melayu untuk solat Zuhur (dh tak leh jamak). 

Selesai solat, kami terus menuju ke Pasar Satok kembali untuk membeli ikan terubung masin. Murah-murah. proses tawar menawar pun bermula lagi. Menjadi pilihan bonda dan kakak pastinya ikan tempatan. Kebanyakan ikan terubuk yang dijual disini import-import belaka. 

 
Selesai memborong ikan terubuk masin, kami dibawa ke Waterfront. Hah!!! Terpaksa berjalan kaki kerana jalan utama ditutup. Ini kerana ada aktiviti tahunan negeri iaitu Regatta 2012 di Waterfront. 

Pastinya yang paling seronok shopping adalah bonda dan sister saya. Memang sakan ler mereka memborong. Dengan kain-kain yang cantik dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan, takkan korang tunggu tengok saja, betul tak? Masing-masing 2 3 pasang ok!!! Untuk makan tengahari, kami makan di kedai yang terdapat di situ. Sangat ramai, tapi terpaksa redah juga. Kesian akan anak-anak buah terchinta. Mujurlah mereka tidak membuat perangai. Apa lagi, achik nyer jugak ler yang jadi babysitter sementara kaum-kaum ibu menyopping sakan.


Hampir petang, sebelum pulang ke apartment, kami dibawa oleh En.Rahim singgah di Taman Sahabat. Taman ini merupakan kawasan perumahan yang dikelilingi oleh taman rekreasi dan sesuai untuk beriadah. Konsep mesra alam gitu. 

Di sini ada terletak tunggu Panglima Laksamana Ching Ho (sila semak buku sejarah k!!!). So, u ols layankan ajer gambar-gambar yang sempat di rakam sepanjang keberadaan saya sekeluarga di Taman Sahabat.



 

Pemandangan dari Ariva Apartment Services.

Syukur, Alhamdulillah sempat tiba dibilik sebelum hujan yang sangat lebat membasahi bumi Sarawak.

Ok, sampai disini dahulu travelog saya bagi hari ke-empat keberadaan saya di Kuching.

~ xoxo ~
Fath_Niesa











Reactions:

0 comments: