12 October 2012

Travelog ~ Percutian Ke Kuching (Vol. VI)

BY Fath_n!e$@ IN , , , No comments

Hari Ke-3, 15hb September 2012 (Sabtu)

Untuk hari ketiga, perjalanan kami semua bermula pada jam 8.00 pagi. Ini kerana agenda untuk hari ini adalah menuju ke Sariken. Ianya terletak betul-betul di sempadan Kalimantan bersebelahan dengan Indonesia. Dan perjalanan untuk sampai ke Sariken mengambil masa selama hampir 2 jam.

Selepas breakfast, tepat jam 8.00 pagi, kami memulakan perjalanan menuju ke Sariken. Syukur Alhamdulillah cuaca pada hari itu sangat baik. Cuma keadaan jalan sedikit bermasalah kerana kerja-kerja pembaikan dan penambakkan jalan sedang dijalankan. So berbatu-batu lah jalan itu.

Jam hampir menunjukkan 10.00 pagi, kami selamat tiba di Sariken. Keadaan disitu mulai dipenuhi orang pengunjung yang mengunjungi Sariken. Pasar Sariken ini hanya ada pada hujung minggu bermulla seawal pagi 6.00 pagi hari Sabtu. Saya difahamkan, peniaga-peniaga dari Indonesia bertolak dari kampung halaman mereka pada sebelah malam (Jumaat malam) kerana untuk sampai dan masuk di Sariken mengambil masa hampir 8 jam.

Di sini semuanya ada dijual. Especially telekung, langsir, baju-baju, jeans, barang-barang rotan, barang basah pun ada dijual dan pelbagai barang lagi. Orang kata, murah dan syurga shopping. Harga kita boleh dirunding. Siapa yang bijak dalam tawar-menawar, kadang-kadang boleh memberi keuntungan pada diri sendiri. 

Meluangkan masa hampir 3 jam di Sariken.

On the way balik, terdapat tempat-tempat pelancongan yang boleh dilawati. Antaranya Gua Angin, gerai-gerai yang menjual buah-buahan segar (tak singgah, sbb kalau beli, tak sempat nak bawa balik penang), dan juga kawasan yang mempunyai replika dinasour (terlupa nama tempat).


Kami singgah di Pekan Bau untuk makan tengahari. Saya difahamkan kawasan ini dipenuhi oleh penduduk Cina. So banyak la tempat beribadah mereka berbanding masjid. Tapi jangan risau, gerai-gerai masakan melayu dan halal senang diperolehi di sini.

Kami pulang semula ke pusat bandar dan menuju ke Pasar Satok. Di sini juga menjual pelbagai jenis barang dan barang-barang basah. Ikan terubuk masin memang sangat terkenal di sini. Pasar ini boleh diibaratkan seperti pasar tani. Tapi hanya ada pada hujung minggu. Souvenir juga ada dijual disini. Terbaloi juga ada.


Saya rasa sampai di sini dahulu travelog untuk hari ketiga.

~ xoxo ~
Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: