04 October 2012

Sama Tapi Tak Serupa

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Sama tapi tak serupa.
Seiras tapi tak ????

Sekali terjumpa, tak fikir apa-apa. Tapi terjumpa kali kedua, seperti ada apa-apa. Tipulah kalau aku katakan aku tidak terfikir-fikir orang tu. Kalau tak, masakan aku boleh buat entry ni. Hurmm!!! Seperti ada pepatah melayu mengatakan "sekali tengok, tiada makna. Tapi tengok kali kedua, ada makna disebalik pandangan itu."

Apa yang ada dalam fikiranku? Dia seiras seseorang. Yeah!!! Itulah yang bermain-main difikiran semenjak lunch tadi. Ingatkan aku saja yang perasan, tapi my SIM ada inform tadi akan pandangan dari orang itu kembali. Mungkin orang tu pun terperasan kata semalam kitaorang pernah ketemu, dilokasi yang sama. Hahaha...

Fikir punya fikir tang mana aku jumpa orang tu, dah ler ada sedikit iras dengan seseorang, baru terfikir akan abang-abangnya. Terjumpa masa di Sabah, otw balik Penang. Ok-ok dah dapat ingat. Aduiyyaaa.

Kadang-kadang, di saat aku ingin melupakan dan menghapuskan nama yang pernah menggegar jantung haku ni, ada saja halangan dia. Aku hanya mampu berdoa dan beristighfar padaNya.Ya Allah, bantulah hambaMu ini...

Ketika balik dari office, aku drive dalam keadaan fikiran yang masih terfikir-fikir akan kebetulan hari ni. Ntah ke mana-mana. Sepatutnya naik flyover, aku ke susur kiri. Tapi, mujurlah ada traffic light untuk straight, kalau tak jenuh buat u-turn. Ingat dah tak salah jalan dah, sekali aku pi duduk lorong u-turn.Kebetulan aku dah pun potong line orang yang panjang, terpaksa la dengan bermasalahnya aku cilok masuk line orang lain. Maafkan saya. hmmm!! Tak dak apa pun sebenarnya, tapi..... DIA mahu aku kuat.

Terima kasih Allah.... Dengan bantuMu Ya Allah, aku mampu menempuh semuanya. amin.

Wallahualam.

~ xoxo~
Fath_Niesa

Reactions:

0 comments: