01 October 2012

Mimpi....

BY Fath_n!e$@ IN , No comments

Mimpi itu indah..
Setiap kita di muka bumi Allah ini pernah bermimpi.
Mimpi yang indah-indah. Mimpi yang seram. Dan bermacam-macam mimpi lagi yang pernah kita semua alaminya. Orang kata, mimpi ni mainan tidur. Kadang-kadang apa yang terjadi di dalam mimpi, akan terjadi di alam realitinya. Kebetulan kot. Ker ada something yang cuba disampaikan? Hurm. Biarlah persoalan itu timbul begitu saja. 

Lately ni, even sekarang ini pun, saya akan teringatkan suatu mimpi last week. 

Mimpi dimana, saya diminta untuk bertunang dan seterusnya berkahwin dengan seseorang yang tidak pernah saya kenali. Begitu juga insan itu. Beliau juga tidak mengenali saya. Kami dipertemukan sewaktu majlis pertunangan kami. Majlis pertunangan kami juga semuanya diaturkan oleh ahli keluarga masing-masing. 

Saya? Adakah saya rela dengan semua ini? Sehari sebelum majlis itu berlangsung, saya menangis sepuas-puasnya. Even sebelum majlis berlangsung juga saya menangis. Hendak menolak, tapi tiada daya. Melihat akan kegembiraan ahli keluarga saya, mereka begitu gembira. Hinggalah saat sepupu saya, Faizah membawakan persalinan kepada saya supaya saya mempersiapkan diri. Di saat persalinan berubah tangan, tangisan saya berhenti dan saya redha, pasrah dan berserah padaNya. Doa saya panjatkan kepadaNya supaya bakal tunang, bakal suami, dan bakal ayah kepada anak-anak saya mempunyai ciri-ciri disisi Islam. Beragama dan penyayang. Yang boleh menerima kekurangan saya serta menyayangi ahli keluarga saya. Itu doa saya. 

Tangisan saya terhenti di situ. Saya nekad dengan keputusan ini. Suasana semakin riuh rendah. Ahli rombongan telah tiba. Disaat mereka melangkah masuk untuk sesi menyarungkan cincin, subhanallah, kegembiraan dan silaturrahim yang erat sesama ahli keluarga mereka dapat saya rasai. Dalam hati, saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada-Nya kerana telah memakbulkan doa-doa saya. Mereka begitu kasihkan saya. Kami dah seperti kenal lama. Tiada kekok disitu. 

Bakal tunang? Belum saya temui. Di saat semua adat bertunang selesai, barulah kami dipertemukan. Dalam hatiku berbisik, walau siapapun bakal suamiku, aku redha dan ikhlas menerimanya. Bukan dari segi rupa yang saya cari, tapi hati. Keikhlasan dia menerima saya. Datang 4-5orang anak teruna. Selepas sorang-sorang memperkenalkan diri, saya melihat ada yang sedikit tinggi, rendah, kurus, dan berisi. Dalam hatiku berbisik, inikah tunangku? Akhir sekali bila tiba pada insan yang terakhir, dia memperkenalkan diri sebagai en.tunang. Subhanallah. Terima kasih Allah. dan didalam hati adakah aku layak buat dia? Kami tidak mengenali antara satu sama lain, tapi dia sangat ikhlas menerimaku. Terima kasih Allah. Siapalah aku nak dibandingkan dengan dia. Yang aku kira, boleh mendapat seseorang yang cantik dari aku yang biasa-biasa sahaja (kerana aku tahu dimana kedudukanku)

Ketika ahli keluargaku rancak berbual bersama mereka yang sememangnya ramah (kenalan keluarga), sesekali saya mengintai gerak gerinya. Dalam hati berbisik "hmm, sukakan anak-anak kecil. dan pandai melayan mereka...".Tidak salah keputusan yang diambil. Terima kasih Allah.

Sebelum ahli rombongan berangkat pulang, he personally datang berjumpa saya. Ya Allah, sungguh lembut tutur bicaranya.  Dengan meminta diri untuk turut pulang bersama ahli keluarganya, dia sempat berjanji akan berhubung selepas ni dengan lebih rapat. InshaAllah....

---- Tiba-tiba ---- Kakcik..bangun2.. subuh

Oh!! saya bermimpi rupanya. Tetapi masih sempat senyum sendirian dan berdoa agar mimpi saya menjadi kenyataan. Amin.... Tapi nama insan itu saya tidak ingat. Hanya sesekali saja wajahnya menjengah difikiran. Tapi saya tidak mengenalinya.  

Siapa yang tak nakkan kebahagiaan bukan? Happy Ending. 


~ xoxo ~
Fath_Niesa


Reactions:

0 comments: